Haa haritu miss Glamornyo share tentang jenis-jenis scammer kan, kali ni nak cerita tentang cara-cara nak cegah dari terkena dengan permainan scammer ni. Ada 5 tips yang Miss dah senaraikan, moga bermanfaat ya.

Scam Redmond GIF by YoungerTV - Find & Share on GIPHY

1.Membeli di platform yang mempunyai sistem jaminan wang.

Kalau shopping online, amat digalakkan untuk membeli platform yang mempunyai jaminan wang tau. Apa tu sistem jaminan wang? Sistem jaminan wang tu jika barang korang  tersebut tidak sama seperti diklankan, rosak dan tidak sampai di tangan, wang anda akan dilindungi tau. Paling mudah kalau di platform Lazada ada Lazada guarantee,kalau Shopee ada Shopee guarantee so lagi percaya dan selamat la bila korang shopping online.

2.Menggunakan perkhidmatan percuma untuk menyemak butiran penjual.

Sebelum membuat bayaran kepada penjual tahukah korang sebernanya boleh check penjual tersebut melalui perkhidmatan secara percuma. Korang boleh check dekat laman web  Scam.my atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dengan menggunakan no akaun atau no telefon penjual tersebut. Namun jika tiada rekod bukan bermaksud selamat ya,kena sentiasa berwaspada  tau.

3.Jangan jawab panggilan antarabangsa.

Sumber : https://miami.cbslocal.com/2019/04/08/are-you-getting-unexpected-overseas-calls-heres-why/

Kadang ada je terima panggilan dari no yang tak dikenali dan seeloknya tidak menjawab panggilan tersebut  terutamanya panggilan dari no antarabangsa. No antarabangsa ni yang nombor depan dia bermula dengan nombor yang pelik-pelik yang kita tak familiar contoh +234,+90,+44 dan banyak la. Ingat ya kod nombor Malaysia bermula dengan +60 dan perlu berhati-hati juga walaupun dari lokal.

4.Tolak jika ada meminta duit pendahuluan dan butiran peribadi anda.

Sumber :https://telanganatoday.com/dont-become-a-victim-of-identity-theft-fraud

Senang ja nak kenal pasti scammer ni, kalau ada je dapat mesej atau apa2 dari mereka yang meminta korang beri wang pendahuluan sebagai pendaftaran la kemudian alasan lain akan dikembalikan semula, jangan sesekali percaya. Selain itu diorang kadang meminta butiran peribadi macam no akaun, no I.C, kad bank atau lain-lain, silalah block . Jangan mudah percaya dengan modus operandi tersebut, akibatnya kita akan menanggung kesannya.

5.Telefon customer servis jika ada sesuatu yang meragukan.

Sumber : https://daftarpaket.co.id/customer-service-axis/

Pernah tak korang dapat apa-apa mesej atau panggilan daripada mana-mana pihak lepas tu tak tahu nak percaya ke tak.Kalau korang ada perasaan meragui  tentang sesuatu lagi melibatkan wang korang,korang sebenarnya boleh call customer servis atau live chat dengan syarikat yang korang ragui tu. Anda boleh emel, hubungi atau live chat mereka untuk mengesahkan sesuatu untuk mengelakkan diri anda menjadi mangsa scammer.

Banyak lagi cara untuk mengelakkan diri kita daripada ditipu scammer tapi ini je Miss sharekan dekat korang. Nak tahu banyak lagi info,korang boleh follow page Glamornyo untuk banyak lagi pengetahuan yang menarik!

Sumber perkongsian:

https://www.imoney.my/articles/4-tanda-amaran-penipu-online

https://loanstreet.com.my/ms/pusat-pembelajaran/cara-elak-kena-tipu-scam-jual-beli-online

Leave a Comment on CEGAH DIRI DARI TERLIBAT DENGAN PERMAINAN SCAMMER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *