Sumber: Pinterest

Bila bercakap mengenai rumah, ruang yang paling digunakan oleh keseluruhan ahli keluarga adalah ruang tamu. Ruang tamu juga adalah satu tempat yang sangat penting, sebab tempat itulah yang akan kita lalu dulu bila masuk dalam rumah.Kalau tiba-tiba ada tetamu telefon nak datang mengejut pun, ruang ni jugalah yang kita akan cepat-cepat kemas dulu. Bilik lain sepah tak mengapa, tapi jangan sesekali ruang tamu! Betul kan? HEHE..

Hari ini Miss GlamorNyo nak bagi sedikit idea bagaimana untuk kita pilih dekorasi ruang tamu yang sesuai untuk rumah anda.Ini adalah basic knowladge dan ilmu pengetahuan. Kalau boleh, biarlah semua hiasan dalaman ruang tamu tu tak nampak berserabut dan senang untuk dikemas.Jom memilih jenis-jenis barang dan perabot yang harus ada di ruang tamu.

Antara tip yang telah Miss sediakan ialah untuk memilih sofa yang sesuai, beli meja kopi khas, dan menggunakan cermin sebagai tambahan deko.

1) Memilih Sofa Yang Sesuai

Bila tetamu sampai ke rumah benda pertama yang kita pelawa mestilah jemput mereka duduk kan?

Dan… sebab tulah sofa memainkan peranan penting sebagai hiasan dalaman ruang tamu. Macam mana nak pilih sofa untuk ruang tamu anda? Semuanya bergantung kepada saiz, kegunaan dan tema ruang tersebut. 

Sumber:facebook

Ada pelbagai jenis sofa yang boleh dipilih, sama ada yang berbentuk-L, berbentuk-U, datang sekali set 1-2-3, atau yang jenis sofa katil.

Material pula selalunya ada kayu, kusyen, berbulu-bulu, dan kulit. Bila nak pilih sofa, anda bukan setakat kena tengok bahagian luar je tau, kena tahu juga bahan yang digunakan dekat dalam tu.

Nanti tak pasal-pasal baru pakai sofa seminggu dah lunyai atau patah riuk. Kalau anda ada ruang yang besar dan bajet lebih, boleh juga gabungkan 2 atau 3 jenis sofa supaya ruang tamu nampak lagi menyerlah.

Yang penting, untuk cantikkan lagi sofa, anda harus membeli bantal sofa yang sepadan (sama ada dalam teksturnya ataupun warna).

Sumber:facebook

2) Lampu Siling Atau Berdiri

Kalau tak ada lampu di ruang tamu, maka gelap-gelita lah ruang tu menjelang malam hari, betul tak?

Setiap rumah kebiasaannya memang ada lampu siling ruang tamu yang jenis panjang tu, tapi sekarang, ramai dah tak pakai lampu macam tu sebab lagi sukakan lampu ruang tamu yang moden.

Sumber : Ali Express

Selain dari lampu siling, ada juga yang gunakan lampu berdiri, sama ada untuk menambah cahaya ataupun sekadar hiasan saja.

Apa pun, anda kena pastikan yang ruang tamu mempunyai pencahayaan yang elok dan baik, sebab di situlah anda akan berkumpul bersama keluarga, bersantai, menonton TV, dan macam-macam lagi aktiviti lain.Walau bagaimana pun, anda kena tengok juga saiz ruang sebelum membuat keputusan untuk membeli lampu.

Kalau ruang tamu anda kecil, satu lampu dah cukup untuk menerangi ruangan tersebut. Namun, jika siling di ruang itu agak tinggi, anda perlu memilih beberapa jenis lampu yang lebih besar.

Selain tu, kalau anda mempunyai meja tepi sofa yang kosong tapi tak berapa minat untuk menggunakan bunga sebagai dekorasi, anda boleh juga letakkan lampu hiasan ruang tamu di situ sebagai ganti.

Sumber : Ali Express

3) Kipas Penuh Gaya

Tak semua orang boleh letak penghawa dingin di ruang tamu, jadi kipas siling sangatlah membantu untuk menghilangkan rasa bahang pada waktu panas.

Nak pilih kipas yang sesuai untuk diletakkan dalam ruang tamu mungkin agak rumit sedikit sebab nak kena fikir saiz bilik, ukuran kipas, kipas siling ke kipas berdiri, berapa bilah, reka bentuk, dan banyak lagi.

Bagi yang nak siling nampak je dan tak perlu susah-susah nak panjat tangga bersihkan kipas, bolehlah gunakan kipas berdiri saja.

Sumber : Ali Express

Kalau rasa kipas biasa tu membosankan dan tak matching dengan dekorasi rumah – boleh cari yang mempunyai bentuk unik, mungkin mahal tapi berbaloi.

Kalau anda rasa kipas siling lebih sesuai, tentukan dulu saiz kipas siling yang diperlukan kerana kipas yang terlalu kecil atau besar tak akan memberikan aliran udara yang betul.

Sumber : Ali Express

Jumlah bilah juga selalu menjadi tanda tanya apabila menentukan jenis kipas siling yang hendak dibeli.

Dulu memang orang kata kipas siling dengan lima atau enam bilah lebih efisyen, berbanding dengan tiga atau empat bilah, tapi sekarang dah tak lagi.

Sumber : Ali Express

Oleh kerana kecekapan aliran udara kipas diukur melalui CFM (cubic feet per minute), jumlah bilah kini lebih kepada menghiasi gaya ruang anda.

Sebagai contoh, kipas siling empat atau lima bilah menjadikan ruang lebih konvensional dan seimbang, manakala kipas dengan dua atau tiga bilah pula mempunyai gaya moden dan anggun.

Sumber : Ali Express

Tapi, kalaulah anda dah ada penghawa dingin pun, tak salah untuk meletakkan kipas juga. Ada masa boleh guna kipas saja jadi lebih jimat bil elektrik. Bila letak kipas pun ia salah satu part dekorasi ruang tamu. Anda boleh sesuaikan mengikut citarasa dan tema ruang tamu anda. Okay nantikan article part 2 untuk tips hias rumah yang seterusnya setelah anda membaca tip asas dan basic ini. Tips seterusnya adalah untuk menambah add on beberapa elemen bagi mencantikkan lagi ruang tamu anda.Jangan lupa nantikan ya.

Leave a Comment on Tip Basic Hias Ruang Tamu Bahagian 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *