Sumber: The Edge

Miss nak tanya anda pernah dengar tentang Simpanan di Tabung Haji? Apa itu? Okay mari dengar apa Miss nak story sikit. Simpanan tabung haji ini lebih kurang sama juga seperti Simpanan Asb dimana kita akan diberikan dividen pada hujung tahun jika anda menyimpan dengan mereka.Tetapi berbeza sikit dengan tabung haji dimana zakat simpanan akan ditolak siap-siap dari akuan simpanan anda setiap tahun. Mudah sikit kerana anda tidak lagi perlu membayarnya secara manual.Okay jom sambung pasal dividen atau hibah yang diberi oleh tabung haji ini.   Korang ingat lagi pasal tak pengumuman hibah Tabung Haji (TH) 2018? Agihan yang diberikan sangatlah rendah iaitu 1.25% dan hanya 1 jenis je yang diberikan. Perkara ni buat ramai orang tak puas hati sebab tak dapat pulangan macam dividen pelaburan/simpanan lain.

Sebenarnya, ramai antara kita yang anggap hibah TH dan dividen macam pulangan daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) ataupun kat akaun simpanan bank ni benda yang sama, padahal berbeza sama sekali. Nak tahu apa dia hibah TH ni sebenarnya? Jom cekidaut.

 

Kalau ikut TH, hibah ni hadiah je, bukannya hasil pelaburan

Macam yang kami cakap tadi, walaupun hibah dan dividen ni nampak macam sama iaitu pulangan, tapi 2 benda ni berbeza ekceli. Dividen adalah pulangan pelaburan yang diberi oleh pengurus dana dan saham amanah macam ASB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala hibah adalah sebuah perkongsian keuntungan (profit share) diantara TH dan pendeposit. Maksudnya kat sini, hibah TAK WAJIB untuk diberi setiap tahun macam dividen. Pengagihan bergantung sepenuhnya pada jumlah keuntungan yang diperolehi. Kalau ada untung, ada lah hibah, kalau tak krik krik jelah.

Bila dah faham maksud hibah ni, baru boleh bincang pasal jenis-jenis hibah yang ada pulak.

Untuk korang yang masih tak tahu, selalunya TH bagi dua jenis hibah utama kepada pendeposit iaitu hibah tahunan dan jugak hibah haji setiap tahun, bergantung pada jumlah simpanan semasa.

1. Hibah Tahunan

Tadi kami ada cakap hanya hibah tahunan yang diberi pada 2018, kan? Buat pengetahuan korang, hibah tahunan ni adalah bonus yang pendeposit TH (korang) terima setiap tahun berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa.

Disebabkan hibah tahun 2019 belum diumumkan dan hanya ada 1 jenis hibah yang diagihkan pada tahun 2018, kami akan guna tahun 2017 sebagai contoh.

* Kadar hibah tahunan dan formula pengiraan

Pada tahun tersebut, kadar hibah tahunan yang diagihkan adalah sebanyak 4.50% kepada 9.3 juta pendeposit. Katakan korang depositkan RM2,000 pada Januari 2017 dan menyimpan RM250 sebulan bagi bulan-bulan seterusnya, jumlah hibah tahunan yang akan korang nikmati adalah sebanyak RM17.81. Tengok pengiraan bawah ni kalau nak faham lebih lanjut:

Pengiraan Hibah Tahunan:

RM2,000 + (RM250 x 11 bulan) = RM4,750

RM4,750 / 12 bulan = RM395.83 baki minima tahunan akaun TH

RM395.83 X 4.50% (kadar hibah 2017)

=RM17.81

 

2. Hibah Haji

Bermula pada tahun 2013, hibah haji diberikan kepada pendeposit yang belum tunaikan ibadah haji dengan simpanan kurang RM9,980 (kos haji semasa). Tujuan hibah ni diberikan adalah untuk bantu naikkan jumlah simpanan supaya lepas untuk jemaah tunaikan haji.

Kalau korang nak tahu, masih banyak sebenarnya pendeposit TH yang mempunyai simpanan tak sampai RM5,000 pun, apatah lagi nak cecah jumah bayaran haji semasa. Laporan audit Pricewaterhouse Coopers (PWC) 2018 jugak ada menyatakan yang purata simpanan pendeposit adalah sebanyak RM3,811 je. Dengan jumlah sebanyak tu, jangankan haji, nak pergi umrah pun tak lepas.

*Kadar hibah haji dan formula pengiraan

Dengan guna jumlah simpanan yang sama dalam contoh 1 iaitu sebanyak RM4,750 jom kita tengok berapa banyak korang boleh dapat.

Pengiraan Hibah Haji:

RM2,000 + (RM250 x 11 bulan) = RM4,750

RM4,750 / 12 bulan = RM395.83 baki minima akaun tahunan TH

RM395.83 X 1.75%

=RM6.93

Walaupun pemberian hibah ni adalah berdasarkan kadar yang ditetapkan tapi masih ada had berapa banyak korang boleh dapat. Jumlah hibah haji yang diterima tak boleh lebih kos haji tahun semasa (RM9,890). Maksudnya hibah yang korang terima takkan lebih daripada jumlah tersebut walaupun kalau ikut kiraan, korang sepatutnya dapat lebih.

 

3. Hibah Khas

Berbeza dengan 2 jenis hibah sebelum ni, hibah khas tak diberikan setiap tahun tapi bila ada peristiwa istimewa je macam Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50 dengan agihan hibah khas sebanyak 2.00% dan 1.52% bagi Ulang tahun TH ke-50.

Selain hibah, Tabung Haji jugak ada tawarkan manfaat lain untuk pendeposit, macam…

…subsidi haji. Ingat lagi tak kami ada cakap yang bayaran haji semasa adalah sebanyak RM9,980? Korang tak rasa ke kos haji macam tak semahal yang disangka? Sebab tu bukanlah jumlah sebenar untuk tunaikan ibadah haji. Bayaran yang korang kena tanggung tu sebenarnya lepas gomen dah subsidikan.

Kalau nak tahu, kos sebenar haji sekarang adalah RM22,000. Dengan adanya subsidi haji ni, korang berjaya jimat sebanyak RM12,920 kot. Bantuan ni diberikan bagi kekalkan jumlah bayaran haji walaupun kos sebenar bagi setiap jemaah meningkat setiap tahun.

Tapi kan, manfaat ni hanya diberikan pada jemaah yang nak menunaikan ibadah haji kali pertama je. Bagi Pak/Mak Aji yang dah selalu pergi, diorang kena bayar mengikut kos sebenar.

 

Ha anda dah faham? Jadinya janganlah korang merungut lepas ni disebabkan hibah dan dividen yang diberikan. Bila rasa bersyukur kurang inilah jadinya. Yang paling utama tu betulkan niat tu dulu, baru akan dipermudahkan urusan nanti. Tak gitu?

Jadi tunggu apa lagi, Miss galakkan korang p lah daftar dan buat simpanan dengan TH kerana manfaat utamanya sangat baik dan ditambah dengan hibah tambahan yang diberikan. Anda perlu rasa bersyukur untuk itu semua.

Leave a Comment on Jenis-Jenis Hibah_Dividen dari simpanan Tabung Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *