sumber : 99.co

Mungkin anda pernah lihat posting mengenai tanaman hidroponik ni di facebook atau ada diantara rakan-rakan anda yang telah membuatnya.Ini kerana tanaman ini sangat mudah dijaga dan tidak perlu disiram setiap hari. Tetapi tahu kah anda apa itu tanaman hidroponik ini? Jika anda masih tertanya-tanya anda bertuah kerana hari ini Miss GlamorNyo nak ceritakan apa itu Tanaman Hidroponik.

Sumber: pinterest

HIDROPONIK (Hydroponic) adalah satu kaedah penanaman tumbuhan yang tidak menggunakan tanah tetapi hanya menggunakan sir dan baja larutan. Sementara itu hidroponik tulin pula adalah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. Terdapat beberapa tekologi berkaitan mengenai hidroponik seperti Hidroponik Takung, Hidroponik Tertutup, Hidroponik Kolam dan sebagainya. Penanaman sayuran secara hidroponik merupakan satu teknologi paling lazim dilakukan termasuk dikawasan perbandaran dan rumah pangsa bertingkat-tingkat yang tiada ruang tanah. Teknologi hidroponik juga dikaitkan dengan ‘vertical technology’ yang kini semakin popular dinegara maju. Selain daripada ia mudah diuruskan, jadual pengeluaran dan kawalan kualiti dapat dipenohi dengan jaminan kualiti. Walau pun kos pembangunan infra untuk projek hidroponik yang berskala komersil dan besar, namun ia masih signifikan untuk dibuat. Saya pernah berpeluang melawat bagaimana projek hidroponik yang berskala komersil dibuat di Beijing, Seoul dan Singapura dan terus membekalan bahan makanan terutama sayur daun kepada penduduk tempatan.

Sumber: Gurupendidikan.co

KELEBIHAN

Teknologi Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman sayuran yang biasanya menggunakan tanah. Lazimnya sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti keadaan tanah bertoksik, di kawasan padang pasir dan kawasan rumah pangsa yang sempit. Lazimnya juga sayur-sayuran yang ditanam akan cepat tumbuh dan mampu mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi mengikut jadual. Hasilnya juga bersih daripada kekotoran tanah dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak. Amalan agronomi tanaman berbeza di mana kita tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul tanah. Penggunaan air dan baja selalunya adalah terkawal dan efisien. Ramai mengatakan pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi (Kerana ia kecil dan produktiviti penghasilan boleh dimanipulate kiraannya).

Sumber:facebook

Bagi Sistem Takung Statik dimana kaedah hidroponik yang tidak memerlukan pam air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman. Bagi sistem takung punca peralatan yang diperlukan adalah seperti takung tanaman, penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik) dan juga pasu plastik kecil (jika perlu). Teknologi ini adalah amat sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.

Sumber:facebook

Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic) pula pada asasnya sama dengan dengan system takung statik dimana bezanya adalah cuma ada tambahan bubbler. Alatan bubbler ini akan dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksigen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi sistem ini. Walau pun teknik ini agak kurang dibuat oleh kita, sebenarnya ia sangat sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar (Sila lihat foto atas). Teknologi ini semakin moden jika ianya dilakukan pada skala komersil termasuk teknologi NFT untuk menanam salad dan lain-lain sayur daun.

Begitulah sedikit info mengenai Tanaman Hidroponik ini yang perlu anda tahu. Selepas ini boleh lah mencuba kan. Tak rugi berbakti kepada tanah. Kelak akan ada hasilnya. Jangan lupa share kepada rakan-rakan facebook anda biar ramai yang tahu.

Leave a Comment on APA ITU TANAMAN HIDROPONIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *