Hi semua, baru-baru ni kita diberitahu tentang isu Macau Scam dimana orang bertanggungjawab terhadap scam tersebut telah berjaya diberkas oleh SPRM. Mengikut sumber sudah mencecah billion hasil wang yang berjaya mereka hasil daripada sindiket penipuan tersebut. Jadi hari ni Miss nak cerita sikit jenis-jenis scammer ni.
Sumber: Offgamers,Google image
1) Scammer melalui panggilan
Sumber: Global Call Forwarding
Biasanya modus operandi paling cepat, senang dan popular untuk para scammer di luar sana. Panggilan yang lazim dilakukan oleh scammer ni mereka akan mengaku bahawa mereka dari polis, mahkamah,pihak bank la dan lain-lain. Kemudian mereka akan menyatakan bahawa kita mempunyai jumlah tunggakan hutang atau pun saman yang dikenakan. Jadi perlu membayar kepada no akaun yang diberi dan jika gagal membayar nama akan di senarai hitam.
2) Mesej meminta TAC
Sumber: Edubestari
Taktik ni juga sering digunakan oleh para scammer di luar sana dengan cara meminta no TAC mangsa mereka. Mangsa akan mendapat mesej TAC sedangkan mereka tidak membuat transaksi pun, kemudian akan muncul la scammer ini meminta no TAC tersebut dengan alasan tersalah daftar nombor di bank tak pun mereka akan menyatakan duit mangsa masuk akaun mereka. Bila kita check memang ada duit tolak jadi kita pun percaya dan bagi nombor TAC tersebut. JANGAN SESEKALI BAGI NOMBOR TAC WALAUPUN DUIT KITA SUDAH TOLAK. Sebaliknya telefon pihak bank dan mereka akan menyelesaikan isu tersebut.
3) Pembelian wang lama
Sumber: bm.cari.com.my
Rasanya taktik ni bersepah dekat ruangan komen Instagram dan Facebook meminta “do you have old coin to sell”. Selalunya gambar profil mereka akan menggunakan muka warganegara luar dan bukan Malaysia. Mereka akan menawar duit 10 kali ganda lebih banyak dan alasan digunakan untuk muzium la atau pun mereka pengumpul wang-wang lama. Modus operandi mereka pula akan meminta no akaun kita kemudian bila mahu dipindahkan wang mereka akan meminta sejumlah wang dari kita untuk mengaktifkan transaksi.
4) COD scammer
Sumber:1021.sunrise.com
Taktik scam COD ni merupakan taktik baru ye, mereka akan datang ke rumah kemudian mengatakan barang ni menggunakan cara pembayaran COD kemudian perlu membayar jumlah sekian sekian sedangkan kita tak ada membeli apa-apa pun. Kaedah ni sangat mudah dan merupakan jalan pintas untuk mendapatkan wang sebab biasanya penghantar barang tersebut tidak memakai uniform atau memegang apa-apa id. Kita boleh menolak jika situasi ini berlaku kepada kita dan sentiasa berwaspada dengan barang yang kita pesan.
5) Scam dengan memenangi sejumlah wang atau hadiah berharga.
Sumber: UOB
Selalu taktik ni akan melalui sms dan iklan-iklan di web. Mereka akan meminta maklumat pemenang dan perlu membayar sejumlah wang sebagai wang cagaran sebelum mendapat hadiah utama tersebut. Lepas je bank in wang cagaran tersebut, mereka akan menghilangkan diri. Habis duit cagaran lesap macam tu saja.
Macam-macam jenis scammer sekarang dan dalam sekelip mata je duit kita dapat dicuri oleh mereka, jadi jangan mudah terpedaya dengan modus operandi tersebut. Sentiasa beringat bahawa esok atau lusa kita boleh jadi mangsa kepada para scammer ini ya!
Sumber perkongsian:
- https://thehoopoes.blogspot.com/2019/06/cara-mengenalpasti-scammer-di-malaysia.html
- https://www.sinarharian.com.my/article/18692/SIASAT/Lima-modus-operandi-scammer-popular!