Sumber: Facebook
Berita yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia sudah tiba, iaitu vaksin batch pertama sudah mendarat. Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya adakah vaksin yang diberi selamat digunakan dan ada antara nitizen yang mempersoalkan adakah ia membawa kandungan yang akan memberi long term effect atau tindak balas jangka masa panjang. Apa kata mari kita sama-sama dengar rakyat pertama Malaysia yang menerima vaksin itu, tak lain tak bukan adalah perdana menteri kita iaitu,Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau disuntik vaksin pada 24 february iaitu lima hari lepas, jadi beliau memaklumkan, beliau berada dalam keadaan sihat dan bekerja seperti biasa, selepas menerima suntikan COVID-19, Rabu lalu.Perdana Menteri melahirkan keyakinan yang vaksin itu selamat untuk dirinya dan selamat untuk rakyat.
“Saya telah mengambil vaksin dos pertama dan alhamdulillah, cuba lihat saya. Saya sihat, sudah bekerja seperti biasa, makan pun seperti biasa, selera pun macam biasa.
“Vaksin ini saya kira adalah selamat untuk saya dan insya-Allah, ia juga selamat untuk anda semua.
“Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi daripada sebarang mudarat dan diberikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang berkekalan,” ujar Perdana Menteri..
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya, hari ni.Muhyiddin turut mengajak rakyat supaya mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera untuk mengambil vaksin COVID-19 sebagai usaha bersama dalam memerangi wabak berkenaan.
Rabu lalu, Muhyiddin menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Daerah di Presint 11, Putrajaya, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian.
Penerimaan suntikan pertama bagi Malaysia itu disiarkan secara langsung menerusi pelbagai platform media termasuk di media sosial, bagi membolehkan rakyat mendapat gambaran sebenar dan menyeluruh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula secara rasmi pada hari yang sama.
Sumber: Berita Harian