Selalu miss Glamornyo menulis mengenai hartanah dan rekaan dalaman sahaja kan, kali ini miss nak kongsikan ilmu mengenai perniagaan. Diketika waktu covid ini, banyak kedai-kedai yang tutup akibat daripada kegawatan ekonomi kan.Jadi langkah yang bijak dari usahawan atau insta famous ini yang menjual sambal pedas melalui platform online. Dan yang lebih menarik,10 000 pack sambalnya terjual dalam masa 54 minit selepas ia dilancarkan di instagram beliau.

Khairul Aming dan fenomena Sambal Nyet Berapi. Macam mana 10,000 unit sold dalam masa 54 minit?Sebagai pengguna Instagram tegar, anda mungkin adalah salah seorang di antara 2.7 juta followers Khairul Aming yang tertunggu-tunggu nak beli Sambal Nyet ni.

Sumber : Instagram @khairulaming

5 hari sebelum pelancaran,
Khairul Aming announce dia akan keluarkan produk sendiri, aku dah buat kira-kira.
Dengan followers 2.7 juta, kalau yang beli cuma 1% daripada follower tersebut, jumlah
pembeli adalah 27,000 orang.
Nampak je halahhh 1%?
1% untuk follower Khairul Aming jangan main-main ok.

4 hari sebelum pelancaran,
Dalam video 1 minit Khairul Aming share cara perjalanan dia hasilkan Sambal Nyet.
• Step 1 :
Proses bahan mentah dalam ratio bahan, suhu dan kaedah yang betul sehingga final
product.
• Step 2 :
Proses penyimpanan produk dan ciri-ciri keselamatan untuk pelihara kualiti molekul
produk.
• Step 3 :
Sistem tagging untuk proses monitoring contohnya expiry date etc
• Step 4 :

Sumber : Instagram @khairulaming

Final assembly line sebelum release dan persiapan terakhir sebelum dihantar ke
delivery partner.
3 hari sebelum pelancaran,
Khairul Aming share pulak :
• Harga produk : RM 13.90
• Level Pedas : Pedas (Memang pedas weh!)
• Cara pembelian : Shopee
• Tarikh release : Rabu (6/1/2020) – 12.30pm
• Kuantiti yang available : 10,000 unit

Anda rasa 10,000 unit tu banyak? Bagi Miss 10,000 unit tu sikit sebab miss anggarkan
pembeli adalah 1% daripada follower dia (27,000).
Itu kalau setiap 1% follower tu beli 1 unit. But roughly orang akan beli at least 2 unit,
baru berbaloi dengan postage fee. Berdasarkan caption dia tu, miss dah anggarkan
yang 10,000 unit tu memang boleh habis sekelip mata.
Coretan Seorang Follower Khairul Aming:

“Hari pelancaran, sambil dok buat kerja dekat office. 12.29pm aku standby tunggu link
Shopee dekat Instagram Khairul Aming. Tepat jam 12.30pm, nahh another 1 minute
video!
Dapat je link Shopee, terus aku beli 2 unit. Masa aku beli tu kuantiti banyak lagi dalam
9800 unit.
Selang 10 minit aku bukak balik Shopee nak check betul tak benda ni akan sold out
cepat. Dan sekali kali aku check tu, kuantiti akan berkurang hampir 2000-3000 unit.
Bayangkan setiap 10 minit, 2000 unit sold. Dahsyat kan? Minit ke-50 aku tengok dah
tinggal tak sampai 15 unit .
Dasyat kan bagaimana sale yang dapat dilakukan oleh hari pertama perlancaran sambal
pedas Khairul Aming ni.

Smart nya cara kerja Khairul Aming ni, dia release produk dia dekat Shopee. Jadi,
mudah untuk orang beli.Dengan kapasiti 10,000 unit dia tu, memang lebih mudah bila
sistem Shopee yang handle.
Bayangkan kalau dia jual melalui whatsapp, penat nak reply satu-satu, susah nak keep
track, jadi bila dia guna platform Shopee, dia dah tak perlu risau whatsapp tak sempat
reply ke apa. Dan kalau dia release melalui website, jenuh jugak tiba-tiba website hang
sebab traffic ramai sangat.
Lebih smart, bila dia dan team dah pack siap-siap 2000-3000 botol dalam flyers (Dalam
kuantiti 1 unit & 2 unit), jadi, pada hari pelancaran tu jugak. 3000 unit pertama order
yang masuk, akan dihantar pada hari yang sama. Sold out je lepas 54 minit tu, dorang
terus print sticker airway bill J&T dan tampal je atas parcel dah pre-packed.

Kejayaan 10,000 unit terjual dalam masa 54 minit ni bukan an overnight success. 4
tahun kot Khairul Aming bina nama melalui video-video masakan 1 minit di Instagram &
Facebook Rasapop. Tapi aku rasa Instagram lagi core sebab followers Instagram dia
bukan calang-calang. Berapa banyak selebriti dengan instafamous yang follow dia,
sampai level Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pun boleh jadi voice over untuk video masa
bulan puasa haritu.
Paling best bila dia buat video 30 hari resepi sepanjang bulan puasa. Terkeluar
anak-anak tekak orang yang puasa waktu tu sebab terliur tengok video masakan dia,
termasuk aku
Untuk compress semua proses memasak dalam masa video durasi 1 minit is not easy.
Nampak je senang, alah satu minit je pun. Tapi guys, tengok kualiti video pun dah tau tu
bukan kerja mudah.
4 tahun dia invest masa, tenaga, idea, nak masak, nak edit. 4 tahun buat benda sama.
Ko rasa?Apa yang aku perhatikan, perkara pertama yang paling penting bila buat
sesuatu adalah sabar dan fokus pada sesuatu benda yang kita nak.
Jangan kejap buat itu, kejap buat ini. Kita rasa jadi dropship benda ni tak bagus, kita
tukar produk lain. Lepas tu kita rasa produk tu tak boleh jual, kita tukar produk lain pulak.
Bulan ni produk lain, bulan depan produk lain. Lama-lama orang pun confuse dengan
identiti kita, dia ni jual apa sebenarnya?
You cannot win all, if you are a beginner, just choose one. Fokus buat satu benda tu je
dulu, tapi buat bersungguh-sungguh sampai jadi. Nanti lama-lama bila dah expert jual
lah 5-10 benda pun. Tapi untuk permulaan, paling penting sabar dan fokus.
Siapa je yang boleh sabar sampai 4 tahun buat video memasak durasi 1 minit. Most of
us will stop half way and give up. 4 tahun bukan masa yang singkat. Tapi Khairul Aming
boleh. Dari bawah dia mula, perlahan-lahan dia mendaki, selepas 4 tahun baru sampai
puncak.

4 tahun ni sebenarnya, semua video-video masakan yang dia share resepi secara
percuma, sedar tak sedar, itu adalah perkongsian ilmu (sedekah) yang dia bagi dekat
follower dia selama 4 tahun. Banyak cara kan sebenarnya kita nak bersedekah. Bukan
sedekah duit sahaja.
Pernah miss baca dekat komen dia orang berterima kasih sebab dia share resepi dan
minta dia halalkan resepi sebab orang tu guna untuk buat berniaga. Itu baru satu yang
miss baca. Dan miss percaya ramai sebenarnya yang guna resepi dia untuk berniaga
dan ramai yang mendoakan kebaikan dia.
Dan dengan terjualnya 10,000 unit Sambal Nyet Berapi dalam masa 54 minit, it is all
worth it. Terbayar semua penat lelah 4 tahun dia bina nama.Miss Glamornyo harap
dengan cerita ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang tengah struggle
untuk mendapatkan income diketika waktu gawat ini.

Leave a Comment on BAGAIMANA KHAIRUL AMING JUAL 10 000 SAMBAL DALAM MASA 54 MINIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *