Sumber Pinterest
Hiasan dalaman rumah bukan sahaja terletak pada susunan perabot, pemilihan warna atau juga corak dan pattern pada wallpaper dinding rumah anda. Kali ini Miss Glamornyo nak kongsi selain dari semua itu, ada suatu perkara yang sangat memainkan peranan yang penting didalam hiasan dalam rumah. Mungkin cara ini membuatkan hiasan rumah anda ke level yang lain. Interior lighting adalah sebahagian elemen penting dalam interior design.
Sama seperti pemilihan warna, tema atau perabot, pencahayaan juga sangat berpengaruh
untuk mencipta suasana ruang yang selesa dan sesuai dengan keinginan pemilik rumah.
Jadi sebelum terburu-buru membeli dan memasang lampu, anda perlu tahu jenis jenis
pencahayaan untuk interior rumah anda.
Berikut adalah jenis pencahayaan untuk interior rumah anda:-
1.General lighting
General Lighting atau lebih dikenali sebagai pencahayaan menyeluruh. Pencahayaan ini
biasa yang digunakan di setiap ruangan. Kebiasaannya, titik lampu akan diletakkan di
tengah ruang atau di beberapa point yang dipasang secara symmetry dan merata.
Tujuan general lighting adalah sebagai sumber cahaya terang yang menyeluruh untuk
sesebuah ruang. General lighting ini juga boleh disembunyikan sehingga hanya pantulan
cahaya sahaja yang dapat dilihat.Secaranya amnya ia adalah lampu dimana ia menerangi
ruang-ruang utama di dalam rumah pada waktu memerlukan.
2.Task lighting
Task lighting ini adalah sebuah sistem pencahayaan dimana cahaya difokuskan pada suatu
area dan berfungsi membantu anda melaksanakan aktiviti tertentu.Sebagai Contohnya ialah
lampu di atas counter table untuk membantu anda memasak dalam keadaan cerah dan
dapat melihat semua bahan dengan jelas. Ataupun lampu di bilik membaca anda yang
hanya focus kepada sesuatu sudut dimana ia dapat menerangi anda ketika anda membaca
buku di waktu malam. Contoh lain ialah lampu chandelier di ruang makan, ia adalah lampu
yang tidak menyeluruh tetapi lebih focus kepada sudut yang terperinci.
3.Accent dan Decorative lighting
Accent dan Decorative lighting pencahayaan ini digunakan untuk difokuskan pada sesuatu
objek atau tempat untuk menonjolkan atau mencantikkan imej objek atau tempat itu.
Pencahayaan ini selalunya tidak membantu anda melakukan aktiviti, tetapi sekadar elemen
dekoratif di ruang rumah anda.
Sebagai contoh anda lihat diatas, dimana lampu diletakkan diatas frame dan bingkai lukisan
untuk memberikan effect yang lebih menonjol kepada lukisan hiasan itu. Paling biasa orang
kita buat adalah meletakkan lampu diatas rak dimana kita display piala atau sesuatu yang
membanggakan.
Contoh lain anda boleh cuba letak diatas Aquarium hiasan anda supaya ia akan memberi
impak yang lebih.
Sumber Pinterest