sumber:techgyd.com

Assalamualaikum Guys ,Miss Glamornyo  doakan kepada pembaca  dan juga peminat page  ini berada di dalam keadaan sihat sejahtera. yang bekerja daripada rumah itu Janganlah anda stress jika  Internet melambatkan Kerja anda. hehe..Bila tengah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai kena work from home. Kalau ada internet laju tu takpe lah, senang buat kerja dan assignment. Camne kalau yang takde tu? Terpaksalah beli home fibre broadband.

Walaupun sekarang ni tengah PKP, korang still boleh apply beli home fibre broadband. Ada kemungkinan proses pemasangan tu akan ambik masa lama. Ya lah, dengan ramai orang work from home dengan study online, waiting list mesti panjang. Korang perlu sabar je!

Jadi, home fibre broadband mana yang bagus dan sesuai? Banyak options untuk korang pilih antara Telekom Malaysia (TM) Unifi, TIME, Maxis, Celcom dan Digi!

Produk home fibre broadband yang korang terbaik boleh dipakai?

1. TM Unifi

PRODUKHARGA PELANKELAJUAN LIMIT KUOTABONUS
30 Mbps(60GB/month)RM 79Ada limit(60GB)Download : 30 Mbps

Upload: 10 Mbps
30 Mbps Unlimited DataRM 89Takde limitDownload : 30 Mbps

Upload: 10 Mbps
30 Mbps + unifi Plus BoxRM 149Takde limitDownload : 30 Mbps

Upload: 10 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
100 MbpsRM 129Takde limitDownload : 100 Mbps

Upload: 50 Mbps
100 Mbps+unifi Plus BoxRM 189Takde limit Download : 100 Mbps

Upload: 50 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
300 MbpsRM199Takde limitDownload : 300 Mbps

Upload: 50 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
500 MbpsRM 249Takde limitDownload : 500 Mbps

Upload: 100 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
800 MbpsRM349Takde limitDownload : 800 Mbps

Upload: 200 Mbps
unifi TV Ultimate Pack & Plus Box
* Table disusun berlainan untuk mudah dibaca

2. TIME

PRODUK100Mbps500Mbps1Gbps
Harga PelanRM 99RM 139RM 199
KelajuanTakde limitTakde limitTakde limit
Limit KuotaDownloads:
100Mbps
Uploads:
100Mbps
Downloads:
500Mbps
Uploads:
500Mbps
Downloads:
1Gbps
Uploads:
500Mbps
BonusVoucher RM100 untuk bulan pertamaVoucher RM100 untuk bulan pertamaVoucher RM100 untuk bulan pertama dan free mesh WiFI

3. Maxis

PRODUKMAXIS FIBRE 30MBPSMAXIS FIBRE 100MBPSMAXIS FIBRE 300MBPSMAXIS FIBRE 500MBPSMAXIS FIBRE 800MBPS
Harga PelanRM 89RM 129RM 149RM219RM 299
KelajuanTakde limitTakde limitTakde limitTakde limitTakde limit
Limit KuotaDownloads:
100Mbps
Uploads:
50Mbps
Downloads:
300Mbps
Uploads:
100Mbps
Downloads:
300Mbps
Uploads:
100Mbps
Downloads:
500Mbps
Uploads:
100Mbps
Downloads:
800Mbps
Uploads:
200Mbps
BonusDapat Apple TV 4K 64GB & mesh WIFIDapat Apple TV 4K 64GB & mesh WIFIDapat Apple TV 4K 64GB & mesh WIFIDapat Apple TV 4K 64GB & mesh WIFIDapat Apple TV 4K 64GB & mesh WIFI

4. Celcom

PRODUKHOME FIBRE 30MBPSHOME FIBRE 100MBPSHOME FIBRE 300MBPSHOME FIBRE 500MBPS
Harga PelanRM 80RM 129RM 140RM200
KelajuanTakde limitTakde limitTakde limitTakde limit
Limit KuotaDownloads:
30Mbps
Uploads:
30Mbps
Downloads:
100Mbps
Uploads:
50Mbps
Downloads:
300Mbps
Uploads:
50Mbps
Downloads:
500Mbps
Uploads:
100Mbps
BonusDapat free router(baru beli)Dapat free router(baru beli)Dapat free router(baru beli)Dapat free router(baru beli)

5. Digi

PRODUKDIGI INTERNET FREEDOM 90DIGI INTERNET FREEDOM 130DIGI INTERNET FREEDOM 190DIGI INTERNET FREEDOM 270DIGI INTERNET FREEDOM 290
Harga PelanRM 90RM 130RM 190RM270RM 290
KelajuanTakde limitTakde limitTakde limitTakde limitTakde limit
Limit KuotaDownloads:
50Mbps
Uploads:
20Mbps
Downloads:
100Mbps
Uploads:
50Mbps
Downloads:
500Mbps
Uploads:
100Mbps
Downloads:
800Mbps
Uploads:
200Mbps
Downloads:
1Gbps
Uploads:
200Mbps
BonusFree subscription Viu 12 bulanFree subscription Viu 12 bulanFree subscription Viu 12 bulanFree subscription Viu 12 bulanFree subscription Viu 12 bulan

PERHATIAN: Digi pun siap ada pakej home fibre broadband sekali dengan postpaid. Harga dia mengancam betul – paling mahal RM510!

Nak senang, ni admin compile dalam satu table untuk compare harga…

TM UNIFITIMEMAXISCELCOMDIGI
Produk30Mbps-800Mbps100Mbps-1Gbps30Mbps-800Mbps30Mbps-500Mbps50Mbps-1Gbps
Harga PelanBermula dari RM 79Bermula dari RM 99Bermula dari RM 89Bermula dari RM 80Bermula dari RM 90
Limit Data Takde limit(satu je 60GB)Takde limitTakde limitTakde limitTakde limit
Limit KuotaDownload:30-800Mbps

Upload:10-200Mbps
Download:100Mbps-1Gbps

Upload:100-500Mbps
Download:30-800Mbps

Upload:30-200Mbps
Download:30-500Mbps

Upload:30-100Mbps
Download:30Mbps-1Gbps

Upload:20-200Mbps
BonusAda dapat unifi TV Ultimate Pack & free unifi Plus BoxDapat voucher RM100&free mesh WIFIBoleh dapat Mesh atau Apple TV(untung dapat dedua)Dapat free router(beli baru)Ada dapat free subcription on Viu

Kalau tengok harga home fibre broadband ni satu persatu, memang jelas nampak harga TM Unifi mahal sikit dari yang lain. Paling murah pun RM79 untuk 30Mbps – ada limit 60GB. Kalau yang unlimited pulak, dapatlah RM89. Paling mahal pun RM349 untuk 800Mbps.

Walaupun agak pricey, boleh konfem lah yang servis internet dia laju. Bukan tu je, korang siap boleh dapat free TV lagi. Kiranya, memang berbaloi lah!

Untuk provider yang lain, harga dia murah sikit kalau nak bandingkan dengan TM Unifi. Harga untuk Maxis dan Digi ada yang hampir mencecah RM300. Paling rendah pun Maxis Fibre 30Mbps (RM89) dengan Digi Internet Freedom 90 (RM90). Beza dia RM1 je!

Kalau korang beli TIME, berbaloi gak. Ya lah, dengan RM99 dah boleh dapat yang 100Mbps. Add on sikit RM100, dah boleh beli yang 1Gbps punya. Tak ke lagi okay?

Untuk Celcom pulak, paling murah boleh dapat Home Fibre 30Mbps dengan RM80. Paling mahal pun RM200 untuk beli Home Fibre 500Mbps. Sekarang ni, harga promosi dia adalah RM179. Kalau TIME, RM139 dah dapat yang 500Mbps!

Selain tu, kelajuan pulak camne?

Korang tahu tak camne nak check kelajuan broadband? Nak selamat, admin suggest buat lah speed test untuk tengok kelajuan internet bila dia download atau upload. Asal kan purata kadar kelajuan internet lebih dari 14.83Mbps secara purata pun dah okay.

Kalau dari segi kelajuan, admin rasa better pilih home fibre broadband dari TIME. Ya lah, kuota kelajuan dia paling kurang pun 100Mbps. Okay lah kan kalau limit speedcap internet broadband dia sampai 100Mbps? Laju gak lah loading.

Korang kena consider jugak, berapa banyak devices yang akan connect dengan home fibre broadband tu. Ya lah, semakin banyak guna, semakin cepat lah korang sampai dan lebih dari limit speedcap – especially kalau ada yang buat aktiviti berat cam download movie.

Untuk provider lain pulak cam TM Unifi, Maxis dan Celcom, speedcap paling rendah pun adalah 30Mbps bila download dan 20Mbps bila upload. Digi pulak, paling sikit pun 50Mbps download dan 20Mbps upload. Kalau ikutkan, kelajuan ni dikira slow. Kiranya, kalau ada web conference, memang akan ada lagging. Memang tak smooth lah nak buat kerja segala bagai.

Haa… in case korang tak tahu, senang je nak buat speed test atau uji kelajuan internet ni. Korang pergi je kat website ni – nanti dia akan bagitau lah home fibre broadband korang punya kelajuan ping per saat, kelajuan download dan jugak upload!

Kalau laju tapi takde coverage, tak guna jugak…

Cam telco, coverage penting bila nak beli home fibre broadband. Betul lah, buat apa beli kalau takde dalam area coverage? Baik beli ada coverage kuat. Dia camni – semakin besar coverage, semakin laju internet. Sebab tu kena buat research dulu before beli. Takde lah tetibe kena mintak refund sebab nak terminate – terpaksa bayar extra.

Malangnya, tak semua tempat boleh support – kebanyakannya tak. Kalau area terpencil, susah dapat. Sebagai contoh, walaupun internet korang 100Mbps, coverage mungkin separuh je.

Sebab tu, jangan caya sangat even area korang ada dalam coverage. Dia kan bergantung jugak dengan bentuk muka bumi, jenis rumah, jenis alat dan sistem. Ni admin selitkan gambar coverage bagi provider-provider ni:

TM Unifi

Peta Liputan TM Unifi. Sumber Imej: TM Unifi

Meriah betul colour-colour kat peta Malaysia tu! Ni kiranya tempat yang ada coverage dari TM Unifi. Memang senang guna lah kalau beli. Ya lah, kebanyakan tempat boleh guna. Yang beza dia sama ada korang dapat coverage 3G ataupun 4G.

TIME

Peta Liputan TIME. Sumber Imej: TIME

Coverage untuk TIME memang limited kat area Semenang Malaysia – tu pun boleh kira dengan jari. Tapi buat masa ni, admin sarankan tunggu coverage dia lebih banyak dulu. Unless area korang support TIME, beli lah. Memang berbaloi dan korang pun takkan menyesal!

Maxis

Peta Liputan Maxis. Sumber Imej: Maxis

Kalau tengok, coverage Maxis ni takde lah banyak mana. Admin pun cam terkejut sebab ingat pengguna Maxis banyak. Tapi korang jangan risau, still boleh guna Maxis – mungkin lambat sikit lah. Cuma takut kalau takde coverage, memang babai lah.

Celcom

Peta Liputan Celcom. Sumber Imej: Celcom

Wah, besar betul coverage Celcom ni. Kat Semenanjung Malaysia besar, kat Sabah dan Sarawak pun sama. Jadi macam takde masalah kalau korang beli broadband Celcom. Memang selamat dan terjamin ada internet lah!

Digi

Peta Liputan Digi. Sumber Imej: Digi

Kalau korang perasan, coverage untuk Digi ni lebih banyak kat area Semenanjung Malaysia. Kat Sabah dan Sarawak ada, cuma takde lah banyak sangat. Kiranya kan, kalau korang stay kat Semenanjung, boleh lah beli home fibre broadband Digi sebab senang dapat coverage.

Tu pentingnya check coverage home fibre broadband dulu. Kita nak senangkan hidup, bukan susahkan. Nanti susah kena ulang alik untuk terminate pulak. Biar habis duit sekarang dari kemudian hari.Miss GlamorNyo pun jenis sanggup bayar mahal untuk senangkan hidup.

Kalau ikut korang pulak, home fibre broadband mana lagi bagus? Cer share sikit dekat ruangan komen ni!

Leave a Comment on Work From Home, Perlukan Internet Pantas. Jom Lihat Rangkaian Telco yang bagus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *