(Sumber: malaysiakini.com)

Malaysia kaya dengan pelbagai adat resam dan kepercayaan yang diamalkan oleh pelbagai kaum sejak dahulu lagi termasuklah yang berkaitan dengan kesihatan tubuh badan. Antaranya urutan tradisional melayu, bekam dan tidak lupa ‘bomoh patah’. Pernah dengar bukan?
Kebanyakkan penduduk Malaysia terutamanya mereka yang tinggal dikawasan luar bandar lebih memilih untuk bertemu dengan pengamal perubatan kampung atau alternatif sebagai pilihan pertama.
Hal ini disebabkan oleh kepercayaan mereka bahawa rawatan dan ubat-ubatan yang diberikan pakar kesihatan di hospital akan memberi lebih banyak kesan buruk, lambat berkesan, akan bergantung dengan ubat dan perlu tinggal lebih lama di hospital.
Persoalannya, jika kepercayaan mereka itu benar, mengapa bila terdapat komplikasi, mereka akan datang semula ke hospital dan berharap agar doktor pulihkan komplikasi tersebut? Kenapa tidak pergi mencari ‘pakar’ kampung?

(Sumber: twitter.com)

Pakar Ortopedik, Dr Mahyuddin, telah menceritakan satu kisah dilaman twitternya mengenai seorang wanita yang datang bertemu dengan beliau selepas dikatakan patah tulang paha selepas kemalangan tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya menerima rawatan dari ‘bomoh patah’. Hal ini menyebabkan wanita itu menjadi tempang dan berharap agar Pakar Ortopedik ini membetulkannya.
Namun begitu, Dr Mahyuddin mengambil langkah selamat untuk tidak melakukan apa-apa tindakan kerana ia akan lebih memudaratkan dan menurut beliau lagi jika beliau ‘membetulkan kesalahan bomoh patah’ ini dan memudaratkan pesakit, mereka akan terus menyalahkan beliau bukan bomoh.
Apa yang orang ramai tidak tahu bahawa, PAKAR PERUBATAN BERTAULIAH TIDAK PERNAH MENGHALANG PESAKIT MEREKA DARI MENERIMA RAWATAN ALTERNATIF HANYA SELEPAS PESAKIT MENDAPATKAN RAWATAN YANG SEWAJARNYA DI HOSPITAL DAN DENGAN KEBENARAN PAKAR PERUBATAN.
Malah ada diantara pengamal perubatan ini akan mengesyorkan agar pesakit mendapatkan rawatan alternatif seperti bekam, mengurut dan sebagainya. Walaupun pesakit menerima rawatan alternatif, doktor tidak akan mengalami apa-apa kerugian malah mereka akan lebih gembira jika pesakit sembuh dengan sempurna.
Tetapi, pernahkah anda terfikir, mengapa ‘bomoh-bomoh’ ini tidak membenarkan pesakit mereka menerima rawatan daripada doktor yang bertauliah? Fikir-fikirkanlah

Leave a Comment on ADAKAH PERUBATAN TRADITIONAL BOLEH DIGUNA PAKAI?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *