Ini yang paling Miss GlamorNyo pantang ni. Disebabkan sorang buat hal habis satu
Malaysia menjadi mangsa. Kenapa tidak individu itu sendiri.Baru-baru ini hangat dengan isu
dimana golongan kayangan atau atasan ini jika ada buat salah tetap ditolak tepi dan tidak
diambil tindakan dari pihak berkuasa.Akibat dari perbuatan mereka itu, sekarang pihak
berkuasa mengambil tegas mana-mana individu yang ingin meminta kebenaran merentas
negeri. Ini lah yang dikatakan akibat nila setitik rosak susu sebelanga.

sumber:facebook


Ketika kisah perkahwinan pasangan selebriti ini masih lagi hangat diperkatakan susulan
ketidakpatuhan kepada garis panduan yang ditetapkan kerajaan bagi majlis sosial yang
diadakan pada 27 Mac lalu. Bayangkan lah dengan Majlis yang dipenuhi ramai orang dan
tiada penjarakan social antara mereka. Neelofa dan Haris Ismail sekali lagi menjadi
perhatian ramai selepas beberapa keping foto yang mendakwa mereka kini berada di
Langkawi, Kedah tular menerusi laman Facebook.

Melalui gambar-gambar berkenaan, kelihatan Neelofa dan Haris berada di sebuah lapangan
terbang dan sedang menaiki sebuah penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan
terkenal tersebut.Rata-rata netizen menyuarakan ketidakpuashatian masing-masing dan
mempersoalkan bagaimana pasangan yang baru berkahwin itu dibenarkan merentas negeri
dan berbulan madu.

Bagaimanapun, di sebalik segala kecaman tersebut, ada juga yang berpendapat Neelofa
dan suaminya itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri.
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pernah mengumumkan penduduk dari
negeri bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan melancong
namun menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa 10 Mac lalu.Kebenaran rentas negeri
setakat 30 Mac hanya dibenarkan di antara negeri kategori (PKPP) sahaja.
Berdasarkan laporan MKN, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau
Pinang, Kelantan dan Sarawak tertakluk sebagai enam negeri di bawah Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB).Manakala, lapan lagi negeri iaitu Kedah, Sabah, Terengganu,
Sabah, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka pula di bawah (PKPP)

Leave a Comment on Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ini semua kerana Neelofa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *