Hai korang, artikel kali ini Miss Glamornyo nak kongsikan antara kebaikan yang boleh anda dapati jika anda mempunyai laman rumah yang cantik. Bukan sahaja untuk menyejukkan mata,tapi ada juga kebaikan lain. Laman rumah yang indah adalah kebanggaan penghuninya tetapi ada juga manfaat lain, iaitu naikkan nilai hartanah, jimat tenaga, serta kurangkan risiko jenayah.Kenapa Miss G kata begitu? Anda pasti tertanya-tanya kan? Jadi jom ikuti artikel kali ini.

Dahulu pada awal tahun 2000, Sebelum terciptanya fungsi “share location”, tanda unik rumah selalu jadi rujukan kepada tetamu. Sehingga kini pun, walaupun teknologi makin canggih, tanda unik rumah masih jadi rujukan bagi tetamu yang pertama kali berkunjung. Takut silap rumah, malu je kan!

Tanda rumah ni adalah keunikan yang membezakan rumah kita dengan jiran yang lain. Kita pastinya pernah guna atau dengar “rumah sebelah kedai tu,ada pokok bonsai tu” atau “rumah cat hijau ada bunga kertas”, dan pelbagai lagi rujukan landskap yang digunakan sebagai panduan kepada tetamu.

Laman rumah yang indah adalah kebanggaan penghuninya, tetapi ada juga manfaat lain. Di sini, kami senaraikan tiga daripadanya:

1) Naikkan Nilai Hartanah

Landskap rumah yang dibuat dengan baik dan elok sebenarnya boleh menaikkan nilai hartanah anda. Dianggarkan, rumah berlandskap cantik, nilainya boleh naik antara 10% hingga  12%, berbanding rumah yang halamannya tidak terjaga. Boleh tahan beza harga tu kan?Tidak kiralah rumah kampung ke rumah taman ke, dah bila ada halaman yang cantik. Pembeli pun akan sejuk ke hati untuk membeli kan dan tak kisah untuk bayar lebih skit.

2) Jimat Tenaga

Pokok besar dan tinggi menjulang boleh meredupkan rumah sekaligus mengurangkan bahang. Ada masanya tak perlu guna kipas sebab rumah sudah teduh dan sejuk. Jika kedudukan pokok yang ditanam dibuat dengan betul, dianggarkan 25% kos tenaga dapat dikurangkan. Yelah kan, selalunya dengan cuaca di Malaysia bila waktu tengah hari bukan main panas nya.Boleh pergi 37C hingga ke 43C. Bayangkan lah betapa panasnya, tapi jika ada pokok yang besar yang mengelilingi dan menutupi rumah anda. Bolehlah kurangkan kepanasan tu ye dok?

3) Kurangkan Risiko Jenayah

Kajian pakar jenayah mendapati ada hubungan antara kadar jenayah dengan landskap kejiranan. Mereka percaya persekitaran halaman kejiranan dan rumah yang usang, lusuh dan tidak terurus menaikkan dorongan seseorang melakukan jenayah.

Sementara halaman yang terurus dan dijaga rapi boleh menenangkan pemikiran dan mewujudkan rasa selamat yang boleh menurunkan risiko jenayah berlaku.

Jadi, jika rumah anda ada halaman, luas atau kecil, bolehlah mula memberi tumpuan kepada kerja-kerja landskap kerana banyak manfaat dan faedahnya.

Bukan Semua Ada Halaman, Gunakan Sebaik Mungkin

Miss G rasa bukan semua orang beruntung mempunyai halaman rumah, apatah lagi jika anda tinggal di bandar besar. Oleh kerana itu, jika anda termasuk dalam golongan yang beruntung ini, bolehlah cuba meneroka pilihan landskap halaman yang ada.

Banyak manfaat landskap laman rumah yang terjaga dan cantik dipandang. Bukan saja jadi kebanggaan sekeluarga untuk ketenangan jiwa dan redupkan mata, ia boleh juga mengeratkan hubungan komuniti dan menjadi tempat bualan ramai. Rumahku syurgaku, kan?

Leave a Comment on Kebaikan Landskap Halaman untuk Rumah Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *