Assalamualaikum guys, Miss Glamornyo nak cakap mengenai fashion sedikit kali ni. Bukan cara penggayaan tetapi cara penjagaan.Nak tahu mengenai apa? Kali ni nak kongsi mengenai Jeans. Cakap mengenai jeans kan, cuba check mesti setiap individu mempunyai seluar jeans. Tidak kisah lah sama ada bundle atau baru. Fashion dengan seluar jeans ni telah menjadi kemestian untuk semua.Tak kira lelaki atau perempuan, seluar jeans adalah pakaian kegemaran kerana bukan sahaja ia selesa tapi ia amat sesuai digayakan dengan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja atau baju T.

sumber:hijabsta.com.my

Dengan trend fesyen yang semakin menjadi sekarang ini, pemakaian seluar jeans tidak dilihat sebagai gaya kasual dah. Jika digayakan dengan cara yang betul pemilihan seluar jeans akan dilihat sangat sesuai dengan pelbagai acara termasuklah ke pejabat.

Oleh itu, ramai antara kita yang kurang tahu tentang teknik penjagaan seluar jeans. Ya, nak jaga seluar jeans pun ada tekniknya tersendiri supaya seluar tak cepat koyak dan warnya tidak pudar.

1. Terbalikkan jeans sebelum basuh

Ini untuk memastikan warna asal seluar jeans tidak mudah pudar, sebelum basuh terbalikkan dahulu supaya boleh mengelakkan warna asalnya terhakis.

2. Jangan rendam dalam air panas

Kalau seluar jeans anda tiada sebarang kekotoran degil yang melekat, elak merendam seluar dalam air suam atau panas sebaliknya guna air suhu biasa dengan bahan pencuci dalam kuantiti yang minima.

3. Rendam jeans dalam cuka

Macam pelik je tapi dengan merendam seluar jeans anda dalam air akan menyebabkan warna seluar anda cepat pudar dan penggunaan sabun pencuci akan mempercepatkan proses itu. Jadi solusinya adalah dengan merendam seluar anda dalam air campuran cuka selama sejam. Jangan risau dengan baunya kerana ia akan hilang apabila seluar anda kering. Teknik itu sebenarnya mampu mengekalkan warna jeans anda selain mengekalkan bentuknya daripada mengembang.

4. Pijak jeans guna kaki

Bagi memastikan semua kekotoran terhapus, sebaiknya rendam jeans sekurang-kurangnya 45 minit terlebih dahulu sebelum dicuci. Jika rajin, gunakan kaki untuk memijak jeans yang direndam sebagai cara mengeluarkan kotoran. Fuh! Sambil mencuci tu kita bersenam.

5. Bekukan jeans dalam peti sejuk

Kalau dah malas sangat nak basuh jeans anda, apa kata masukkan seluar jeans anda dalam peti sejuk beku selama beberapa jam sebelum jemur. Ia dapat menghilangkan bau busuk yang melekat pada jeans kesayangan anda.

6. Sidai dalam posisi terbalik

Ketika menyidai pastikan bahagian atas jeans berada dibahagian bawah dan hujung kaki seluar dia bahagian atas bagi mengelakkan jeans anda mengembang – sebaiknya jemur di bawah sinaran matahari. Menarik bukan artikel kali ini,

Leave a Comment on Bekukan Jeans Dalam Peti Sejuk Antara Tips Penjagaan Jeans

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *