Menteri Sains,Teknologi & Inovasi,Khairy Jamaluddin semalam dilaporkan telah mengalami kemalangan kecil ketika melakukan aktiviti berbasikal bersama rakan-rakannya.Pada hari ahad, KJ telah melanggar sebuah lubang lalu menyebabkan beliau terjatuh ke dalam parit di jalan Kampung Sri Cheeding. Beliau juga ada memuatnaik gambar berkenaan kemalangan yang dialami  beliau di instagram story.

Melalui Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Bakar telah memaklumkan melalui lama Twitter bahawa KJ hanya mengalami luka kecil, tiada kemalangan serius dan menerima rawatan di hospital terdekat. Rata-ratanya netizen mendoakan  kesembuhan cepat kepada beliau.

Terbaru, Jabatan Kerja Raya(JKR) Kuala Langat memohon minta maaf kepada KJ terhadap insiden yang telah berlaku disebabkan lubang di jalan raya tersebut melalui komen di posting Twitter KJ.

Disebabkan komen tersebut rata-ratanya netizen memcemuh perbuatan JKR yang mempraktis “double standard”  hal ini kerana kemalangan tersebut berlaku kepada ahli menteri dan bukan kepada rakyat biasa.Mereka juga akan mengambil tindakan secepat mungkin untuk menurap jalan tersebut . Kebanyakkan memberikan komen bahawa jika seorang rakyat juga mengalami kemalangan tersebut tiada tindakan yang akan diambil oleh pihak JKR.

Ada jugak respond yang mencuit hati terhadap isu tersebut antaranya:

Memang tak dapat dinafikan kehadiran lubang-lubang di jalan sangat berbahaya malah dapat mengundang maut jika tidak diperbaiki secepat mungkin. Jangan lupa follow dan like page glamornyo untuk mengetahui banyak lagi cerita dan info lain.

Leave a Comment on Angkara lubang, KJ jatuh basikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *