Di ketika waktu darurat sekarang ini akibat pendemik covid, ramai majikan mula membuat sesi temu duga secara panggilan video atau dalam talian bagi pengambilan pekerja baru.Sesiapa yang bakal melalui sesi temu duga secara panggilan video, boleh cuba tips ni ok! Kebiasaannya, sesi temu duga secara panggilan video ini dibuat atas beberapa faktor. Antaranya adalah masalah jarak yang terlalu jauh di antara calon dan majikan, faktor keadaan semasa seperti penularan wabak Covid-19 yang sedang berlaku ketika ini dan banyak lagi.Mungkin ramai yang menganggap bahawa sesi temu duga secara panggilan video lebih mudah berbanding bersemuka empat mata di pejabat. Namun hakikatnya adalah tidak malah ia sebenarnya lebih mencabar dan mendebarkan.

Sumber: Shutterstock

Untuk sesiapa yang bakal menjalani sesi temu duga secara panggilan video, anda sebenarnya perlu membuat persediaan yang lebih banyak dan rapi!

1. Pastikan pencahayaan (lighting) on point!

Paling penting untuk anda adalah  pastikan kualiti pencahayaan di rumah atau bilik anda adalah di tahap yang paling memuaskan dan baik.JIka anda tiada sumber lighting cara manual anda boleh lakukan adalah dengan setup komputer anda di natural lighting rumah anda seperti di tingkap. Jangan pula buat sesi temu duga dengan bakal majikan anda di tempat yang gelap ok!

2. Walaupun hanya video call interview, tapi jangan pula buat di tempat yang berselerak. Malu dik non!

Pastikan ruang serta kawasan yang anda ingin buat panggilan video itu bersih dan tidak berselerak. Yang penting ia perlu nampak formal! Kemas lah bilik tu sebelum interview berjalan atau jika nak mudah pergi je mana-mana cafe seperti starbuck atau oldtown tetapi kena pastikan cafe tu tak lah bising sangat.

3. Kawal bunyi bising di sekeliling anda

Nampak remeh tapi penting. Tapi anda kena pastikan tiada sebarang bunyi bising di kawasan sekeliling anda agar ia tidak menggangu sesi temu duga.

4. Buat experiment terlebih dahulu

Sebelum sesi temu duga, seeloknya anda membuat ‘experiment’ terlebih dahulu bagi memastikan ia berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah kelak.

5. Kenal pasti bahasa yang digunakan oleh majikan

Keliru untuk menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris ketika sesi temu duga? Cuba kenal pasti bahasa yang kerap digunakan oleh majikan anda ketika sesi temu duga tersebut. Jika banyak digunakan bahasa Melayu, bolehlah anda gunakan bahasa tersebut. Jangan pening-pening ok!

Nampak mudah! Tapi Ia sangat berguna dan akan memberikan result yang baik untuk anda. So jangan lupa gunakan tips yang telah dikongsikan ini tau!

Leave a Comment on Interview Online semasa covid-19, 5 Tips Interview Secara ‘Video Call

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *