Miss tahu ramai yang terkesan akibat daripada PKP 2.0 ini, Miss GlamorNyo juga amat terkesan akibat dari PKP 2.0 ini, Tapi Miss GlamorNyo ada berita gembira untuk anda semua. Sila Baca artikel ini sampai habis okay. Miss akan terangkan semuanya di bawah. Keadaan Covid-19 ni memang semakin huru-hara; Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 baru je di announced (ramai still degil, tak dengar cakap), human interaction kurang, bisnes tak perform dan hilang pendapatan.
Jangan risau, ada jalan penyelesaian,Inilah berita gembira nya mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak. Anda boleh claim bantuan kewangan sebanyak RM600 dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Kalau nak tahu, ni adalah sambungan dari Program Pengekalan Pekerja (ERP) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020).
Sumber Imej: PERKESO.GOV.MY
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ni, Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 akan diteruskan pada tahun 2021. Cuma kali ni, subsidi upah sebanyak RM600 adalah untuk semua pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 – tanpa kira sektor. Tambahan lagi, limit pekerja untuk satu syarikat dinaikkan dari 200 hingga 500 pekerja.
Sebelum ni, hanya beberapa sektor je layak memohon PSU. tapi disebabkan PKP 2.0, syarat-syarat telah dilonggarkan.
- PSU 3.0 untuk sektor perlancongan dan runcit bermula pada 1 Januari 2021
- PSU PERMAI pulak melibatkan semua sektor di negeri-negeri bawah PKP bermula pada 19 Januari 2021
Syarat-syarat kelayakan untuk mohon PSU 3.0.
- Pekerja tempatan yang berpendapatan bawah RM4,000.
- Pekerja dan majikan yang buat caruman PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Kekalkan semua pekerja yang menerima subsidi upah ni.
Sumber Imej: PERKESO.GOV.MY
Perkara PENTING korang kena tahu untuk layak dapat PSU 3.0…
- Hanya syarikat di sektor pelancongan & peruncitan boleh apply untuk PSU 3.0.
- Hanya syarikat (tanpa kira sektor) yang berada di bawah negeri PKP boleh apply PSU 3.0.
- Industri yang still tak dibukak sepenuhnya pada tahun 2021 dan terjejas dengan pandemik COCID-19.
- Boleh baca senarai aktiviti sektor yang terlibat dekat www.myfuturejobs.gov.my.
Emm, siapa pulak tak layak apply PSU 3.0?
- Majikan dan pekerja yang belum daftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021;
- Majikan/perusahaan yang daftar dengan SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021;
- Majikan yang belum daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM);
- Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit kecuali majikan yang beroperasi di negeri yang terlibat dengan PKP;
- Pekerja yang berpendapatan lebih RM4,000;
- Pekerja yang dah diberhentikan kerja;
- Pekerja di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan);
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
- Majikan yang tarik diri dari mohon PSU 3.0 selepas diluluskan oleh PERKESO.
Camne nak apply? Dan, bila tarikh deadline?
Okay, setiap permohonan korang kena hantar online. Tapi, kalau nak hantar ke mana-mana office PERKESO pun boleh (duduk rumah je lah, ok?). Benda yang korang kena take note ialah, permohonan ni perlu dilakukan oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat – jadi bincang dengan bos korang sebab dia bertanggungjawab untuk agihkan bayaran bulanan sebanyak RM600 kepada korang (pekerja yang terlibat).
Majikan korang kena submit permohonan yang lengkap sekali dengan dokumen-dokumen sokongan kepada prihatin.perkeso.gov.my:
- Senarai nama pekerja (ikut had kelayakan syarikat);
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika bukak akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan pastikan No BRN dan No akaun betul untuk elak sebarang masalah;
- Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan;
- Akuan Pengisytiharan PSU 3.0; dan
- Untuk syarikat yang ada 76 pekerja dan ke atas, kena hantar sekali penyata kewangan atau report sales yang dah dicop oleh pihak pengurusan atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Tarikh akhir untuk permohonan PSU 3.0 adalah 30 Jun 2021.
Majikan pun boleh check senarai nama pekerja yang dah diluluskan permohonan PSU merekat kat website PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ .
Apa lagi? Pergi lah tuntut RM600 anda…
Setakat ni – ni je maklumat yang boleh Miss GlamorNyo kumpulkan. Kalau anda tahu apa-apa, jangan malu-malu share dengan miss dan nanti miss akan masukkan info yang dishare tadi kat dalam artikel ini.
Dan, korang jugak boleh dapatkan maklumat lanjut kat laman PERKESO. Atau, kalau macam tak membantu, boleh call Talian Perkhidmatan Pelanggan, 1-300-22-8000, hantar soalan korang melalui e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU hantar aduan/pertanyaan melalui Facebook PERKESO.