Hi everything, miss GlamorNyo nak tanya kalau sebut tentang bapa, mesti semua ada gambaran bahawa bapa adalah seorang yang tegas dan sangat susah nak menunjukkan kasih untuk anak-anak dia. Lazimnya la bukan semua ya okay!

Melalui satu posting di Facebook, Azri Walter hendak ke pejabat dia di Putrajaya dan dia ternampak seorang lelaki membawa teddy bear sambil menunggang motor. Dia berjumpa dengan lelaki tersebut dekat lampu isyarat dan kebetulan lampu merah En. Azri pun sembang dengan lelaki tersebut.

Sumber gambar: Media Viral Melaka

En Azri bertanya kepada lelaki tu “nak bawak ke mana teddy besar tu ?”

Lelaki tu balas cakap jumpa dekat sampah masa kerja, ada orang buang jadi saya ambik pulang . Rupa-rupanya lelaki tadi nak bagi teddy bear tu untuk anak dia. Anak dia memang nak sangat teddy bear giant tu tak dapat nak beli sebab harga untuk teddy bear tersebut memang mahal tak dapat di nafikan.  Ulasnya lagi harga teddy bear tu boleh tampung makan keluarga satu bulan.

Sayu hati bila dengar lelaki tersebut memberitahu alasan dia membawa teddy bear  untuk anak dia. Kalau tengok gambar teddy bear tersebut, memang nampak  ia dalam keadaan kotor. Lelaki tu juga menyatakan bahawa dia akan membasuh teddy bear tersebut dan bila bersih akan diberikan kepada anak dia.

Sumber gambar: Media Viral Melaka

Melalui kisah tersebut, kita kena sentiasa ingat bahawa susah mana kita ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Kita tak tahu nasib orang lain yang bagaiamana sebabtu la kena sentiasa bersyukur dan elakkan banyak komplain dengan kehidupan masing-masing.

Kasih seorang ayah memang tak dapat di sangkal walaupun jarang seorang ayah itu meluahkan kasih mereka kepada anak.   Nampak je keras di luar tapi dalaman hati siapa tahu, sudah biasa bagi bagi seorang ayah yang personalitinya kurang bercakap dan kurang bercerita. Namun tanggungjawab sebagai seorang ayah tu akan sentiasa dipikul.

Leave a Comment on BAPA HADIAHKAN TEDDY BEAR KUTIPAN UNTUK ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *