Sumber:facebook

Pernah kan terdetik di sudut pikiran anda apabila nak memilih plan medical card atau syarikat medical card yang mana yang terbaik.””Nak pilih medical card jer pun”. Tapi susahnya macam nak cari pasangan hidup! Ye lah kan sebab nak pakai sampai akhir hayat. Jadi mesti lah pilih yang terbaik kan. Jom lihat Macam mana cara mudah untuk pemilihan medical card terbaik? Kali ini anda berada di artikel yang betul. Kali ni MIss GlamorNyo nak bagi Panduan Ringkas & Padat khas untuk anda semua, supaya mudah anda nak pilih mana satu medical card terbaik untuk anda dan yang tersayang.

sumber:LLPKN

Medical Card Personal Atau Cover satu Family?

Umpama anda ada 3 buah kereta tetapi hanya ada 1 road tax sahaja. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk 1 Medical card cover 1 family. Jika anak anda ramai sehingga 5 orang,Plan Medical card cover 1 family mungkin adalah penyelesaian terbaik untuk anda.Ia bukan hanya mudah, tetapi juga murah sebab ada discount tertentu. Cuma nasihat Miss G, bacalah terma-terma syarat sebelum bersetuju mengambilnya. Maksud Miss G, betul-betul baca terma dan syarat, jangan hanya dengar & percaya. Jika tidak, takut bila anda tak jelas dan main setuju je, nanti dibelakang hari anda yang akan susah.

sumber:Pinterest

Stand Alone atau dengan Rider

Pernah dengar perkataan Stand Alone? Apa itu stand alone? Jom Miss G terangkan,Stand Alone ini bermaksud hanya medical card semata-mata, tiada feadah lain. Ibarat makan nasi tiada lauk-lauk tambahan, nasi semata-mata. Medical Card Stand Alone kena diperbaharui setiap tahun dan tiada jaminan boleh diperbaharui. Apa itu jaminan boleh diperbaharui? Itu kita akan pelajari dalam point seterusnya.

Apa pula maksud rider ni? Rider bermaksud manfaat tambahan. Kali ni nasi putih ada kuah, ada telur, ada lauk tambahan. Makin banyak lauk makin mahal lah.Bila ambil satu pakej maka lebih cost effective lah polisi takaful anda berbanding ambil polisi berasingan satu satu. Manfaat yang paling popular di kalangan pemilik polisi adalah seperti manfaat pampasan sakit kritikal, income replacement, kemalangan dan juga contributor atau waiver iaitu bayaran polisi ditanggung pihak pengendali sekiranya anda kena sakit kritikal.

Guarantee Renewable atau No Guarantee Renewable

Apakah erti nya? Susah benor nak sebutnya, nak sebut pun dah berbelit lidah. Tak faham klausa-klausa lain tak apa tuan-tuan, jangan tak faham klausa ni. Macam takaful kereta, kena renew setiap tahun kan? Macam tulah perumpamaan untuk No Guarantee Renewal, kena renew setiap tahun.Walaupun kita kadang-kadang tak perasan pun kita renew medical card kita setiap tahun, tapi kalau polisi yang anda ambil guna klausa ni, ini beberapa perkara yang anda patut ambil tahu. Jika anda sakit kritikal, pihak takaful berhak untuk tidak meneruskan polisi sedia ada dan juga boleh naikkan premium tambah atas sebab sudah memiliki sakit kritikal.

Biasanya polisi no guarantee renewal ni dia masa mula-mula ambil tu murah. Bila dah sakit barulah dia mahal dan boleh lebih mahal dari polisi guarantee renewal.

Nama panggilan untuk klausa ini mungkin berbeza-beza untuk setiap syarikat. Ada yang panggil Guarantee renewal, ada non cancelable dan macam-macam lagi. Miss G sangat sarankan anda ambil polisi yang guarantee renewal. Kerana yang tertulis atas kertas itulah bukti yang menjamin polisi ini boleh diteruskan pada masa akan datang. Takkan dah sakit, polisi kena cancel, nak apply polisi lain siapa nak terima time dah sakit ya dak?

Limit Tahunan & Seumur Hidup

Limit ni biasanya yang first tuan-tuan tengok kan? betul tak? Ok lar, betul lar tu, tak ada salah pun. Tengok limit yang ditawarkan ya tuan-tuan. Limit ada dua jenis, limit tahunan dan juga seumur hidup.

Nak tahu limit tu cukup tak cukup, pergi tanya hospital, berapa kos rawatan sakit yang tuan-tuan rasa paling mahal? Contoh rawatan pintasan jantung. Katakan pada tahun ni kos dia RM140,000. Tanya sekali hospital, agak-agak kalau lagi 10 tahun berapa anggaran kos rawatan pintasan jantung ni?

Kemudian bandingkan dengan limit yang ditawarkan. Kalau cukup dengan kos rawatan yang hospital beritahu maka cukuplah tu pilih limit tu. Kalau tak nak pening kepala, pilih saja medical card dengan ‘Unlimited Coverage’. Tahunan dan seumur hidup. Ada faham?

Full Cover, Deductible atau ko-takaful?

Lagi satu istilah yang mungkin berjaya memeningkan kepala tuan-tuan untuk memahaminya. Jangan bimbang Miss G akan terangkan seringkas mungkin dalam bentuk bahasa manusia biasa demi anda semua.

Full Cover ertinya perlindungan penuh. semua kos rawatan yang berkaitan akan ditanggung. Yang tak berkaitan dalam rawatan tak ditanggunglah ya.

Deductible ertinya sebahagian bil ditanggung sendiri oleh client. Contoh kalau deductible RM500, bil RM30,000. Sanggup tak bayar RM500 untuk dapat rawatan RM30,000? Ada syarikat yang deductible RM300 je. Jadi tak kisah berapa pun bil, RM100,000, RM200,000 hanya RM300 sahaja yang kita kena bayar sendiri.

Macam tak best je kan? Nanti dulu…sebenarnya ia lagi bagus. Sebab yang paling best, kita dapat jimat caruman bulanan jika kita ambil deductible.

Ko-Takaful hampir sama dengan deductible cumanya ko takaful dikira berdasarkan % daripada jumlah bil. Contohnya RM5000 bil hospital, 10% daripada bil hanyalah RM500 kena bayar sendiri.

Manfaat dia pun sama, kita dapat jimatkan caruman bulanan. Berbanding kita kena bayar lebih mahal setiap bulan demi untuk full cover why not kita jimat duit setiap bulan? kalau sebulan jimat RM50, setahun sudah jimat RM600!

Mane lebih bagus? tepuk dada tanya selera

Hospital Panel

Ini antara paling penting sekali walaupun ia berada di tangga terakhir. Cara pilih medical card terbaik yang ke tujuah adalah Senarai Hospital Panel. Tidak semua hospital menjadi panel untuk semua pengendali takaful. Walaupun anda tetap boleh bayar dulu dan claim balik di hospital tidak panel, tapi jika bil mencecah puluhan ribu dan ratus ribu penat juga nak membayarnya.

Cuba pergi beberapa hospital yang anda suka berdekatan kawasan tempat tinggal, tanya senarai syarikat takaful yang menjadi panel mereka. Jika termasuk dalam senarai, maka lulus untuk anda ambil medical card dengan syarikat tersebut.

Jadi macam mana? Anda rasa sudah bersedia untuk memilih Medical Card yang mana? Anda yang perlu buat pilihan kerana anda yang akan bayar nanti seumur hidup anda. Jadi buatlah pilihan dengan betul ya. Miss G hanya tolong sekadar menerangkan. Pilihan di tangan anda.

Leave a Comment on Cara Terbaik Dalam Pemilihan Medical Card

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *