Ha time-time covid ni kan hampir semua orang perlu duduk di rumah dan
pergerakan keluar rumah perlu dikawal dan dikurangkan.Jadi makin bertambah lah
online sale dimana semua akan membeli belah di dalam talian sahaja.Dunia di
hujung jari lah katakan.
Hambik kau semua dah pandai membeli online termasuk lah geng-geng mak cik
bawang dan paling tak boleh percaya sampaikan opah-opah dan nenek pun pandai
dah membeli di online. Mungkin mereka tak boleh nak order di dalam phone tetapi
sekarang dalam TV pun dah ada pembelian online hanya dengan call dan order.
Jom kali ini kita lihat gelagat dan kerenah-kerenah pembeli online yang meletakkan
nama mereka di order pembelian yang membuatkan abg posmen sampai tergelak.
Boleh bayangkan tak posmen call untuk tanya “hello ni ainaa nyetnyet” ke?? hahaha..
Bukan itu sahaja, Nama kentut pun ade. Aduhai.
Alahai rakyat Malaysia ni betul-betul menghiburkan.
Ada pula yang nak hadiahkan kepada orang tersayang dan menulis di bahagian
penerima tu dengan ucapan dan wish. Sweet gitu kan. Boleh lah anda cuba cara ini
untuk suprisekan kepada isteri ke suami anda ke. Terus tulis nama dan sedikit ucapan
pendek. Nanti Posmen call dan bacakan. Contoh “ Happy Birthday Suami Tersayang”
Kan sweet bunyinya. Terkejut suami atau isteri anda nanti. Huhu. tetapi janganlah
sangat nanti marah pulak abg posmen tu.