Ramai yang cakap apabila gaji kecil tak boleh menabung. Salah! Tanggapan itu adalah salah sama sekali. Sebenarnya ada cara untuk menyimpan walaupun duit gaji kecil.Paling penting kita ada niat untuk menabung. Namun pada masa yang sama jangan lupa untuk hantar kepada keluarga di kampung. Lebih berkat rezeki itu nanti. Ikuti Tip-tip dari GlamorNyo untuk manfaat semua. Semoga bermanfaat kepada semua.

Berikut adalah cara menyimpan gaji yang kecil:

Kendrick Lamar Money GIF - Find & Share on GIPHY

1. Belajar Menyewa

Menyewa bukan bermakna anda tidak ada perancangan untuk membeli rumah baharu. Ini merupakan langkah menabung untuk membeli rumah baharu. Sebelum cukup wang, lebih baik anda menyewa buat sementara waktu.JIka anda terus membeli rumah mungkin kebarangkali untuk ada duit lebih untuk simpanan adalah tipis sama sekali. Bayangkan jika sewa satu rumah misalnya kosnya hanya rm500 berbanding anda membeli rumah sendiri dan perlu membayar rm1500 setiap bulan. Jika anda sudah berpasangan mungkin anda boleh cuba membahagikan nya.

https://giphy.com/gifs/eating-feels-Kh4dHcnH5zchq”

2. Kawal Makan

Salah satu cara menyimpan gaji yang kecil adalah kawal makan. Apa kaitan kawal makan dengan duit? Mengikut kajian hampir 70% duit gaji dihabiskan dengan membeli atau suka makan di luar.

Bagi yang jarang makan diluar, tabiat dan kebiasaan membeli stok makanan yang banyak. Stok makan disimpan kadang-kadang agak berlebihan. Sedangkan kebanyakan dari kita banyak masa dihabiskan di luar atau di tempat kerja.

3. Bawa Bekal

Untuk mengawal makan supaya tidak membazir, bawa bekal ke tempat kerja. Usah malu untuk membawa bekal kerana dengan cara ini anda dapat berjimat.

Jika malu juga, bawa makanan seperti biskut mudah pek sebagai persediaan ketika lapar. Ini mengelakkan anda membeli makanan yang tidak sepatutnya.

Happy Girl GIF by price.com - Find & Share on GIPHY

4. Simpan Wajib Setiap Bulan

Jangan boros. Tak perlu membeli barang yang tidak perlu. Jangan laburkan wang untuk berjudi atau sertai skim cepat kaya. Perbuatan ini akan menghilangkan wang anda begitu sahaja. Perlu diingatkan tiada jalan cepat untuk menjadi kaya.

Usaha membuat simpanan wajib setiap bulan. Mesti anda risau duit tak cukup sebab gaji kecil. Tak perlu simpan banyak.

Contohnya jika gaji anda RM 1500. Simpan RM 50 atau RM 100 sebulan. Jika ada kenaikan gaji tahunan, tambahkan juga jumlah simpanan anda.

5. Melanggan Saluran Berbayar

Selalunya orang bujang jarang berada di rumah. Jika ada pun ketika hari cuti sahaja. Jika anda hanya menonton televisyen seminggu sekali, jangan langgan saluran berbayar.

Membazir sahaja membayar langganan secara bulanan, namun anda jarang menonton. Kecualilah jika anda hidup berkeluarga. Jika ingin melanggan juga, utamakan siaran yang penting sahaja.

6. Menonton Wayang Setiap Hujung Minggu

Elakkan budaya menonton wayang dihujung minggu hanya kerana anda bosan waktu cuti. Bukan tidak boleh menonton wayang, pilih filem yang berbaloi untuk ditonton. Cuma jangan terlalu kerap pergi menonton.

Mungkin harga tiket RM15 rendah nilainya bagi anda, tetapi dengan jumpah itu dimasukkan ke dalam tabung pasti banyak manfaatnya. Lagi pun jika pergi menonton dengan terlalu kerap banyak yang anda perlu keluarkan duit. Seperti duit parking dan kos minyak.

Light Turn Off GIF by Alexis Tapia - Find & Share on GIPHY

7. Tidak Tutup Suis Elektrik

Mungkin ini nampak macam remeh. Namun ini juga cara menyimpan gaji yang kecil. Jangan ingat anda telah tutup suis bermakna anda tidak perlu membayar nilai elektrik.

Selagi alat elektrik anda berada di dalam keadaan stand-by, selagi meter berjalan, anda tetap membayar bil. Jika tidak digunakan, matikan semua suis barangan elektrik di dalam rumah anda kecuali peti sejuk. Duit lebihan bayar bil boleh anda simpan.

Pay Me Master P GIF by I Got The Hook Up 2 - Find & Share on GIPHY

8. Berhutang Tanpa Ada Tujuan

Tidak kira gaji kecil atau besar, elakkan berhutang tanpa ada tujuan. Ada orang sengaja berhutang hanya untuk mengumpul wang atau hidup mewah.

Ini bukan sahaja merugikan wang anda untuk membayar hutang. Malah ditambah pula dengan faedah yang melambung tinggi. Elakkan berhutang hanya semata-mata ingin membeli tiket kapal terbang atau pakej pelancongan.

Belanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.

Leave a Comment on Menabung Walapun Bergaji Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *