Jika anda seorang yang gemar memasak. Pasti masalah ini menjadi salah satu igauan mimpi buruk kepada anda.Mimpi paling seram bagi para wanita kalau kena sental periuk atau kuali yang berkerak. Dah la ambil masa yang begitulama dan tangan pula akan rasa sakit.Kaum Lelaki/ suami kadang-kadang bukan reti nak tolong ke. At least offer lah tolong basuh pinggan mangkuk selepas kaum hawa dan isteri memasak. Haih sis nak marah ni.Habis terlepas apa yang terpendam di hati ni. Hihi. Is okay guys, miss GlamorNyo ada jalan penyelesaiannya. Jom ikuti artikel dibawah sampai habis.
Sumber: facebook
Boleh membuatkan hilang sabar setelah ‘tonyoh’ untuk beberapa jam tetapi masih sama dan tidak hilang keraknya.Siapa yang pernah kena akan tahu bagaimana peritnya. haha
Tetapi jangan risau, boleh guna dua cara ini sahaja pasti anda akan berpuas hati melihat periuk kembali bersih seperti baru beli di kedai!
Cara pertama: Air berkarbonat
Bahan-bahan:
- Air berkarbonat – 1 botol
- Sabun
- Berus sental
- Senduk kayu / sudu
Cara-caranya:
- Ambil periuk yang berkerak dan rendam ke dalam air berkarbonat selama 2 jam.
- Sambil menunggu, lihat kerak menjadi lembut dan cungkil menggunakan senduk kayu atau sudu.
- Buang air rendaman tersebut dan letak sedikit sabun dan sental menggunakan berus sental sehingga hilang dan bersih.
Cara kedua: Cuka dan baking soda
Bahan-bahan:
- Cuka makan – 1 cawan
- Baking soda – 2 sudu besar
- Berus kasar
Cara-caranya:
- Menggunakan periuk yang berkerak, didihkan air di dalamnya dan masukkan secawan cuka.
- Kemudian tunggu sehingga mendidih dan lihat kerak menjadi lembut.
- Apabila kerak menjadi lembut, masukkan baking soda sebanyak 2 sudu besar dan larutkannya.
- Tunggu sehingga air didihan menjadi sejuk dan sental menggunakan berus kasar sehingga bersih.
Bolehlah anda cuba untuk mudahkan kerja anda membersihkan periuk anda. Pasti anda akan berasa bahagia apabila tangan anda tidak lagi sakit hanya untuk membersikan periuk anda. Perempuan ni kalau cakap bab-bab periuk atau tapuware pasti ia adalah sesuatu benda yang sangat bernilai kira boleh kata favourite item lah. Jangan main-main dengan 2 benda ni. Boleh bawak gaduh tau. Hihi. Semoga bermanfaat kepada semua artikel kali ini.