Sumber: Riana Dutamas dari IJM LAND
Miss G amat berbesar hati nak kongsi sesuatu perkara penting tetapi ramai yang agak kurang berkemampuan akibat dari harga market pasaran yang semakin hari semakin melonjak naik.Tetapi pernah tak anda terfikir dimana diketika ini satu dunia dilanda pendamik Covid dan itu tidak menjadikan pasaran hartanah jatuh dan dilupakan. Pasaran hartanah Malaysia kekal menjadi tumpuan pembeli sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez, berkata meskipun 75 peratus pembinaan di Malaysia terjejas tahun lalu, pasaran hartanah di negara ini masih memiliki daya penarik menerusi platform maya.Dalam Kajian Sentimen Pengguna Separuh Pertama 2021, kehidupan rakyat Malaysia telah didigitalkan di bawah PKP dengan platform rangkaian sosial, portal hartanah dalam talian dan penstriman menjadi tumpuan mereka kekal aktif dalam pasaran.
Tempoh PKP yang dilanjutkan juga menyaksikan peningkatan populariti lawatan maya sebagai antara alat utama untuk penjual dan pembeli, dengan satu dari tiga rakyat Malaysia menyatakan niat untuk meneruskan pembelian harta tanah tahun ini.
Sumber: IJM LAND
Ikuti Kisah salah seorang pembeli yang berjaya membuat pembelian diketika PKP ini.
LEBIH tiga tahun menyandang profesion guru prasekolah di Sekolah Pusat Bandar Puchong 1, Puchong, Selangor, Azhar Husin, 29, mengakui berdepan cabaran getir dalam membeli kediaman pertama apatah lagi perlu ada simpanan kukuh bagi pembayaran deposit.
Katanya, pengalaman membeli hartanah pertama dulu perlu ada simpanan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada nilai harga rumah yang ingin dimiliki.
“Saya mula membuat tinjauan untuk membeli hartanah pertama sejak Januari lalu dan hanya menemui unit kediaman sesuai iaitu sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, Selangor pada Julai lalu.
AZHAR membuat persiapan dengan menyiapkan 15 peratus jumlah simpanan bagi pembelian rumah pertamanya.
Tidak dinafikan cabaran lain termasuk pandemik Covid-19 menyukarkan pencarian rumah, namun Azhar tekad kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan harga kediaman yang menarik.
“Meskipun simpanan tidak banyak kerana saya baharu bekerja tidak sampai empat tahun, namun sebaik memikirkan situasi ketika ini adalah satu peluang, saya tekad untuk terus membeli kediaman itu,” katanya.
AZHAR
Faedah membeli kediaman ketika pandemik ini, kata Azhar banyak bank dan syarikat kewangan menawarkan kadar faedah pinjaman rumah yang rendah selain penawaran harga rumah lebih rendah daripada harga pasaran sebelum ini.
Kata Azhar, dia bersyukur selain faedah rendah, bank membiayai pinjaman perumahannya turut memberi kadar pinjaman 100 peratus membolehkannya menggunakan wang tunai tambahan untuk keperluan lain.
“Memang penjawat awam mempunyai kelebihan termasuklah kadar pinjaman 100 peratus untuk kediaman tetapi bukan mudah.
“Saya bernasib baik apabila salah satu dalam senarai bank dipohon, menawarkan pinjaman penuh dengan kadar faedah rendah iaitu 2.5 + 1.1 peratus.
“Ansuran RM900 setiap bulan pada saya tidak begitu membebankan berdasarkan kenaikan gaji pada masa akan datang selain hasrat untuk sewakan bilik kepada orang luar,” katanya.
Ditambah dengan pemilihan lokasi dan unit kediaman jenis pangsapuri kos sederhana sebagai hartanah pertama masih berbaloi kerana nilai belian unit itu sepadan dengan jumlah sewaan.
En Azhar adalah salah satu contoh dimana diketika waktu pendamik ini pembelian hartanah adalah sesuatu yang terbaik dimana begitu banyak pemaju-pemaju perumahan yang memberi pelbagai promosi serta diskaun kepada pembeli.Miss G harap perkongsian kali ini dapat memberi sedikit ilmu dan confident untuk membeli hartanah,