Hi guys, today miss GlamorNyo nak bercakap mengenai Lifestyle atau dalam bahasa
melayunya adalah Gaya hidup. Apa yang miss nak kongsi ni adalah tips bagaimana untuk
anda yang kaki fotogenik bergambar dengan lebih stylo dan nampak cantik.Tidak kisah
sama ada di luar atau di kawasan rumah juga boleh kan.Takkan dah deco rumah
cantik-cantik dan dah buat landscape rumah cantik-cantik bila ambik gambar tak cantik
pulak kan.Terutamanya kepada geng-geng gegirl lah. Untuk lelaki pula tunggu untuk article
seterusnya.
Jom ikuti tip-tip yang miss nak kongsikan ini, untuk tips yang pertama ini adalah posing
dengan kaki di lebarkan sedikit. Sudut kamera atau angle camera anda haruslah
menegak(verticle) kerana anda perlu masukkan keseluruhan kaki anda dan jika anda suka
dongakkan skit sudut angle itu keatas sedikit supaya membuatkan anda kelihatan tinggi.
Posing kedua ini pula untuk geng-geng hipster untuk nampak lebih stylo dimana pose ini adalah dengan meletakkan tangan di dalam saku. Posing ini sesuai untuk para remaja jelah, kurang sesuai untuk yang para “wanita”.
Posing seterusnya dipanggil pose golden hour. Apa itu golden hour, golden hour adalah dimana pancaran matahari pagi atau petang yang akan dibiarkan terkena kepada bahagian muka dan SELFIE! Done hastag #sunkisses.
Keempat ini dipanggil pose Cute. Posing ini cantik dilakukan di cafe-cafe kerana persekitarannya nampak lebih menarik gitu. Posing nya hendaklah meletakkan tangan dibawah dagu dan sengetkan kepala untuk anda nampak cute gitu dan buatlah mimik muka yang comel. Ini memang sesuai untuk instagramer.
Posing seterusnya adalah candid adalah yang paling susah untuk dibuat jika anda tidak pernah melakukannya.Bukan hanya pegang spec mata dan anda akan dapat snap gambar yang cantik. Tidak sama sekali. Ia memerlukan confident level yang tinggi dimana ada perlu tahu style yang macam mana anda mahukan. JIka tidak ia akan kelihatan sangat buruk.
Posing seterusnya ini adalah untuk penggemar alam semulajadi. Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana posing ini haruslah dilalukan dengan background dan latar belakang nature/alam semulajadi. Cara posingnya adalah dengan mengangkat satu tangan diatas seakan-akan menggeliat baru bangun dari tidur.
Posing terakhir ini adalah posing yang paling digemari ramai. Iaitu pose mengayunkan beg tangan anda. Posing ini sangat popular dilakukan ketika berada di Mall. Kebiasaanya ia dilakukan di hadapan mall. Ia adalah posing yang memerlukan anda ber OOTD ala-ala casual sikit baru kena dengan tema. Hihi. janganlah pakai baju sukan tapi hayun bag tangan. Kan tak sesuai tu.
Okay semoga bermanfaat kepada semua untuk mendapatkan gambar OOTD anda dengan lebih cantik. Boieh lah dapat gambar ala-ala model gitu. Kan? Jika anda ber OOTD dihalaman rumah atau di dalam rumah anda boleh lah hashtag #ootdglamornyo. Hihi.. nanti admin akan postkan didalam wall page GlamorNyo.
Gambar adalah sumber dari @heyyoushinee.