Hi Guys, sudah lelah dengan isu negara kita yang sedang diuji dengan wabak Covid-19 yang telah memberi impak kepada kita dari segi ekonomi. Hari ini Miss GlamorNyo nak anda lupakan sebentar tentang isu Covid-19, kerana apa yang akan dikongsikan pada artikel kali ini memerlukan anda menggunakan imaginasi dalam membayangkan suasana sebuah township atau bandar terancang.
Sumber: Pantai Sentral Park
Seperti ramai yang sedia maklum, di ketika ini terdapat banyak township yang telah dibina dan sedang dibina oleh pelbagai pemaju hartanah di Lembah Klang dek kepadatan penduduk yang tinggi dan harga tanah yang terlalu mahal.Tahukah anda, sebelum pemaju hartanah melakukan aktiviti pecah tanah dan memasang cerucuk besi untuk membina sebuah township, mereka perlu menilai trend, perkembangan semasa dan merangka elemen penting yang bakal mencorakkan konsep sesebuah township.Township bermaksud Perbandaran dalam Bahasa Malaysia, merupakan satu proses mengubah kawasan luar bandar yang tidak berpenghuni atau kurang berpenghuni menjadi sebuah bandar.
Township juga berlaku gara-gara penempatan sebuah bandar menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks dengan kepadatan penduduk yang lebih tinggi. Jika anda lihat Desa Park City yang dibina pada tahun 1999 dengan keluasan 473 ekar, elemen yang diketengahkan pemaju adalah inovasi dan komuniti yang mesra, selamat dan sihat.
Sumber : Shah Alam 2
Lain pula dengan Shah Alam 2 (SA2) dari IJM LAND yang dilancarkan pada 2001, Bandar Puncak Alam, SA2 hari ini menjadi rumah bagi 25,000 penduduk. Dengan keluasan tanah yang merangkumi 1,163 ekar, ia memberi tumpuan kepada komuniti lestari dimana kerajaan Negeri Selangor telah mengiktirafkan Bandar Puncak Alam sebagai pusat pertumbuhan baru dan mengistiharkannya sebagai “Bandar Pendidikan”. Kampus UiTM Puncak Alam yang mempunyai keluasan 1,000 ekar, dan ia hanya terletak kira-kira 5km dari SA2.
Jom kita lihat 5 perkara dan trend yang bakal mencorakkan township sempurna di Malaysia.
1.Aksesibiliti
Trend utama yang memainkan peranan dalam pembentukan sebuah township adalah jarak kediaman tersebut dengan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, KTM, BRT atau stesen bas.
Dengan perkembangan penggunaan perkhidmatan e-hailing, kawasan ‘pick up dan drop-off’ point e-hailing juga penting dalam pembentukan sebuah township.Kerana kenderaan peribadi kini bukanlah menjadi satu keperluan sebaliknya dilihat sebagai satu kehendak terutamanya di kawasan bandar. Trend ini perlu dititikberatkan untuk menjadi sebuah bandar township yang mempunyai permintaan tinggi dan berjaya.
2.Teknologi
Anda bayangkan kita mungkin boleh hidup tanpa makan dan minum untuk 1 hari, tetapi belum tentu kita boleh hidup tanpa Wi-Fi selama 1 hari.
Dengan kemajuan teknologi hari ini, kebanyakan pemaju hartanah telah membawa teknologi ke satu tahap baru dengan menggunakan kunci automatik dan fungsi face recognition. Ada pemaju yang lebih advance ke depan dengan memberikan Central Vacuum system sebagai contoh ia disediakan dalam project The Light Waterfront dan juga seperti teknologi pin-lock yang diguna pakai oleh smart home di bandar Rimbayu.
Setiap township yang dibina juga diwajibkan untuk mempunyai akses telekomunikasi bagi memudahkan penghuni mendapat akses internet berkelajuan tinggi. Ini adalah satu kemestian yang perlu ada masa kini.
Sumber : pinterest
3. Persekitaran Hijau
Bermula dari awal tahun 2009, pemanasan global telah menjadi isu yang kritikal di Malaysia. Ini dapat dilihat dengan langkah yang diambil pemaju hartanah yang membangunkan township dengan konsep persekitaran hijau bebas tenaga. Pemandangan hijau yang mendamaikan dan kesegaran udara yang anda akan dapat di tengah-tengah bandar yang sesak dapat memberikan ketenangan yang membolehkan anda berehat di rumah dengan selesa.
Sumber: S2 Hill Park
Penggunaan pemanas air solar dan penggunaan kaca berbanding batu-bata sebagai sumber cahaya semula jadi semakin popular. Hari ini, township-township yang baru dilancarkan mempunyai banyak taman dan persekitaran hijau.
Sumber: Sebana Cove
4. Transit Oriented Development
Konsep transit oriented development (TOD) adalah menjadikan satu bangunan atau premis sebagai pusat kepada pendidikan, pusat beli-belah, kediaman mahupun pusat ibadat.
sumber:facebook
Bunyinya agak pelik, tetapi konsep ini telah pun oleh banyak pemaju dimana ia mula menjadi popular pada 2015. Anda bayangkan sendiri apabila bangun sahaja dari tidur anda boleh turun kebawah untuk membeli barang keperluan untuk memasak atau boleh terus makan je di mall dibawah rumah anda. Seronok bukan?
Konsep TOD ini tidak terbatas kepada bangunan high-rise sahaja tetapi turut melibatkan projek landed sungguhpun angkanya tidak banyak.
5.Sekuriti
Sekuriti adalah trend terakhir untuk menjadikan satu township yang berjaya. Rata-rata pembeli unit kediaman township adalah golongan berpendapatan RM4,850 ke atas atau lebih dikenali sebagai M40 dalam kumpulan pendapatan isi rumah yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Golongan ini mahukan sebuah kediaman dan komuniti yang selamat dan di sini pentingnya konsep Guarded and Gated (GAG).
Sumber: Facebook
Konsep GAG menjadi popular seawal tahun 2009 dan menjadi suatu fenomena dalam industri perumahan negara. Perkembangan trend ini berlaku khususnya di kawasan Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru; jelas membuktikan bahawa sambutan penduduk kepada pembangunan skim ini semakin meningkat, malah telah menjadi trend.