Temerloh: Bermula dengan berniaga gerai di tepi jalan, Muhammad Aiman Edrizal Fuzzy Haslan kemudian mengorak langkah dengan membuka kedai yang dinamakan Bangman Fried Chicken di Paya Pulai di sini.
Premis itu menjual ayam dan kentang bersalut keju selain sosej corn dog.
Hasil kerja keras sejak dua tahun lalu, Muhammad Aiman, 24, atau mesra disapa Bangman mampu meraih keuntungan RM80,000 setiap bulan dan pernah mencecah sehingga RM100,000.
MUHAMMAD Aiman bersama isteri di hadapan premis mereka.
Kini, bapa seorang anak berusia 11 bulan itu tidak lagi bergerak solo sebaliknya dibantu lima kakitangan bagi menjalankan perniagaan di premis yang beroperasi bermula jam 3 petang sehingga sebelum waktu berbuka bagi Ramadan dan atau mulai jam 12 tengah hari pada musim lain.
Berkongsi latar belakangnya, Muhammad Aiman berkata, dia hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak sempat menghabiskan pengajian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Temerloh.
Saya belajar satu semester sahaja dan selepas berhenti, saya cuba cari rezeki dengan berniaga dan modal permulaan ketika itu adalah bawah RM800 hasil wang simpanan yang dikumpul ketika membantu ayah berniaga di pasar malam.
Saya pilih berdikari dan tidak meminjam wang kerana enggan susahkan sesiapa dan Alhamdulillah, perniagaan saya mendapat sambutan, mungkin kerana nasib saya baik ketika itu, tiada peniaga lain yang menjual makanan sama.Selepas tiga bulan berniaga di tepi jalan, Muhammad Aiman mampu menyewa sebuah kedai dan berpindah lokasi.
Pada permulaan dia hanya berniaga di luar premis untuk memberi laluan kerja pengubahsuaian sebelum beroperasi sepenuhnya.Ada perbezaan antara berniaga di gerai dan premis. Di gerai dulu tiada sistem dan tidak perlu membayar sewa tapak serta gaji pekerja.
“Di premis, saya wujudkan sistem supaya perniagaan lebih teratur. Alhamdulillah, perniagaan saya masih diterima sehingga ke hari ini dan paling seronok apabila sudah ada pelanggan tetap yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
“Cabaran tetap ada, malah ada harinya, jualan berkurangan dan pernah juga menerima teguran daripada pelanggan berikutan ayam terlebih masak, tetapi saya ambil semua teguran itu daripada sudut positif untuk memperbaiki kualiti serta mutu perkhidmatan kerana jika bukan mereka yang menegur, siapa lagi?.
Menurut Muhammad Aiman, dia tidak merasakan dirinya sudah berjaya dan mengakui perjalanannya dalam perniagaan masih jauh lagi.
Bagaimanapun, dia bersyukur apabila ada pihak menjadikan dirinya sumber inspirasi untuk berjaya dan menasihati anak muda supaya sentiasa ingat dan berterima kasih kepada orang yang bersama-sama berjuang serta memberi sokongan.
“Perancangan masa depan adalah memiliki trak makanan dan membuka cawangan premis di setiap negeri di pantai timur. Saya harap impian ini menjadi kenyataan,” katanya yang mahu mengukuhkan perniagaannya terlebih dahulu sebelum menambah cawangan.
Begitulah kisah journey usahawan suami dan isteri ini yang memberikan inspirasi untuk semua. Ha tengok je dah terliur kan? Patutlah menjadi kegilaan ramai. Memang cara beliau berniaga pun lebih kepada beramal sambil berniaga. Mana taknya 10 ketul ayam hanya rm13 sahaja. Dan ada juga set ayam bersama kentang dan free air coke dengan hanya rm15. Betul beramal ni. Miss G dah cuba bagaimana pula dengan anda? Jom ikuti video di bawah jika anda masih belum pernah cuba