(Sumber: beritaharian.com.my)

Dunia telah melepasi angka satu juta kematian disebabkan oleh COVID-19 dan kes di Malaysia juga menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Hal ini telah menjadikan usaha untuk menghasilkan vaksin yang berkesan dan selamat lebih diutamakan.

Jumlah kes baru COVID-19 dan discharged sehingga 31 Januari 2021
(Sumber: kpkesihatan.com)

(Sumber: covid-19.moh.gov.my)

Oleh yang demikian, syarikat gergasi farmaseutikal utama dunia bertungkus-lumus dalam perlumbaan untuk menjadi yang pertama dalam menghasilkan vaksin Covid-19. Pada hujung tahun lepas, Pfizer dari Amerika Syarikat dan rakan niaganya dari Jerman BioNTech sudah mengeluarkan hasil kajian bahawa vaksin yang dihasilkan mereka menunjukkan keberkesanan dan merupakan vaksin Covid-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

(Sumber: astroawani.com)

Antara negara yang terawal menerima vaksin COVID-19 ialah China, Russia, Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Arab Saudi, Turki dan beberapa buah negara yang lain termasuk negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Ketika negara maju lain serta negara jiran telah mula menerima vaksin Covid-19, Malaysia masih lagi belum memberikan suntikan vaksin kepada rakyat kerana ingin memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin tersebut.

Khairy Jamaluddin (Sumber: sinarharian.com.my)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia mahu memastikan bahawa vaksin yang bakal diberikan kepada rakyat adalah selamat dengan meneliti proses vaksinasi di negara lain terlebih dahulu sebelum dilaksanakan di Malaysia. Kini, Malaysia dijangkakan bakal menerima bekalan vaksin pada bulan depan dan masih merupakan antara negara terawal di Asia Pasifik untuk menerimanya.

Datuk Seri Dr Adham Baba (Sumber: malaymail.com)

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengulas mengenai Pelan Imunisasi Kebangsaan yang dijangka bermula seawal Februari ini dan ia melibatkan suntikan satu juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech kepada rakyat Malaysia. Proses vaksinasi ni adalah dijalankan secara berperingkat dan dibahagikan mengikut fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga dan fasa keempat. Buat permulaan, pada fasa pertama, petugas barisan hadapan dan pesakit kronik seperti kencing manis dan masalah buah pinggang akan terlebih dahulu menerima vaksin itu,manakala baki 6.2 juta vaksin akan diberikan kepada 80% rakyat Malaysia secara berfasa. Malaysia juga dijangka menerima penambahan vaksin pada bulan April dan Mei depan. Sementara itu, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar penularan wabak COVID-19 dapat dikawal.

Leave a Comment on MALAYSIA ANTARA NEGARA TERAWAL DI ASIA PASIFIK MENERIMA VAKSIN COVID-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *