Assalamualaikum Guys, tempoh hari Miss GlamorNyo telah berkongsi mengenai seorang usahawan atau bahasa senang faham bisnesman. Beliau juga merupakan social media Influencer yang telah berjaya membuat sale online dengan berjaya memecah rekod terjualnya 10ribu pack sambal nyet dalam masa 54 seminit sahaja. Okey hari ini Miss GlamorNyo bersemangat lagi untuk kongsi kejayaan seorang lagi anak muda yang bergelar usahawan berjaya kerana sale sebanyak 3juta setahun yang berjaya dicapai oleh anak mudah yang berusia 23 tahun ini. Semoga artikel kali ini dapat memberi semangat kepada anda pembaca untuk berjaya dan tidak mudah putus asa.Anda mesti pernah dengar kan, nak jadi kaya perlukan usaha dalam jangka masa yang lama. Bukan senang nak senang. Betul kan? Tapi pernah ke anda bayangkan, nak berjaya ni tak perlu tengok usia pun. Yang penting usaha dan tindakan kita. Sama juga seperti yang dilalui pemuda ni.
Ketika usianya baru menjangkau 23 tahun, pemuda ni mampu menerima pendapatan lumayan hasil usaha kerasnya sendiri. Siapa sangka, pengorbanannya pada usia muda betul-betul buat orang luar kagum dan bangga. Kalau kita tengok anak muda sekarang, masing-masing sibuk nak kejar material dan keseronokan. Ye lah kan zaman muda ni lah masanya untuk kita nak bina kerjaya. Tapi, berbeza pula yang dilalui oleh Khairul Marzuqie atau mesra dikenali sebagai Zuqie.
sumber:facebook
Setelah pemergian ayah tercinta , dia menggalas tanggungjawab untuk sara kehidupan keluarga. Tidak sanggup bagi dirinya melihat sosok ibu yang terpaksa bangun 4.30 pagi untuk menyediakan bahan-bahan berniaga setiap hari. “Apa guna saya sebagai anak kalau tak boleh nak bahagiakan keluarga dan membantu keluarga”,Kalau orang muda seumur dengannya sedang sibuk belajar di universiti, dia pula terpaksa mencari rezeki untuk mereka sekeluarga.
Bermula daripada bawah dengan menjual produk orang lain, kini segalanya berubah apabila dirinya menjadi Leader kepada Krukkrapmy – Golden Salted Egg Peyek. Lagi mengejutkan, kini dia sudah berjaya mempunyai ejen seramai 947 orang di seluruh Malaysia. Ini hanya jual produk orang je tau, bukan Founder. Memang betul-betul dahsyat kan?
Bukan tu saja, anak muda yang sentiasa tampil kemas ini juga berjaya membuktikan usia muda tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam bisnes. Anda mesti terkejut sebab dulu sales dia cuma RM500 jer tapi sekarang sudah berjaya memperoleh jualan tahunan sebanyak RM3 juta pertama untuk tahun 2020. Sales pada tahun 2019 hanya RM125,000 sahaja. Sales tertinggi harian sebanyak RM65,000 pada November 2020. Sempena sales 11.11 pada tahun 2020, sebanyak 390 pack Golden Salted Egg Peyek terjual dalam masa satu hari.
Apa rahsia Zuqie? Dia mengambil keputusan untuk join Kelas pemasaran. Tanpa ilmu juga kita boleh berjaya tetapi masa yang diperlukan mungkin memakan masa yang lama. Jadi Pentingnya ilmu jika mahu berjaya.Kelas Roket Pemasaran Momentum (RPM) anjuran Najib Asaddok. Dia percaya, untuk berjaya kita perlukan guru untuk tunjukkan cara yang betul dalam bisnes. Buat bisnes ni tak mudah. Silap cara kita boleh rugi. Selepas program, banyak perubahan yang Zuqie sendiri tak sangka. Dia konsisten membuat Facebook Live walaupun pada awalnya malu juga tapi dia buat je secara konsisten dan tak berhenti buat Like Marketing untuk tarik lebih ramai pelanggan. Tak payah pelik kalau sales dia boleh meroket sehingga 6 angka sebulan sebab ini lah rahsia yang dia amalkan dari dulu sampai sekarang
Zuqie juga berjaya pecahkan rekod menjadi Top 2 leader Krukkrapmy seluruh Malaysia. Salah satu pencapaian yang lain, dia juga berjaya gantikan gelang emas ibu yang digadai untuk join kelas dulu. Memang satu pengorbanan yang cukup berbaloi.
Anda yang baca ni mesti gembira dan turut mendoakan kejayaan Zuqie kan? Kalau dia boleh berjaya anda semua juga boleh, kata Zuqie,
“Trust the process dan jangan ulangi kesilapan yang saya buat sebab saya dah 5 kali join kelas RPM (Roket Pemasaran Momentum) baru saya buat tindakan seterusnya. Memang menyesal tak bertindak dari awal.. Kalau tak sekarang saya mesti dah meroket lebih jauh.”Haaa, sebab tu penting untuk buat tindakan lebih awal, tak perlu nak fikir lama sebab sampai bila nak terus stuck tempat yang sama? Jom sama-sama kita berjaya dan bertindak sekarang. Hanya ada yang mampu mengubah nasib anda. Miss Glamornyo harap dengan perkongsian ini dapat memberi semangat kepada anda.