Akibat dari peningkatan secara mendadak di kawasan Alor Setar jadi kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah mulai jam 12.01 tengah malam ini (11 September) hingga 25 September.
PKPD Pentadbiran di daerah Kota Setar ini akan membabitkan seramai 366,787 penduduk.Berikutan arahan pelaksanaan itu, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan hingga tamat PKPD Pentadbiran.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata feri dari jeti Kuala Kedah juga tidak dibenar beroperasi sepanjang PKPD Pentadbiran daerah Kota Setar dikuatkuasakan.Selain itu, masjid diarah tutup, aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang manakala semua institusi pendidikan turut ditutup.28 mukim dalam daerah Kota Setar adalah; Langgar, Bukit Pinang, Gunung, Kuala Kedah, Sungai Baru, Kota Setar, Mergong, Titi Gajah, Alor Malai, Pengkalan Kudor, Padang Lalang, Kubang Rotan, Teluk Cengai, Teluk Kechai, Pumpong, Derga, Tajar, Limbong, Tebengau, Teluk Mas, Lengkus, Kangkong, Lepai, Hutan Kampung, Alor Merah, Anak Bukit, Sala Kechik dan Padang Hang.
Individu yang perlu keluar untuk bekerja tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran.Majikan mereka diminta untuk mengambil maklum akan perintah ini dan membenarkan mereka yang terlibat untuk bekerja dari rumah (work from home).
Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah dilarang sepanjang tempoh ini.Semua taska, sekolah swasta dan kerajaan termasuk lain-lain institusi pengajian rendah, menengah dan pra-universiti juga diarahkan tutup sepanjang tempoh PKPD secara Pentadbiran.Sesi pengajian di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Institut Latihan Kemahiran di daerah Kota Setar turut ditangguhkan.
Hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja (essential services) dibenarkan beroperasi seperti premis yang menyediakan perkhidmatan makanan seperti kedai makan dan warung serta stesen minyak, kedai runcit dan farmasi, klinik serta hospital sahaja.Perkhidmatan perlu lain seperti kilang perlu memohon kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi.
Restoran, kedai makan hanya boleh menggunakan kaedah ‘take away’ sahaja dan hanya boleh beroperasi dari jam 8 pagi – 8 malam.
·Klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam, manakala waktu operasi farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan dibenarkan sehingga 8.00 malam sahaja.
·Stesen minyak dan kedai runcit boleh beroperasi dari jam 8 pagi – 8 malam sahaja.
·Operasi pasar malam dan pasar tani juga adalah tidak dibenarkan, manakala hanya operasi pasar harian dibenarkan dari jam 6 pagi – 2 petang sahaja.
·Hanya ketua keluarga atau seorang dari sebuah rumah sahaja dibenarkan untuk keluar bagi tujuan pembelian barang makan atau keperluan keluarga.
Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa tempoh PKPD Pentadbiran di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah akan dilanjutkan tiga hari lagi hingga 13 September ini.
Pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Penjara Tawau dan Kuarters penjara itu pula diputuskan selepas mengambil kira penularan kes jangkitan positif COVID-19 di Penjara Tawau.
Arahan itu akan membabitkan banduan, 114 anggota dan 355 ahli keluarga Jabatan Penjara Malaysia di Penjara Tawau.
Pergerakan keluar masuk penjara adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran termasuk pelawat dan ahli keluarga.
28 Mukim di daerah Kota Setar:
(1) Langgar
(2) Bukit Pinang
(3) Gunung
(4) Kuala Kedah
(5) Sungai Baru
(6) Kota Setar
(7) Mergong
(8) Titi Gajah
(9) Alor Malai
(10) Pengkalan Kudor
(11) Padang Lalang
(12) Kubang Rotan
(13) Teluk Cengai
(14) Teluk Kechai
(15) Pumpong
(16) Derga
(17) Tajar
(18) Limbong
(19) Tebengau
(20) Teluk Mas
(21) Lengkus
(22) Kangkong
(23) Lepai
(24) Hutan Kampung
(25) Alor Merah
(26) Anak Bukit
(27) Sala Kechik
(28) Padang Hang