(Sumber: eatthis.com)
Coklat adalah antara manisan yang paling digemari oleh setiap lapisan usia. Tidak dinafikan tarikan coklat ini amat sukar ditolak termasuk bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan tubuh badan. Ditambah lagi jika coklat yang dihidangkan adalah daripada jenama mahal dengan rasa yang semestinya amat mengiurkan.
(Sumber: ms.recipetypes.com)
Secara umumnya coklat diperbuat daripada biji buah koko (cocoa). Ianya akan dikeringkan sebelum dihantar ke kilang di seluruh dunia. Biji koko yang kering ini akan dipanggang dan dikisar menjadi cecair koko (cocoa liquor) yang pekat, yang menjadi bahan utama dalam pembikinan coklat. Cecair koko ini juga boleh ditukar kepada dua lagi bahan utama iaitu mentega koko (cocoa butter) dan serbuk koko (cocoa powder). Bahan utama ini akan dicampur dengan gula serta bahan yang lain dan seterusnya melalui proses pemanasan dan penyejukkan sebelum terhasilnya 3 jenis coklat iaitu coklat hitam, coklat susu dan coklat putih.
(Sumber: myrokan.com)
(Sumber: rasa.my)
Perbezaan antara ketiga-tiga jenis coklat ini adalah kandungan peratusan koko itu sendiri. Coklat hitam mengandungi 50 – 70% koko yang lebih tinggi berbanding kandungan gula serta tidak dicampur pepejal susu membuatkan ia mempunyai rasa coklat yang lebih jelas.
Menurut kajian, coklat hitam memberi kesan positif kepada kesihatan. Ianya mengandungi zat besi, zink, magnesium, phosporus dan kaya dengan antioksidan iaitu flavanol. Oleh kerana kandungan flavanol yang tinggi, ianya mempunyai manfaat untuk dalam melancarkan peredaran darah, untuk kesihatan jantung serta menurunkan tekanan darah.
Antara kelebihan coklat gelap yang lain termasuklah:
- Menurunkan dan mengawal berat badan
Sumber: style.tribunnews.com)
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan coklat gelap lebih mengenyangkan berbanding coklat lain yang mengandungi pepejal susu. Kandungan gula yang lebih rendah berbanding coklat lain juga menjadi salah satu faktor utama. Dalam masa yang sama, coklat hitam juga dikatakan dapat mengurangkan keinginan untuk manisan, lemak atau makanan masin.
- Meningkatkan daya tahan memori
(Sumber: verywellmind.com)
Antioksidan flavonoid yang tinggi akan melancarkan peredaran darah ke sel-sel otak. Ini akan membantu dalam meningkatkan fungsi kognitif. Pelancaran peredaran darah ke otak juga dapat mengurangkan risiko strok.
3.Mengurangkan tekanan darah dan mengawal tahap kolesterol
(Sumber: klikdokter.com)
Flavonoid juga membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang betul. Selain itu, coklat hitam juga mampu mengurangkan pembekuan kolesterol. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Havard, coklat hitam mampu mengurangkan kolesterol jahat (LDL-Cholesterol) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL-Cholesterol).
(Sumber: alaf21.com.my)
Walaupun terdapat banyak kepentingan coklat hitam yang sahih, namun pengambilannya harus sederhana dengan kuantiti yang tidak berlebihan. Sekiranya anda mempunyai sebarang jenis penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang berdekatan sebelum memakan coklat hitam.