Di waktu sekarang dalam kehidupan yang semakin sibuk dan mencabar,
kadang-kadang kita selalu mengabaikan cara kehidupan sihat; sekaligus
menjejaskan minda pemikiran positif yang kita sepatutnya kita miliki.
Sekiranya anda sedang mencari cara untuk menjalani kehidupan dengan
lebih baik dan mempunyai mental yang lebih positif, ini adalah artikel yang
perlu anda baca, Kebetulan Miss Glamornyo nak share berikut adalah 7
tips yang boleh diamalkan:
1.Tidur Awal
Yang paling utama yang kebanyakan diabaikan oleh semua adalah Tidur.
Bukan hanya sekadar anda tidur, ia adalah tidur yang mencukupi. Tidur
secukupnya pada setiap hari adalah kunci utama kepada kesihatan diri.
Melalui waktu tidur yang secukupnya, akan membolehkan anda bertenaga
menghadapi hidup seharian.Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya 6-8
jam untuk orang dewasa untuk tidur yang mencukupi,Kualiti tidur yang
maksima juga membolehkan kita memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya
kepada tugasan harian.
Disebabkan inilah kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang
secukupnya, bagi mengoptimumkan fungsi biologi, tubuh badan serta
perkembangan mental, otak dan lain-lain.Tidur dengan baik juga
mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus
terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko
penyakit kronik yang berkaitan dengannya; seperti tekanan darah tinggi
dan diabetes.
Dengan tidur yang cukup, ianya juga dapat meningkatkan selera makan
dan mengurangkan peluang makan secara berlebihan. Oleh itu, jika ingin
elak risiko mempunyai berat badan yang berlebihan, pastikan kita tidur
dengan secukupnya.
Secara amnya, kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam
sehari.
2.Luangkan Masa Berkualiti Dengan Orang Tersayang
sumber:istock
Bergelak tawa dengan orang tersayang tidak hanya membuatkan kita bahagia, tetapi juga menjadikan diri kita lebih sihat. Ia boleh memberikan kepuasan melalui perasaan tenang, mengurangkan tahap tekanan perasaan dan membantu kita menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Meluangkan masa dengan orang tersayang, keluarga dan kawan-kawan, dapat menghasilkan keseimbangan kerja-kehidupan dan meningkatkan nilai kebahagiaan. Dengan mempunyai kelapangan minda, sekaligus ia akan melahirkan semangat dan motivasi, serta emosi positif diri sendiri.
Interaksi sosial diperlukan kerana kita tak boleh hidup keseorangan. Ia juga dapat meningkatkan tahap kedamaian psikologi, kerana sokongan emosi melalui individu di sekeliling.
3. Bina Jiwa Yang Kukuh
Sumber: Popbela.bom
Sekiranya terdapat makanan untuk perkembangan otak dan badan, demikian juga perumpamaan dengan fisiologi. Menyuburkan dan mengembangkan fisiologi dalam jiwa kita, dapat membawa kepada kehidupan yang lebih memuaskan.
Menjadi sihat secara rohani, membolehkan kita berhubung dengan diri kita yang sebenarnya, seterusnya menjadi salah satu kunci kebahagiaan. Kita boleh amalkan beberapa aktiviti seperti berdoa, pengasingan diri, muhasabah diri dan sebagainya.
4. Jaga Fizikal Dan Mental
Memelihara kedua-dua aspek ini membolehkan kita menjalani kehidupan dan minda yang sihat. Bagi menjaga kesihatan mental, kita harus melatih otak anda dan otot fizikal yang memerlukan senaman berterusan.Jika ianya gagal dilakukan dengan kerap, akan menyebabkan fungsi fizikal dan mental kita menjadi kurang efisien.
Di samping itu, kita harus menjaga kesihatan fizikal, untuk mencegah penyakit dan menjalani kehidupan dengan lebih produktif.Beberapa cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental adalah dengan melakukan senaman secara teratur, banyakkan membaca dan meningkatkan tahap pengambilan vitamin B. Kita haruslah selalu mencabar memori dan kecerdasan daya fikiran melalui latihan dan sebagainya.
Masa untuk berehat juga merupakan cara yang baik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal, kerana ia mampu menurunkan tahap hormon cortisol atau tekanan perasaan.
5. Jangan Biarkan “Kelemahan” Kecil Merosakkan Hidup
Sumber: facebook
Kita tidak boleh membiarkan kecacatan kecil seperti tahi lalat, jerawat, rambut yang panjang tetapi tidak terurus; daripada mencacatkan kehidupan.
Jika kita ingin mencapai kebahagiaan sebenar dan menjalani minda dan badan yang sihat, kita tidak sepatutnya membiarkan kelemahan kecil tersebut merosakkan seluruh kehidupan anda. Kita seharusnya mencari penyelesaian untuk memperbaikinya.
Sebagai contoh, dapatkan terapi cara pertuturan yang baik jika kita mempunyai masalah gugup ketika perlu berucap di khalayak ramai. Terapi ini akan membantu kita membuat ucapan dengan lancar, sekaligus meningkatkan keyakinan diri.
6. Amalkan Aktiviti Seharian Yang Menyeronokkan
Sumber : Facebook
Salah satu cara terbaik untuk mencapai minda dan badan yang sihat adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang menyeronokkan. Ini kerana ia mampu membuatkan kita berinteraksi secara mental dan fizikal, dan membentuk nilai perasaan dan harga diri.
Kita seharusnya menjadi lebih aktif dan mencuba aktiviti baru yang menyeronokkan seperti bersukan atau membuat kerja amal; yang membolehkan kita bersosial secara sihat.
7. Bersyukur
Bersyukur tidak dapat digambarkan manfaatnya kepada badan, otak, kesihatan, dan mental. Dengan bersyukur, kita mampu meningkatkan hormon dopamine dalam diri kita, sekaligus kepuasan terhadap kehidupan akan meningkat.Dengan kepuasan yang meningkat, kita dapat memperoleh pelbagai manfaat. Kita akan rasa lebih bersemangat, serta berasa baik tentang diri sendiri dan dunia di sekeliling kita.Bersyukur juga membawa kepada kualiti tidur yang lebih baik dan menurunkan risiko penyakit kronik, meningkatkan tenaga untuk melakukan senaman dan memaksimumkan prestasi pekerjaan kita. Mana tak nya, sebelum tidur kalau asyik memikirkan tentang makanan yang makan tengah hari tadi tak sedap lah, fikir tentang bos di tempat kerja lah, mcm mana nak tidur. Cuba anda letak rasa bersyukur dahulu dengan segala kekurangan hari ini dan pasti anda akan lagi cepat untuk tidur.
Kesimpulanya Miss GlamorNyo harap artikel ini dapat memberi penjelasan yang jelas dan tip yang berguna untuk anda semua. Bye guys, jumpa lagi diartikel akan datang.