New Car Hug GIF by Honda - Find & Share on GIPHY

Tahun 2020 boleh dikatakan tahun yang agak merosot untuk kesemua industri,termasuklah industri automobil. Tetapi jangan risau, tahun ini masih akan ada sedikit sinar kegembiraan bagi peminat automobil. Ada sebab untuk bergembira kerana tahun ini pembuat-pembuat kereta kegemaran anda tengah bersiap siaga untuk memperkenalkan barisan model-model terbaharu mereka.

Perodua Bezza 2020 merasmikan pembukaan tirai 2020 pada awal bulan Januari, diikuti pula oleh Volkswagen Passat yang terbaru.Takkan itu je? Jangan risau, banyak lagi ni! Jom lihat apa jenis jenama kereta yang keluarkan design terbaru.

Nissan Almera 2020

Sumber: Nissan Malaysia

Nissan Almera kini lebih cantik, lebih mengancam dari dulu

Nissan Almera serba baru yang akan datang adalah model penting bagi Nissan Malaysia setelah sekian lama syarikat itu tidak mengeluarkan model baru.

Kit badan yang ranggi lagi bergaya, sesuai sangat untuk kaki racing

Inilah dia Almera baru yang telah dilancarkan di negara jiran iaitu Thailand pada November tahun lepas, memaparkan enjin petrol 1.0 liter turbocharged 3 silinder serba baru.

Perodua Myvi Style 2020

Walaupun gambar ini hanyalah imej rendering, tapi ia boleh berikan anda gambaran tentang rupa sebenar Myvi terbaru nanti.

Kejutan dari Perodua nanti adalah keluaran Perodua Myvi Style – terangkat beb!

Kita boleh jangkakan yang Myvi Style ini nanti akan dapat rawatan yang sama dengan Axia Style, termasuklah rekaan dan stailing seakan-akan SUV di bahagian luar dan dalam kereta.

Merujuk kepada sumber-sumber berkaitan, Myvi Style terbaru ini dijangka akan didatangkan dengan enjin petrol Dual VVT-i 1.5 liter 4 silinder yang sama.

Perodua D55L SUV 2020

Sumber : WapCar

Dirancang untuk menjadi model Perodua yang sulungkali dibina atas Daihatsu New Global Architecture (DNGA), Perodua D55L dijangka untuk sampai di ruang-ruang pameran hujung tahun ini.

Selain daripada platform DNGA terbarunya, Perodua D55L ini juga dikatakan untuk memaparkan enjin turbocharged 1.0 liter dengan 3 silinder serba baru dan dipadankan pula dengan transmisi automatik jenis CVT.

Oleh itu, Perodua D55L ini bukanlah saingan terus kepada Proton X50 yang akan dilancarkan nanti, seperti yang dibincangkan disini.

Proton X50 2020

Inilah dia, model yang paling ditunggu-tunggu tahun ini… dan kami faham kenapa.

Kalau anda suka dalaman Proton X70, anda juga akan suka dengan bahagian dalaman Binyue. Memang best..

Proton X70 telah mengukuhkan penerimaan rakyat Malaysia terhadap produk Geely, dan respon yang kami dapat setakat ini rata-rata positif semuanya. Jika semuanya ngam, X50 dari Geely Binyue ini akan mampu mengekalkan momentum Proton di pasaran.

Kami telah cuba memandu uji Geely Binyue di China dan kami rasakan yang ia adalah model yang sangat kompeten.

Berdasarkan semua info yang ada setakat ini, garis masa sebenar untuk pelancaran kereta-kereta diatas masih tertakluk pada perubahan mengikut cara pengiraan baru OMV (Open Market Value) oleh kerajaan.Apa tunggu lagi guys. Dah boleh start menabung dan buat plan untuk beli ini. Tambahhan lagi sekarang kerajaan tengah bagi pengecualian cukai untuk kereta import.

Leave a Comment on Design Kereta Terbaru 2020 yang akan masuk Malaysia !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *