Sumber: pekhabar.com

Miss GlamorNyo nak tanya ni. Tiap tahun Malaysia akan cuti umum pada 16 September  tetapi tahukah anda cuti itu untuk apa? Ha takkan jadi rakyat Malaysia tapi tak tahu. Come on,cuti mahu tapi tak  malukah kalau anak-anak tanya tapi tak tahu..Anda jangan tersentap bila miss cakap macam tu sebab benda tu biasalah, siapa yang tak suka cutikan?  Kalau anda tak tahu anda harus baca artikel kali ini. Cuti umum untuk besok hari adalah cuti Hari Malaysia. Ini info sejarah Hari Malaysia yang anda perlu tahu.

Suruhanjaya Cobbold dibentuk untuk dapatkan pandangan rakyat tentang Malaysia…

Tarikh 16 September 1963 adalah detik bersejarah yang menyaksikan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara baharu bernama Malaysia. Sebenarnya info ini basic sahaja, masa kita di sekolah ada diajar. Kalau korang tak tahu, ni mesti kes tidur dalam kelas.

Benda ni bermula dengan cadangan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra, pada 27 Mei 1961, disusuli Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu kat Singapura pada 23 Julai yang putuskan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang dipengerusikan Tun Mohammad Fuad Stephens.

Ia berperanan untuk jelaskan konsep Malaysia kepada rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan Brunei. Siri mesyuarat tu berlangsung mulai Ogos 1961 hingga Februari 1962 kat Sabah, Sarawak dan Singapura.

Sumber: pekhabar.com

Hasilnya, pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk dan dipengerusikan Lord Cobbold. Keahliannya ialah Wong Pow Nee, Mohd Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston menjadi wakil kerajaan British.

Suruhanjaya tu nak tinjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Dari Februari hingga April 1962, Suruhanjaya Cobbold jumpa lebih 4,000 orang dan menerima 2,200 memorandum pelbagai pihak.

Rancangan Malaysia ni dapat tentangan yang hebat dari Indonesia dan Filipina…

Hasilnya, 80 peratus rakyat Sarawak dan Borneo Utara sokong penubuhan Malaysia dan terima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, dan terima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Sumber: SlideShare

Suruhanjaya Cobbold juga cadangkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK), Persekutuan Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Malaysia, kuasa autonomi dan jaminan khas dalam beberapa perkara diberi kepada Sabah dan Sarawak serta kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak.

Rakyat Sabah dan Sarawak jugak kaji beberapa tuntutan yang munasabah untuk jaga kepentingan diorang sebagai Bumiputera sebelum sertai Malaysia. Tuntutan ini dikenali 20 Perkara Sabah dan syarat Borneo Utara menyertai Malaysia.

Sumber: SlideShare

Pembentukan Malaysia berdepan pelbagai cabaran dengan penentangan dimulakan pada 1962 oleh A M Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei dan perisytiharan konfrontasi oleh Indonesia melalui Presiden Sukarno. Kat Manila, ada tuntutan ke atas Sabah dikembalikan kepada Filipina dengan alasan wilayah tu milik keturunan Sultan Sulu yang memeterai perjanjian dengan Kerajaan British pada 1878.

Upacara perisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka pada 16 September…

Pada 21 Jun 1962, laporan Suruhanjaya Cobbold disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan Tanah Melayu. Masa tu Tunku Abdul Rahman bentuk jawatankuasa untuk kaji laporan tu. Dia mempengerusikan jawatankuasa yang dianggotai Tun Abdul Razak, Tan Siew Sin, Datuk Dr Ismail Abdul Rahman dan Datuk V T Sambanthan.

Pada 9 Julai 1963, perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian ditandatangani wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dengan persetujuan dicapai untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Tentangan berterusan Filipina dan Indonesia, memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menghantar misi ke Borneo pada 1963 bagi jelaskan pandangan majoriti rakyat yang menyokong penubuhan Malaysia.

Upacara perisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 16 September 1963, dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Perisytiharan penubuhan Malaysia dibacakan Tunku Abdul Rahman di hadapan lebih 30,000 rakyat yang turut meraikan hari bersejarah itu.

Kita harus menghargai sejarah, dan bergerak sebagai sebuah negara…

Pembentukan Malaysia ada cabarannya yang tersendiri; terutamanya dari dua negara jiran Malaysia. Proses pembentukan Malaysia yang telah mendapat sokongan rakyat terdahulu wajar diingat dan dihargai dalam sejarah. Namun, dalam konteks pembangunan dan kebajikan, kerajaan pada hari ini harus fokus untuk membawa pembangunan ke Borneo.

Leave a Comment on CUTI 16 SEPTEMBER TAHU, TAPI TAK TAHU CUTI APA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *