Okay hari ini Miss Glamornyo nak ceritakan tips-tips untuk anda tidak kiralah baru tamat belajar mahupun sudah lama dan sedang bekerja Di Sektor swasta. Pasti anda bercita-Cita untuk menjadi pekerja di sektor kerajaan bukan? Mana tak nye Sektor kerajaan adalah Sektor yang stabil dari Segi ekonomi. Tetapi waktu sekarangIni Bukan senang nak masuk. Seperti yang kita ketahui, untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).
Bagi calon yang belum memiliki akaun SPA, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan SPA. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja.
1. Pendaftaran SPA8i
- Pastikan anda menggunakan Alamat Email yang Sah dan boleh digunakan.
- Pastikan segala maklumat yang diminta adalah lengkap dan betul sila semak dengan teliti sebelum anda menekan butang Daftar
Link Mendaftar : https://putra2.spa.gov.my/spa8i/index.asm
Sumber: SPA
2. Mengisi Borang Maklumat Pemohon Dengan Lengkap
- Selepas anda membuat pendaftaran sila pastikan anda mengisi borang spa8 dengan betul dan lengkap.
- Antara Maklumat yang perlu anda pastikan mengisinya dengan betul dan tepat adalah:
– Maklumat Akademik anda daripada PMR sehingga yang paling tinggi.
– Maklumat Ko-Kurikulum anda.
– Maklumat Tambahan seperti bakat yang anda miliki penguasaan anda dalam bahasa lain. - Selepas anda memasukkan segala maklumat didalam borang spa8 secara online sila pastikan anda tekan butang simpan sebelum anda pergi kepada peringkat seterusnya.
Untuk Register dan Login bagi mengisi borang spa8 anda boleh buat dipautan ini ( Suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA).
3. Membuat Permohonan Jawatan Kosong
- Klik pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan:
- Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
- Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
- Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<
- Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
- Tandakan juga Sesi Temuduga Pilihan.
- Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
- Klik pada sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang lain.
- Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
- Pemohon hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
- Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
- Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
4. Pengakuan Permohonan
- Setiap kali anda kemaskini jawatan kosong yang dipohon sila pastikan anda membuat pengakuan permohonan.
- Caranya ialah dengan Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan semak kembali jawatan-jawatan yang anda mohon dan pastikan anda klik pada SAYA SETUJU dan tekan butang SIMPAN.
5. Semakan Permohonan SPA8i
- Untuk melihat semakan jawatan kosong yang telah anda mohon anda boleh lihat pada pautan Semakan Permohonan pada Laman sesawang SPA8.
- Selepas anda membuat permohonan jawatan kosong sila pastikan tarikh daftar dan tarikh anda hantar permohonan anda adalah sama.
- Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam.
Okay itu sahaja yang perkara asas dan tips mudah untuk anda isi borang SPA, Miss G nak bagi lagi satu tips yang penting dimana anda digalakkan untuk mengisi borang online ini awal-awal dan jangan berharap jika anda isi hari Ini bulan depan anda akan dapat panggilan temuduga. Tidak Sama sekali, ia Bergantung kepada kekosongan kerana diwaktu zaman sekarang ini, biasanya setelah 3 Tahun baru akan mendapat panggilan untuk temuduga. Jadi banyakkan berdoa dan jangan putus asa okay.