Alessandra Dianne Ampuria  atau lebih dikenali dengan panggilan Sandra adalah merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya “Hey Kau! “.Pada tahun 2020, Sandra merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.Beliau juga ialah bekas peserta Mentor Legend.

Pada 11 September 2020  kita dikhabarkan berita sedih dengan pemergian peserta program Big Stage 2020, Allahyarham Sandra Dianne setelah selama 6 hari bertarung nyawa akibat dia terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tenah (ELITE) berhampiran dengan Subang Jaya pada hari Sabtu lalu.

Baru-baru ini, terdapat satu komen daripada pengguna laman sosial yang agak melampau sehingga membuatkan ibu kepada arwah Sandra iaitu Nur Syakinah Abdullah rasa terkilan apabila menyifatkan kematian anaknya sebagai mati katak. Sebenarnya tidak patut memberi komen sebegitu kerana seluruh keluarganya masih lagi dalam keadaan sedang berkabung.

Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.

 Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda. Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredai. InsyaAllah.

sumber:Facebook

Tak baik tau bila korang komen macam tu! Tolong hormati keluarganya yang masih bersedih atas kehilangan Sandra. Kita doa yang baik-baik ya gais. Apapun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra Dianne. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Comment on Sandra Meninggal Dunia, Komen nitizen sifatkan Anak Sebagai Mati Katak, Ibu Sandra Terkilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *