Hi Guys, artikel kali ini menarik sikit kerana bagi Miss G bilik tidur adalah tempat favorite/kegemaran Miss G. Mana taknya di situlah tempat beradu disitulah tempat membaca dan disitulah miss g merehatkan minda selepas seharian penat bekerja.Jadinya bilik tidur mestilah cantik dan menenangkan bukan? Kena lah hias cantik-cantik dan mengikut citarasa masing-masing.Jom sesekali cuba guna cara hias bilik tidur yang mudah ini. Mesti nampak cantik walaupun jimat.
1. TUKAR KEDUDUKAN KATIL
Ini sesuai bagi mereka yang punya ruang luas. Tidak semestinya katil perlu disandarkan pada dinding.
Letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

Foto Kredit: Novocom.top
2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR
Bagi yang kreatif, bolehlah mencuba menukar frame gambar sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date.
Selain itu, boleh juga menukar susunan gambar agar ada kelainan dalam suasana bilik tidur.
ini contoh DIY yang boleh anda cuba:

Foto Kredit: diy.com
3. GUNA HIASAN FABRIK
Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut.
Biasanya tapestries ini mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Anda juga boleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa!
Ini akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.

Foto Kredit: pinterest.com
4. GANTI KARPET
Kehadiran karpet baru atau aksesori juga boleh menceriakan bilik tidur yang kosong apatah lagi jika ia mempunyai rona yang terang.
Gunakan panduan di bawah untuk memastikan bilik tidur nampak kemas.
Tapi ia tidak bermakna anda perlu ganti perabot setiap bulan atau tahun. Bergantung pada kegunaannya dan bajet yang ada.

Foto Kredit: carpet.vidalondon.net
5. TAMBAHKAN ‘WARNA’
Kertas hadiah, kertas dinding atau wall sticker boleh digunakan untuk menceriakan bilik tidur yang kosong.
Tidak semestinya dilekatkan pada dinding, jadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan ini pada pintu, rak mahupun almari.
Hasilnya, pasti memukau!

6. GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA
Elak guna cadar yang kosong atau tanpa corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan.
Jika ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, elok guna cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.

Foto Kredit: aliexpress.com
7. TUKAR PENCAHAYAAN
Hidupkan suasana malam dalam bilik tidur dengan pencahayaan yang menarik.
Kadang-kadang, dengan sebuah lampu gantung sahaja, mampu memberi kelainan pada bilik anda.

Foto Kredit: erikabrechtel.com
8. LETAK POKOK HIASAN
Pokok kaktus misalnya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik terutamanya yang bersaiz kecil.
Susun cantik-cantik dalam bilik dan ia mampu merubah suasana dalam bilik.

Foto Kredit: freshdesignpedia.com
TIDAK SEMESTINYA KENA ‘MAKE UP’ SATU BILIK
Miss G rasa kan kadang-kadang dengan menambah atau menukar 1-2 barang saja sudah mencukupi dalam menaikkan suasana baru dalam bilik tidur yang selama ini ‘boring’ dan kurang berseri.Apapun, pastikan bilik tidur sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi kerana secantik mana bilik tidur pun jika bersepah dan tidak terurus, boleh merosakkan suasana di dalamnya.