Sumber : Facebook
Kadang-kadang kita sibuk sangat dengan kehidupan seharian sampai tak ingat pasal tarikh luput insurans dan roadtax motosikal.Bukan tak nak ambik tahu tapi biasalah nama pon manusia, kadang-kadang terlupa kan. Tahu-tahu je tarikh luput tinggal lagi seminggu, tu okay lagi, ada yang dah berminggu atau berbulan baru perasan. Time ni lah baru kelam kabut nak pi renew insurans dan roadtax bagai sebab takut kena saman.
Haaa…ni miss Glamornyo nak bg tahu ni. Sekarang korang dah tak perlu beratur panjang kat pejabat insurans, pejabat pos, JPJ, upah runner dan sebagainya. Ni sebab laman web Loanstreet ada portal insurans yang bolehkan korang untuk beli atau renew insurance motorsikal dengan mudah. Siap ada selit servis untuk korang renew roadtax.
Apa yang Korang perlukan hanya laptop/komputer atau smartphone (asal ada akses internet!) serta salinan geran motosikal dan jugak cover note insurans sebelum ni untuk rujukan.
Jadi, camne nak beli/renew insurans & roadtax secara online melalui Loanstreet?
Langkah 1 – Layari page Loanstreet
Lepas korang dah ke laman web Loanstreet, cari butang “Insurans” dan klik pada “Insurans Motosikal”. Pastu, nampak tak butang “Ketahui Sebut Harga”? Hah, klik butang tu.
Langkah 2 – Masukkan maklumat peribadi & kenderaan untuk tahu SEBUT HARGA
Kemudian, korang akan diminta untuk isi butiran peribadi dan motosikal. Proses ni sangat penting, jadipastikan maklumat yang korang berikan tu tepat ikut geran motosikal dan cover note yang sebelum ni. Kalau tersalah bagi maklumat, takpe – boleh tekan butang edit lepas dah dapat sebut harga.
Dan… semua maklumat ni akan diambil kira dalam pengiraan harga insurans dan mempengaruhi sebut harga seperti gambar dalam Langkah 3.
Langkah 3 – Puas hati dengan sebut harga? Klik “TERUSKAN”
Kalau korang setuju dengan sebut harga yang diberikan, boleh terus beli insurans motosikal dengan mengklik butang “TERUSKAN”. Korang akan dibawa ke halaman lain dan diminta untuk mengisi butiran selanjutnya (lihat gambar dibawah).
Langkah 4 – Renew roadtax sekali gus melalui Loanstreet (kalau nak)
Sebelum setel, korang akan diberi pilihan untuk renew roadtax ke tak. Kalau korang nak renew, klik kotak “YA“ dan “Gunakan butiran pemilik motosikal” supaya maklumat yang korang berikan tadi dimasukkan dalam halaman seperti gambar di atas. Korang juga akan tahu jumlah terkini – ini termasuk caj penghantaran dan yuran perkhidmatan.
Nota sampingan: Kepada mereka yang renew roadtax melalui Loanstreet, kami nak bagitau yang proses penghantaran akan ambil masa 3 – 5 hari untuk yang tinggal di Semenanjung (RM8 – caj penghantaran). Untuk mereka yang tinggal di Timur Malaysia (Sabah dan Sarawak), malangnya, kami tak provide servis hantar roadtax ke sana.
Tapi, kalau korang tak nak, takde masalah, boleh terus klik butang “TIDAK”.
Langkah 5 – Sahkan maklumat & buat pembayaran
Sebelum bayar, korang akan diminta untuk mengesahkan maklumat dulu – manalah tahu ada tersilap key in maklumat ke. Untuk pembayaran, klik “DAPATKAN” – korang boleh guna online banking (FPX) ataupun e-walletBoost.
Akhirnya (kini pasti) pembelian/pembaharuan insurans dan roadtax korang dah pun berjaya. Sekarang, korang cuma perlu tunggu emel yang mengandungi cover note insurans motosikal korang (macam gambar kat bawah) dari pihak insurans secepat mungkin (kalau takde pape masalah). Mudahkan? Kan dah cakap page miss GlamorNyo ni akan kongsikan banyak fakta dan info bagi memudahkan kerja harian anda. Sumber di atas adalah perkongsian bersama dengan LoasStreet.