Miss GlamorNyo nak kongsikan satu hasil karya anak tempatan iaitu karya arkitek tempatan yang mendapat permintaan dari syarikat luar negara Starbuck. Sekarang tengah tular mengenai rekaan Starbucks di Teluk Cempedak Kuantan. Sekali pandang memang akan rasa kelainan dan mungkin anda terus fikir yang rekaan cantik seperti ini adalah dari arkitek luar negara yang dihire oleh pihak Starbuck.Memang benar, rekaan seni bina yang menawan ini cantiknya setanding yang ada di luar negera. Memang lawa, dengan rekaan dinding berkaca berlokasi pula betul-betul tepi pantai Teluk Cempedak pasti berikan anda feels mengopi yang sungguh rileks. Namun buat pengetahuan anda, bangunan dinding berkaca ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia sebenarnya telah wujud sejak tahun 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2012.

Sumber : INSTAGRAM @minn_huii

Tampil unik dengan rekaan berdindingkan kaca, anda mungkin tak percaya reka bentuk bangunan Starbucks tercantik di Malaysia ini sebenarnya adalah hasil sentuhan arkitek tempatan dari Kuantan iaitu ATELiERDiA.Cantik bukan? Simple dan nice.

Tuan empunya rekaan unik ini demi hidangkan story fresh ini adalah Mohd Hatta Ismail atau mesra dipanggil Encik Cik Hatta saja.

Selain pereka seni bina di ATELiERDiA, beliau turut pemilik kepada sebuah kafe berkonsepkan galeri seni tinggi TJANTEK yang terletak di Jalan Besar, Kuantan. Boleh follow TJANTEK CAFE di Instagram @tjantekcafe.co

Sumber : Mohd Hatta Ismail

Dijelaskan, penggunaan dinding kaca pada rekaan bangunan Starbuck Teluk Cempedak ini tidak lain tidak bukan bertujuan memberikan view yang unlimited bagi mereka yang ingin menikmati permandangan cantik Pantai Teluk Cempedak.

Oleh itu, dengan wujudnya bangunan Starbucks di Teluk Cempedak ini, ia bukan sahaja mencantikan landskap namun turut berfungsi sebagai pelengkap terbaik untuk pengunjung mendapatkan permandangan pantai yang indah di sini.Selain Starbucks di Teluk Cempedak, antara tempat lain yang mendapat sentuhan ATELiERDiA adalah SilaLima Guest House dan Restoran Liliwadi .Oh ya, pada enam tahun lepas, beliau turut pernah menampilkan karya unik ‘menghitamkan’ Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Cari inspirasi rekaan interior yang menarik? Anda boleh ikuti perkembangan beliau di Instagram @mohdhattaismail

Leave a Comment on Rekaan Starbuck Menakjubkan dari anak tempatan,Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *