
Negara India dengan riak dan bangganya telah mengumumkan yang negara mereka telah menang dalam menghadapi wabak covid,dan mereka telah melakukan perhimpunan secara besar besaran di sungai Gangga, iaitu sungai yang dianggap suci. Mereka berkumpul beramai-ramai melebihi 300 ribu orang tanpa memakai pelitup muka dan juga penjarakan sosial. Perhimpunan itu diadadakan adalah untuk tujuan membersihkan wabak covid melalui dewa mereka akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gelombang ke-3 kes wabak COVID-19 di India telah melonjak secara tidak terkawal dalam masa tujuh hari terakhir. Beberapa negara sudah mula turun untuk membantu India yang kini seolah tidak menang tangan dengan wabak yang menyerang negara itu sejak dari awal tahun lalu lagi.India buat pertama kali merekodkan lebih 400,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

SEORANG PEKERJA KESIHATAN BERJALAN MELEWATI TIMBUNAN KAYU BAKAR DAN MAYAT-MAYAT – Sumber : ADNAN ABIDI / REUTERS
India sekali gus muncul sebagai negara pertama yang melaporkan jumlah kes harian tertinggi semasa pandemik Covid-19.Berdasarkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 401,993 kes jangkitan baharu dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan kepada 19.1 juta kes.
Sebanyak 3,523 kes kematian akibat wabak Covid-19 dicatatkan sehingga angka keseluruhannya mencecah 211,853 kes.
Ramai pakar mengesyaki jumlah sebenar kes Covid-19 di India adalah lebih tinggi disebabkan kekurangan ujian saringan dan rekod data punca kematian yang tidak tepat.
Pada awal tahun ini, pihak berkuasa India melonggarkan sekatan selepas jangkitan kes dilaporkan menurun dibawah 10,000 kes setiap hari.

PEMBAKARAN MAYAT DI SEJUMLAH LOKASI – Sumber : DANISH SIDDIQUI / REUTERS
Seperti hospital yang dipenuhi dengan para pesakit, pusat pembakaran mayat juga menunjukkan situasi yang sama. Beroperasi selama 24 jam tanpa henti, pekerja kremasi di sana bahkan tidak mempunyai waktu lapang kerana upacara pengebumian tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa ianya akan berhenti.
Di beberapa kota, pekerja kremasi terpaksa membina timbunan kayu bagi menghadapi situasi kecemasan, dengan tempat letak kereta dan tempat terbuka kini digunakan sebagai tempat pembakaran.BBC turut melaporkan bahawa pihak berkuasa juga telah menebang pokok di sekitar India bagi digunakan untuk membakar mayat mangsa COVID-19. Manakala para keluarga pula terpaksa menunggu masa berjam-jam untuk menyelesaikan proses pembakaran mayat ahli keluarga mereka.

SEORANG AHLI KELUARGA MENGGUNAKAN PPE DAN MENGANGKUT KAYU UNTUK MEMBUAT PERSIAPAN PENGEBUMIAN ANGGOTA KELUARGA YANG MENINGGAL DUNIA – Sumber : NAVEEN SHARMA/SOPA IMAGES/SHUTTERSTOCK

ORANG RAMAI MEMBINA TIMBUNAN KAYU UNTUK DIBAKAR SEMASA PEMBAKARAN MAYAT –Sumber : ADNAN ABIDI

KAKITANGAN KREMATORIUM BEKERJA TANPA BEREHAT – ADNAN ABIDI / REUTERS

FOTO YANG DIAMBIL DARI PESAWAT MENUNJUKKAN PEMBAKARAN MAYAT DI PINGGIR DELHI. – Sumber : DANISH SIDDIQUI / REUTERS

ANAK INI BERKABUNG DENGAN KEMATIAN BAPANYA YANG MENINGGAL DUNIA KERANA COVID-19 – Sumber : ADNAN ABIDI / REUTERS

DUA PENDUDUK DELHI BERKABUNG DENGAN KEMATIAN AHLI KELUARGA MEREKA KERANA COVID -19 – ADNAN ABIDI / REUTERS
REUTERS

ANGGOTA KELUARGA DUDUK BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT PEMBAKARAN MAYAT – ADNAN ABIDI / REUTERS