Hai Korang, Miss G harap semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera diketika waktu pendamik ini. Artikel kali ni Miss G rasa happy sangat dan teruja nak kongsi dengan korang semua. Kepada kaki hias rumah, artikel ini mesti buat korang teruja nak baca. Tidak kira lelaki atau perempuan, andai kata dah memang hias rumah tu adalah hobi. Mesti ada je kan projek nak dibuat untuk rumah anda. Ha ni Miss G nak kongsi beberapa idea yang boleh dimanfaatkan untuk rumah anda hanya dengan berbekalkan barangan di kedai rm2 sahaja.. Ha terkejut kan mendengarnya. Jom ikuti artikel kali ini.

1.Ubah dan transform Toilet anda kepada wajah baru                                           

Dah bosan dengan wajah lama toilet anda? Dengan pattern dan warna batu mozek yang sudah bertahun lamanya. Ye lah kan takkan semata-mata dah bosan kita nak pecahkan dan buang mozek lama untuk gantikan dengan yang baru. Apa kata korang cuba apa yang Miss G nak suggestkan kali ini.Nak hias toilet supaya nampak cantik dan menarik guna barang RM2? Tak mustahil pun. Anda boleh cari di kedai Eco dengan harga rm 2 sahaja.Jika diikutkan ia hanyalah pelapik meja tetapi mempunya gam stiker dibahagian belakangnya. Jadi ia boleh digunakan untuk dijadikan wallpaper untuk dinding anda.

2. Lampu Meja DIY                                                                                                

Pernah anda terfikir hanya dengan bekas pensil ia boleh dijadikan lampu study atau lebih dikenali dengan lampu belajar.Apa yang anda perlukan hanyalah batang paip ,mentol dan juga bekas pensil sahaja. Pertamanya,Ambik batang paip itu dan camtumkan mengikut ketinggian dan design yang anda gemar.Sambungkan wayer mentol kedalam bahagian dalam batang paip itu tadi dan akhirnya gabungkan bekas pensil dibahagian hujung bersama mentol tadi.Kan dan siap. Senang je kan, dan yang penting nampak macam produk IKEA gitu. Modal rm 2 sahaja

3. Sticker untuk peti sejuk

Okay untung barang ini memang sudah siap tersedia begitu. Memang direka untuk diletakkan di dalam peti sejuk anda. Yang pentingnya murah dan cantik gitu.Baru semangat sikit orang rumah nak buka peti ais dan masak kan. hehe

4. Rak Pelbagai guna.                                                                                               

 Rak ini juga amat mudah dibuat Apa yang anda perlukan hanyalah batang paip dan juga bekas telur ini. Beli bekas telur ini dalam 4-5 buah mengikut berapa tinggi yang anda nak dan lekatkan dan ikat di batang paip PVC dalam keadaan menegak.Siapa kata guna barang Eco RM2 tak boleh dapat menampakkan kesan elegangambar dibawah adalah buktinya

5. Selipar Ala Hotel                                                                                                    

Kalau anda seorang yang kreatif, gunakan material pengelap kaki rm2 untuk buat selipar dalam rumah. Jika anda lihat alas kaki atau pengelap kaki. Pernahkah anda terfikir untuk ubahnya menjadi sesuatu yang lebih kurang function nya.Yelah sama je lap kaki dan juga selipar dikaki. Kedua-duanya berfungsi untuk membersihakan kaki anda.Okay idea ini mungkin nampak susah tetapi jika ada kemahuan disitu ada jalan kan.hehe. Ala bukan susah sangat pun, agak rumit untuk anda bila perlu menjahit sedikit dibahagian yang diperlukan.

Leave a Comment on Diy Barangan ECO rm2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *