Pernah tak korang buat claim insurans kereta mahupun motorsikal, tiba-tiba kena reject? Pergh masa tu memang boleh rasa darah naik menggelegak. Lagi sakit hati bila korang dah dahulukan duit korang untuk repair kereta atau motosikal tu. Ha, sebelum kita marah orang sana sini sebab tak puas hati, MAri Miss GlamorNyo bagi tahu dan cuba faham sebab-sebab yang membuatkan claim insurans korang kena reject.
1. Laporan polis tak sah
Kalau korang buat report polis lebih dari 24 jam lepas waktu kejadian, memang claim insurans korang tu KENA REJECT. Kenapa pulak? Ni sebab untuk pihak insurans, report yang korang buat lepas tempoh 24 jam tu dikira sebagai tidak sah. That’s why korang tak boleh amek ringan benda-benda camni. Jangan tersalah anggap atau ikut macam di dalam cerita-cerita drama atau filem dimana laporan polis harus dibuat selepas 24 jam. Itu hanya untuk kes culik atau kehilangan sahaja okay.
Lagi satu, tolong jangan buat perangai nak buat laporan polis palsu semata-mata untuk nak buat claim. Kalau kena tangkap, naya tau. Korang boleh dipenjarakan selama 6 bulan atau bayar saman sebanyak RM2000. Sanggup ke? Jangan sebab nak keuntungan nanti padah pulak yang kena tanggung.
2. Bukan nama pemandu di dalam report polis.
Apa tu bukan nama pemandu dinamakan? Ini maksudnya individu (selain tuan punya kereta atau motosikal) yang diiktiraf sebagai pengguna kerap kenderaan itu dalam polisi insurans korang. Kalau pemandu/penunggang tu tak diiktiraf dalam polisi korang, claim yang dibuat mempunyai potensi yang tinggi untuk direject. Sebab tulah miss Glamornyo tak bagi orang pinjam kereta/motosikal sebarangan, bukan sebab kedekut. Kalau accident, claim kena reject, sape nak tanggung? Miss juga yang menyesal tak sudah.
Kalau korang nak tahu, polisi insurans kenderaan selalunya akan bagi korang ikhtiraf 2 nama pemandu untuk satu kereta. Tapi, kalau nak ikhtiraf 3, 4 orang pun boleh – kena bayar lebih je la.
3. Polisi insurans tak cover
sumber : Facebook
Ni penting ye kawan-kawan. Sebelum nak buat claim tu, tolong check dulu kalau polisi insurans korang ada cover ke tak. Contonya, kereta rosak sebab banjir pastu nak buat claim. Memang tak dapat la john kalau polisi korang tak cover perkara yang kena mengena dengan bencana.
So, kalau nak safe supaya tak kelam kabut bila perkara camni berlaku, check la dulu apa yang dicover oleh polisi korang. Kalau tak sure,boleh tanya/bincang dengan ejen atau pembekal insurans
4. Dokumen tak lengkap
Kalau korang buat claim tapi dokumen tak lengkap memang la kena reject sayang oi. Jadi, pastikan yang korang ada semua dokumen penting seperti salinan laporan polis, lesen kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, korang boleh tanya ejen atau rujuk panduan tuntutan insurans kenderaan dari Bank Negara Malaysia ni.
Semua okay, tapi claim insurans still kena reject. Camne?
Kalau korang memang confirm yang semuanya okay tapi masih tak boleh buat claim insurans kenderaan jugak, then korang boleh komplain kat Ombudsman Perkhidmatan Kewangan untuk selesaikan masalah korang tu. Janganlah redha je ngan keadaan. Usaha tu perlu ada jugak ya.
Okay tak artikel kali ini, sangat bermanfaat kepada semua. Malang tidak berbau. Tetapi jika kita ada ilmu dan usaha insyallah semua ini boleh diselesaikan. Akhir kata berhati-hati dijalan raya.