Kalau Miss GlamorNyo tanya pernah tak anda tonton cerita Arwah P Ramlee,mesti pernah kan. Kalau yang belum anda patut cari dan tonton sekarang.Korang ingat tak si Haji Bakhil ni? Boleh buat tergelak tak kering gusi kalau teringat balik keletah orang tua kedekut ni. Bagi yang tak tau, dia ni orang tua kaya dalam filem Labu Labi, terkenal dengan sifat kedekut haram dan level jimat dia perghhh, tak terlawan beb.

Sumber : Wikipedia
“Okay, tapi apa kena mengena Haji Bakhil ni dengan berjimat masa bulan puasa ni?” Haaa… orang kata bulan puasa ni boleh berjimat, tapi kita ni semua masih berbelanja sakan, tak selari dengan nilai Ramadan – mengawal diri. Nak salahkan setan, dah kena ikat. Sebab tu, admin nak share dengan korang cara-cara nak berjimat. Bacalah.
1. Guna teknik zaman belajar, iaitu pergi Bazaar bila waktu berbuka dah dekat.

Ha ini adalah teknik dan tektik yang sering digunakan pada zaman belajar di universiti dulu, mesti anda pernah kan, bohong lah kalau anda kata tak pernah.Bila ke bazaar ramadan ni,tengok semua benda nampak sedap.Haish sedapnya kuih-muih dekat bazaar, tapi apakan daya, RM1 dapat 2 ketul je. Habis berbelas ringgit pun belum tentu kenyang. Tambah pulak zaman sekarang ni saiz kuih yang semakin comel dan menyakitkan hati. Sekali ngap, hilang terus dari pandangan.
Sebab tu lah korang kena pergi beli juadah berbuka bila dah nak masuk waktu berbuka. Selalunya penjual akan turunkan harga sebab diorang nak kasi habis semua makanan. Kalau tak habis jual, basi pulak. Air yang berwarna-warna bak pelangi senja tu pun sama, semua jadi murah, tak pun percuma terus.
Contohnya, sebungkus air kat bazaar harga dia RM4.00, tapi kalau korang beli time bazaar dah nak tutup cuma RM2.00 (separuh harga kot!). Kalau tiap-tiap hari dapat makanan harga murah, tak pun free, memang banyak dapat jimat.
P/s: Korang pergi bazaar tu, jangan lupa ikut SOP ya. Kang tak pasal-pasal ada kluster COVID-19 baru.
2. Bawak duit cukup-cukup je bila pi bazaar Ramadan

Sumber: facebook
Kat bazaar ni lah biasanya duit kita mengalir bak Air Katira yang tak habis dijual. Itu sedap, ini sedap, nak-nak pulak tengah lapar time tu, semua benda kita nak. Last-last RM50 jugak abes. Kalau hari-hari habis duit banyak tu, boleh bankrup.
Jadinya, nak elakkan kita ‘menggila’ di bazaar macam orang takde pedoman, setkan bajet dengan bawak duit cukup-cukup. Bagi admin, bawak RM10 dah cukup. Kalau bajet makan bulanan korang tu RM300.00, RM10.00 sehari untuk berbuka memang dah ngam. Beli je lah apa yang korang mengidam sepanjang hari tu, asalkan tak lebih bajet.
Tau susah, nak-nak pulak tengah lapar time tu. Tapi biaq pi la murtabak tebal macam buku sekali pun, kalau wallet korang senipis kulit bawang, tak guna jugak.
3. Rajin-rajin bukak puasa dengan saudara-mara

Sumber: Sunah Sakura
Nama pun bulan mulia, manfaatkan lah bulan ni untuk eratkan silaturrahim. Dapat jugak eratkan duit dalam bank akaun korang. Sebab tu admin cadangkan korang plan bukak puasa ramai-ramai dengan keluarga besar kalau nak bukak puasa bak buffet Ramadan kat hotel. Meh kita buat kira-kira, berapa banyak korang boleh jimat.
Kalau makan seorang:
Nasi Berlauk: RM7.00
Air: RM4.00
Murtabak: RM5.00
Jumlah: RM16.00
Tapi kalau makan ramai-ramai, korang cuma beli nasi bungkus korang je. Air dengan kuih/murtabak boleh kongsi
Kos Air: 4 bungkus air x RM4.00 = RM16.00/10 orang = RM1.60
Kos Murtabak: 2 keping murtabak x RM5.00 = RM10.00/10 orang = RM1.00
RM7.00 + RM 1.60 + RM1.00 = RM9.60 (Tengok, tak sampai RM10 pun)
Makna nya, cukup lah bawak RM10 pergi bazaar Ramadan. Kalau parents atau pakcik makcik korang suka masak banyak-banyak, memang bawak kuih, air atau buah je lah.
4. Kalau pergi masjid, ambik je makanan yang diorang offer

Sumber: Beritaagar
Peluang ni sekali setahun je tau, kalau tak manfaatkan sebaiknya, rugilah. Tapi, ada jugak yang cakap makanan kat Masjid ni tak best, tak sedap katanya. Entah lah nak, macam tak betul je. Ni pengalaman admin sendiri lah makan kat masjid time study kat uni dulu, sedap je. Lagi sedap dari makanan bazaar pun ada.
Lauk-pauk yang masjid sediakan gempak kot, tak cukup dengan kurma Yusuf Taiyoob, banyak pulak kuih-muihnya, siap ada buah bagai. Makin mengembang badan ni bukak puasa kat masjid tau.
Dah habis tarawih jangan lah balik terus, ade moreh kot. Disebabkan COVID-19, kebanyakan Masjid akan bungkus makanan. Tak payah malu-malu, ambik je apa yang ada. Kalau boleh, bawak plastik atau beg sekali – boleh ambik lebih untuk sahur nanti.
Tak perlu pening pikir apa nak masak sahur. Fuh, kalau hari-hari buat camni, mungkin duit perbelanjaan untuk makanan tu takkan disentuh lansung. Bolehlah buat savings ke, bagi duit kat mak ayah ke atau dapat belanja lebih sikit untuk persiapan Hari Raya.
Ini yang dinamakan rezeki bulan Ramadan.
Berjimat ye jugak, zakat, sedekah dan amal jariah jangan dilupa…
Betul lah berjimat tu penting, tapi perkara wajib macam zakat fitrah jangan buat lupa. Sucikan harta korang tu. Nak lagi berkat, tambahkan sedekah dan amal jariah semampu yang boleh. Dalam rezeki kita tu, ada jugak rezeki orang lain. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak kita terima. Insya Allah. Selamat berpuasa! Semoga mendapat keberkatan. Amin