Sumber: facebook @fithry anaqi
Cuba anda tanya mak atau ayah anda dikampung, pasti mereka masih menyimpan atau masih pakai sofa pattern lama ini, kebiasaanya pattern sofa lama ini menggunakan kayu asli yang tahan lama ataupun juga rotan. Ia amat popular pada zaman 90-an dahulu. Simple tapi sangat cantik bila anda baca bagaimana cara lelaki ini makeover sofa lama ini kepada pattern modern dan classic. Jika anda mempunyai perabot lama dirumah, mungkin anda boleh menukar perabot tersebut menjadi perabot lama yang diberi nafas baru. Tetapi apa yang lelaki ini buat adalah beliau haunting sofa second hand dan terpakai yang mahu dijual murah-murah dan ubah usai menjadi sofa baru dan nampak modern.
Apa kata anda pun cuba tengok hunting sofa-sofa secondhand di kedai-kedai perabot terpakai. Pelbagai perabot terpakai dijual dengan harga yang murah dan anda boleh menukarkan ia menjadi perabot yang elegen dan mempunyai nilai estatiknya.
Kerusi lama yang diberi nafas baru
Menerusi satu perkongsian pengguna Facebook Fithry Anaqi, dia telah berkongsi hasil ubahsuai kerusi lama yang dengan nafas baru.
Kerusi yang lama dan mempunyai reka bentuk retro yang tampak lusuh dan kurang menarik menjadi sebuah set kerusi yang lebih elegan.
Kerusi lama yang dibelinya dari kedai perabot terpakai itu telah ditambahbaik dengan menukar cat serta kusyen yang baharu.
Kerusi itu menggamit memori lama
Menurutnya, kerusi jenis itu telah menggamit memori lama itu telah diberi peluang kedua apabila ada yang tahu menilainya.
Selain itu, pengubahsuaian bermula dengan mengetatkan kembali kayu-kayu yang longgar pada kerusi.
Ketatkan kayu untuk pastikan ia kukuh
Proses mengetatkan kayu adalah untuk memastikan keadaan kerusi itu benar-benar kukuh.
Tambahnya lagi, kerusi tersebut dibeli dari kedai menjual perabot terpakai. Oleh sebab itu, kerja-kerja penyelenggaraan kerusi harus dilakukan.
Apabila telah selesai memperbaiki kerosakan yang ada pada kerusi, kayu-kayu kerusi perlu diasingkan selepas itu.
Kemudian buang cat lama pada kerusi
Ini untuk memudahkan proses membuang cat lama yang ada pada kerusi. Proses menanggalkan cat lama amat penting bagi menghasilkan cat baru yang tahan lebih lama pada kerusi tersebut.
Cat semula kerusi warna keemasan
Apabila proses mengecat semula kerusi dengan warna keemasan telah selesai, proses penambahan aksesori pula dilakukannya.
Penambahan aksesori ikut citarasa pengguna
Kemudian, boleh lakukan penambahan aksesori dilakukan mengikut citarasa pengguna. Proses ini turut memberi impak dari segi rupa bentuk kerusi itu supaya kelihatan lebih moden.
Apabila selesai memasang aksesori pada kerusi tersebut, tiba masanya untuk meletakkan kusyen yang ditempah khas mengikut ukuran kerusi.
Hasilnya memang cantik dan elegan
Selain itu, pemilihan warna dan corak kusyen turut memainkan peranan penting bagi menyerlahkan lagi kecantikan kerusi. Kusyen yang mempunyai aksesori butang membuat kerusi kelihatan moden dan mengikut trend.Dari kerusi yang lama dan retro telah mengubah menjadi kerusi yang lebih elegan dan moden dengan sentuhan yang tepat dan kreatif.
Macam mana? Cantik bukan? Miss G terus rasa nak pergi cari satu dan buat sendiri. Sambil-sambil stay at home ni kan. Adalah jugak benda nak buat bagi keluar peluh. Kalau tak hanya nak buat lemak je.. hihi