SUMBER: asbn.com

Tahun ini akibat dari pendamik covid-19 ini pasaran saham diseluruh dunia terun mendadak dan ada kalanya naik mendadak. Begitu juga dengan Amanah Saham Nasional Atau lebih dikenali sebagai ASB. Hari ni miss Glamornyo nak kongsikan satu berita yang agak baik kepada yang plan untuk membeli saham di ASB.Amanah Saham Nasional Bhd, mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit amanah harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) sebanyak 3.32 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2020.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, ia membabitkan jumlah pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM40.57 juta kepada 46,156 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.22 bilion unit.

Pengagihan pendapatan itu memberikan hasil dividen 3.60 peratus berdasarkan jangkaan Nilai Aset Bersih (NAB) dana pada 30 November 2020.

DISYORKAN UNTUK ANDA

“Pengagihan pendapatan yang diisytiharkan adalah hasil daripada keuntungan dana terealisasi, dividen dan lain-lain pendapatan, selaras dengan objektif dana dan usaha PNB untuk memberikan pulangan jangka panjang yang berterusan kepada pemegang unitnya.

“Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Imbang 1 adalah berdasarkan unit yang dipegang dan NAB setakat 30 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun mereka pada 1 Disember 2020.

Urus niaga di semua cawangan ASNB dan ejen seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 27 November hingga 30 November 2020 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih,

atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2020.

PNB berkata, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 3.23 peratus untuk tahun kewangan semasa setakat 26 November 2020, daripada 1,561.73 mata kepada 1,612.11 mata dalam tempoh yang sama.

Peningkatan itu, walaupun sedikit adalah perkembangan yang baik buat PNB yang sentiasa komited dalam usaha memberikan pulangan yang kompetitif dan perkhidmatan terbaik kepada pemegang unit dalam mengharungi wabak COVID-19 yang berpanjangan itu.

PNB juga telah melaksanakan beberapa strategi untuk meningkatkan portfolio pelaburan dengan mempelbagaikan portfolio dalam ekuiti antarabangsa dan memberi fokus kepada sektor yang kurang rentan terhadap persekitaran ekonomi semasa.

Leave a Comment on ASNB umum agihan pendapatan 3.32 sen ASN Imbang 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *