Miss Glamornyo tahu pasti ramai yang masih tertanya-tanya apa itu PRS dan apa itu KWSP. KWSP tu mungkin anda sudah selalu dengar,tetapi mungkin PRS anda kurang tahu. Ha korang beruntung sebab hari ni Miss G nak kongsikan apa itu PRS dan apa itu KWSP.Untuk pengetahuan korang, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah di mana teknik pencen yang digunapakai oleh Kakitangan Kerajaan mulai dijadikan satu model kepada kakitangan swasta supaya apabila mereka pencen nanti, kebajikan mereka lebih terjaga dan dapat menambah tabungan pencen dengan lebih tinggi dari nilai asal.

Fakta= KWSP dan PRS berbeza. KWSP wajib, PRS adalah pilihan (diwujudkan oleh kerajaan untuk bantu warga pekerja sektor swasta/bekerja sendiri).

APA ITU PRS?

PRS secara amnya merupakan sebuah skim pelaburan jangkamasa panjang yang ditubuhkan untuk menambah simpanan dana persaraan. Objektif PRS adalah untuk memberi pilihan bagi skim yang sedia ada untuk seluruh rakyat Malaysia, sama ada bekerja atau bekerja sendiri, secara sukarela untuk menambah dana persaraan mereka di bawah skim yang berstruktur dan dikawal selia.

Setiap PRS menawarkan pelbagai pilihan dana persaraan di mana kini pelabur boleh memilih untuk melabur berdasarkan keperluan persaraan, matlamat kewangan dan toleransi risiko mereka sendiri. Tujuan Dana PRS adalah untuk memberikan pulangan jangka panjang untuk ahli-ahli menerusi satu kerangka yang dikawal selia.Aset bagi setiap PRS diasingkan daripada Penyedia PRS dan ditempatkan di bawah pegangan amanah yang dikendalikan oleh Pemegang Amanah Skim bebas.

Persamaan di antara PRS dan KWSP

Tujuan Persaraan : Kedua-dua PRS dan KWSP ditubuhkan dengan tujuan untuk menolong individu membina aset dan kewangan pada hari persaraan mereka

 

Perbezaan PRS VS KWSP

PerbezaanPRSK#SP
Jenis SumbanganSukarelaMandatori
Jumlah SumbanganTiada Had Minimum / MaksimumHad Minimum (11% Pekerja / 12-13% Majikan)
Kekerapan SumbanganTiadaBulanan
Sumbangan Dibayar KePenyedia PRS yang DipilihTerus ke K#SP
Pelepasan Cukai TahunanRM3,000  RM6,000  
Pengeluaran SeparaDaripada sub-akaun B sahaja, dan 8% penalti cukaiDaripada akaun 2 sahaja, Tertakluk kepada sebab dan tiada penalti
Pemilihan Dana PelaburanBebas (pilih diantara penyedia PRS)Kebebasan memilih hanya untuk Amaun Separa (EPF-MIS)
Polisi DividenTiada Had Minimum diperuntukkan (Berganting kepada prestasi dana)Minimum 2.5% setahun
 

Jadi Kenapa Nak Masuk PRS?

Soalan baik, kalau anda BIJAK, anda pasti akan mencarum PRS untuk simpanan hari tua. Jauh berkali ganda daripada duit K#SP anda yang anda banyak kali keluarkan atas pelbagai alasan (beli rumah/renovate rumah/beli komputer dan lain-lain). Sedar-sedar dah kering dah duit K#SP anda tu.

PRS adalah TEKNIK pelaburan sebenarnya. Sebab tu duit anda akan berganda dengan banyak dan apabila anda bersara atau pencen, anda PASTI TERKEJUT dengan berapa jumlah dalam PRS anda nanti.

 

 

 

Jom saya bagi contoh Senario PRS:

Semasa berumur 30 Tahun, Ahmad telah memasukkan RM1000 sebagai caruman pertama PRS (minimum caruman adalah RM500 dan caruman tambahan minimum RM50 sahaja).

Sekarang ni kerajaan sedang mengadakan promosi insentif RM1000 percuma jika caruman minimum RM1000 sebelum capai umur 31 tahun (Untuk galakkan golongan muda mencarum PRS. Tempoh terhad ye..sampai 2018 shj).

Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31FREE RM500 daripada promosi insentif KERAJAANTOTAL = RM1500

Jadi Ahmad mempunyai RM1500 dalam akaun PRS nya. Katakanlah, Ahmad tidak mencarum selepas itu kerana masalah peribadi (saya nasihatkan jangan buat begini…rugi). Apabila Ahmad berumur 55 Tahun iaitu masa pencennya, Ahmad pun menyemak akaun PRS yang telah lama dilupakan. Maklumlah dah 25 Tahun lepas Ahamd mencarum.

Ahmad terkejut!!!!

Dalam akaun PRS Ahmad ada RM50,000.00 ! Wow!

Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31FREE RM1000 daripada promosi insentif KERAJAAN (Promosi terhad sampai 2018 shj)TOTAL = RM50,000

* Itu baru RM1500…kalau caruman konsisten bulanan….huhu. Jom try kira:

Masuk RM1000 + free RM1000 + RM100 bulanan

Bila Ahmad berumur 55 Tahun = RM325,000.00 Wow!!!! Jangan terperanjat ye.

Mencarum min RM1000 sebelum capai Umur 31 + Bulanan RM100/sebulanFREE RM1000 daripada promosi insentif KERAJAAN (Promosi terhad sampai 2018 shj)TOTAL = RM340,000

Mulalah bertindak….lagi lama tempoh lagi tinggi…lagi muda bertindak…lagi bagus…PRS ni fleksibel. Ada duit boleh carum bila-bila masa. Tak ada duit tak payah carum….bila pencen umur 55 Tahun dah boleh keluarkan.

* Jumlah di atas adalah jangkaan potensi rate 15% …boleh pergi lebih tinggi lagi tau! Wow! Wow! Wow!

 

Polisi Dividen

Notis : PRS tidak mempunyai kadar dividen minima seperti K#SP (2.5% setahun) jadi apabila pelaburan anda mengalami penurunan pada satu masa,  anda mungkin akan menerima dividen yang kurang (atau tiada langsung), atau lebih teruk lagi,  nilai pelaburan anda mungkin akan merosot tanpa mengira dana anda. Polisi dividen 2.5% ini merupakan salah satu perbezaan ketara di antara K#SP dan PRS!

Manfaat

Di antara isi kandungan  Bajet 2012 ialah pelepasan cukai maksima sebanyak RM3,000 selama 10 tahun (bermula tahun 2012) yang diberikan kepada kesemua ahli (penyumbang) PRS. Pelepasan cukai yang lebih kurang sama  juga diberikan kepada semua ahli K#SP (maksima RM6,000). Jika anda merupakan ahli PRS dan pembaya cukai nilai atasan, anda boleh berjimat sehingga RM780 setahun! Selain daripada itu, pengecualian cukai juga diberikan kepada setiap pendapatan yang dijana oleh dana-dana PRS.

Pengeluaran

Sama seperti KWSP, simpanan di dalam tabungan PRS ini akan dibahagikan ke dalam dua jenis Sub-Akaun (pembahagian ini dibuat dengan tujuan untuk mewujudkan jenis pengeluaran yang berlainan sahaja, bukan untuk tujuan pelaburan) : 70% daripada wang anda akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun A dan 30% akan dimasukkan ke dalam Sub-Akaun B.

Keseluruhan simpanan di dalam PRS ini boleh dikeluarkan apabila seseorang itu mencapai umur persaraan (pada masa ini ditetapkan pada umur 55 tahun), kematian, atau penghijrahan.

Pengeluaran separa sebelum umur 55 tahun adalah dibenarkan, tetapi hanya boleh dikeluarkan daripada Sub-Akaun B sekali sahaja dalam setahun. Pengeluaran separa ini juga akan dikenakan penalti cukai sebanyak 8%daripada jumlah pengeluaran yang dibuat. Konsep ini berlainan dengan pengeluaran separa K#SP di mana tiada penalti dikenakan untuk pengeluaran khusus seperti pembelian rumah dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, bacalah artikel “Panduan K#SP” kami.

Manfaat Majikan atas Sumbangan Sukarela PRS yang dibuat untuk Pekerja?

Manfaat utama untuk majikan adalah mereka boleh memberi insentif tambahan (contoh : ansuran perubatan) untuk mengekalkan pekerja yang sedia dan juga untuk menarik minat pekerja baru dengan menawarkan sumbangan persaraan yang banyak. Selain daripada itu, majikan juga akan mendapat pengecualian cukai sehingga 19% (dikira daripada gaji asas setahun milik pekerja).

Pilihan Dana PRS

 Anda mempunyai pilihan untuk memilih dana atau tidak memilih dan mencarum ke dalam pilihan dana yang ditetapkan (default option) berdasarkan umur. Setiap Penyedia PRS mesti menawarkan tiga dana teras yang ditetapkan. Jika anda memilih dana teras tersebut, anda akan ditempatkan berdasarkan kumpulan umur seperti berikut:

Dana TerasKumpulan UmurPecahan Aset
Dana Pertumbuhan (Growth fund)Bawah 40 tahunMaksimum 70% ekuiti; 30% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Sederhana (Moderate fund)40 tahun ke atas, tetapi di bawah 50 tahunMaksimum 60% ekuiti; 40% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur/ pasaran wang
Dana Konservatif (Conservative fund)50 tahun ke atas80% dalam dana berpendapatan tetap/ debentur, di mana 20% daripadanya mesti dilaburkan dalam pasaran wang dan maksimum 20% ekuiti

Selain itu, anda boleh memilih mana-mana dana teras walaupun ia bukan dalam kumpulan umur anda serta lain-lain dana bukan teras yang ditawarkan oleh Penyedia PRS.

Penyedia PRS boleh menawarkan sehingga 7 dana bukan teras di bawah skim PRS mereka. Anda boleh memilih untuk melabur dalam satu atau lebih daripada dana bukan teras tersebut berdasarkan peruntukan dan kelas aset.

Leave a Comment on Apakah itu Skim Persaraan Pencen Swasta Malaysia (PRS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *