Sumber: Berita Harian

Penundaan hari ketiga peringkat separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) yang sepatutnya berlangsung malam tadi bertukar menjadi hari paling ‘menakutkan’ apabila penyanyi dan pengacara yang terbabit tampil melakukan ujian saringan Covid-19.

Ia susulan penyanyi, Alif Satar yang juga peserta SFMM 35 pada hari pertama, kelmarin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Antara selebriti yang berkongsi melakukan ujian saringan Covid-19 di Instagram mereka malam tadi adalah pengacara Sherry Alhadad dan Haziq Husni serta penyanyi Hael Husaini, Zynakal, Ernie Zakri, Syamel, Aina Abdul dan Stacy.

Rata-rata meminta semua peminat mendoakan yang terbaik buat mereka serta berharap Alif segera sembuh.

Agak menyentuh hati apabila Alif sendiri turut berada di ruang komen dan sempat meminta maaf kepada rakan-rakannya.

“Maaf bro, baru je kita jumpa. Aku doakan kau dijauhkan dari COVID-19,” tulis Alif di ruang komen pada video yang dimuat naik Zyn Akal.

“Terima kasih atas doa kalian buat kami. Semoga semuanya dipermudahkan. Doakan juga untuk sahabat baik kami Alif agar cepat sembuh. Semoga kita selamat hendaknya,” kata Shery.

“Semoga semua dipermudahkan. Doa yang baik-baik dan jaga diri,” kata Hael.

“Alhamdulillah saya, Syamel, Aqilah dan semua team kami sudah selesai melakukan ujian saringan. Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segalanya buat kami. Kami akan menjalani kuarantin selama 14 hari,” kata Ernie.

Turut membuat ujian adalah Altimet yang menyifatkan pengalaman tersebut sebagai ‘tidak kelakar’. “Tak kelakar weh. Apapun ni yang ditakdirkan, hadap je lah,” tulisnya

Leave a Comment on Rakan artis jalani saringan COVID-19 selepas Alif Satar sah POSITIVE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *