Sumber: Kwsp.gov
Hari ini Miss GlamorNyo ingin menyampaikan sesuatu yang sangat mustahak dan mengembirakan sesetengah pihak.Sumber ini dipetik dari berita dan dari sumber yang sahih. Untuk pekerja swasta yang terjejas akibat daripada wabak Covid 19 ini dan mungkin ramai yang diberhentikan kerja. Inilah BERITA yang ditunggu-tunggu dalam pembentangan Belanjawan 2021 apabila diumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500 sebulan.
Sumber : Astro Awani
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP), akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.
Muhyiddin tidak menggariskan syarat-syarat untuk memenuhi syarat pengeluaran RM500 sebulan, tetapi memberi gambaran melalui kemungkinan satu senario.
“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak.
“Jadi dalam kes sebegini lah kita benarkan,” katanya pada wawancara di Astro Awani.
Sumber: Berita Harian
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah itu sehingga RM6,000 untuk tempoh 12 bulan bagi ahli yang kehilangan pekerjaan.
“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.
Selain itu, beliau berkata, KWSP akan membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun 2 KWSP untuk membeli produk perlindungan insurans dan takaful hayat dan penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.
Dalam pada itu, bantuan pembayaran pinjaman ditambah baik kepada peminjam B40 dan perusahaan mikro dengan jumlah pinjaman sehingga RM150,000.
“Peminjam dalam kategori ini diberi pilihan untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan, atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan,” kata beliau.
Beliau menambah, peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.
“Untuk peminjam dari golongan M40, proses permohonan bantuan bayaran balik dipermudahkan. Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik,” katanya sambil menambah fleksibiliti-fleksibiliti itu bermula Disember 2020.
Mungkin bagi kita yang tidak terjejas contohnya yang bekerja di sektor awam tidak akan merasakan keperitan dan kesusahan yang dialami oleh pekerja-pekerja yang terjejas. Jadi marilah sama-sama kita menyokong usaha kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan ini.Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberikan.