Bagi yang belum pernah guna kredit kad ini, mungkin anda teragak-agak untuk menggunakannya.Mungkin anda rasa takut untuk menggunakannya, tetapi jika anda tahu tujuan asalnya ia akan memudahkan urusan anda, dan anda akan berterima kasih sangat. Sebab apa? Ha ini lah sebabmya Miss Glamornyo nak terangkan.Miss GlamorNyo bukan nak terangkan tentang feadah-feadah atau ganjaran- ganjaran dari kad kredit tetapi ini adalah ilmu asas untuk anda yang masih belum faham dan masih takut-takut untuk menggunakannya.
Sumber:Depositphoto
Tak Perlu Risau jika berlaku Kecurian
Yang paling utama adalah,Jika wang tunai anda hilang atau dicuri, peluang untuk anda mendapatkannya kembali amat tipis.Tetapi, jika kad kredit anda hilang atau dicuri, anda masih boleh untuk mengawal keadaan. Langkah pertama, anda perlu membuat laporan polis dengan segera jika kad kredit anda hilang atau dicuri, dan hubungi pihak bank untuk menghalang kad tersebut dari digunakan. Jadi, jika pencuri ingin menggunakan kad anda, anda akan dilindungi.
Klausa 13.2 dari panduan penggunaan kad kredit Bank Negara menyatakan bahawa pengguna kad kredit tidak perlu membayar lebih dari RM250 untuk transaksi kad kredit akibat dari kecurian atau hilang, dengan syarat anda membuat laporan segera kerana klausa tersebut turut menyatakan “jika pemegang kad tidak bertindak sewenang-wenangnya atau tidak gagal untuk melaporkan kehilangan kad kredit kepada pengeluar kad kredit dengan segera.” Anda juga boleh membuat aduan untuk mengelakkan dari perlu membayar sebarang transaksi yang berlaku ketika kad kredit anda hilang.
Beri perlindungan kepada kita
Semua transaksi kad kredit adalah dilindungi. Sebarang akses yang tidak sah biasanya tidak akan melibatkan wang simpanan kita secara terus.
Segala transaksi yang tidak sah boleh dilaporkan kepada pihak bank dengan mengemukakan aduan pertikaian (dispute report) untuk penyiasatan dan tindakan lanjut. Transaksi tidak sah akan terbatal secara automatik tanpa sebarang pembayaran atau caj dikenakan kepada pengguna.
Dengan bertambahnya penipu yang berleluasa di Internet, sudah pasti ini adalah salah satu kebaikan kad kredit yang tidak dapat disangkal.
sumber:ipinjamanperibadi.com.my
Kemudahan dan keselesaan
Kad kredit membolehkan kita berurusan dengan lebih mudah; baik dalam menempah tiket kapalterbang, hotel, sewa kereta dan sebagainya. Dalam kes-kes kecemasan juga, ia sangat berguna sebagai pendahuluan apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dijangka.
Perbelanjaan yang dicaj pada kad kredit biasanya tidak dikenakan sebarang faedah selama 20 hari, jadi kita dapat melengahkan pembayaran dan menggunakan wang tersebut ke instrumen pelaburan lain buat sementara waktu yang boleh mendapat pulangan (walaupun sedikit, apabila dijumlahkan dalam setahun pasti akan mengumpul nilai).
sumber:globalblue
Pilihan yang lebih baik ketika melancong
Melancong keluar negara, terutamanya negara yang menggunakan bahasa asing boleh menjadi pengalaman yang menyukarkan. Dengan masalah untuk berkomunikasi, anda mungkin boleh ditipu jika membuat bayaran dengan tunai jika anda tidak mahir dan biasa dengan wang yang digunakan di sana. Lebih baik untuk anda membawa hanya sedikit wang tunai ketika melancong, dan gunakan kad kredit untuk pembayaran untuk melindungi perbelanjaan anda di sana.
Ia lebih mudah, dan sesetengah kad kredit turut menawarkan mata ganjaran tinggi untuk perbelanjaan yag dilakukan diluar negara. Menggunakan kad kredit turut memudahkan anda supaya tidak perlu membawa mata wang lebih dari negara lain.
Dapat menjejak dan menyelia perbelanjaan
Setiap transaksi direkodkan secara automatik dan kita akan mendapat penyata lengkap mengenai tabiat perbelanjaan kita. Sebagai contoh, kita tahu berapa yang telah dibelanjakan setiap bulan untuk mengisi minyak, membeli keperluan dapur, membeli-belah dan lain-lain.
Jika menggunakan wang tunai perlu menulis secara manual satu-satu.
Dengan pengetahuan dan kesedaran yang tinggi tentang halatuju perbelanjaan, kita boleh mengelakkan daripada terlebih belanja dan ianya dapat menggalakkan tabiat perbelanjaan yang baik.
Bagaimana? Setelah anda tahu ilmu asas tentang kad kredit, anda sudah yakin untuk menggunakannya? Ini lah masa nya, jangan biar anda ketinggalan dengan kebaikan kad kredit ini.Semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda dan boleh lah anda share dengan rakan-rakan anda.