Assalamualaikum Guys, Hari ini Miss G nak kongsikan dua kisah insporasi Juatawan yang berjaya diketika dunia sedang gawat dan terkesan dengan masalah wabak Covid-19. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan inspirasi dan semangat untuk anda yang bergelar usahawan.

Akibat terkesan dengan pandemik Covid-19.Kebanyakan peniaga dan usahawan di Malaysia bukan saja terpaksa ‘mengikat perut’, malah ada antara mereka gulung tikar.Namun, situasi berbeza berlaku kepada beberapa individu yang dikurniakan rezeki berlipat ganda sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

Malah, golongan ini dilaporkan mampu menjana jualan sehingga jutaan ringgit atau mencecah tujuh angka.Bagaimanapun, kejayaan itu bukan datang bergolek sebaliknya dengan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi selain bijak menggunakan peluang bagi menjayakan perniagaan hingga bergelar jutawan.

Kisah 1 ( Stokis Product MamaSab)

Pengasas Cik Mi International Sdn Bhd, Nursyamimi Ramli.

Dengan hanya menjadi stokis untuk product orang lain, siapa sangka ia juga dapat memberikan pendapatan sehingga tujuh angka sebulan. Azam yang telah lama tersimpan dan tekad yang berani untuk tinggalkan kerjaya sebagai pegawai bank adalah langkah terbesar dilakukan Nursyamimi bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan sampingan dilakukannya.

Siapa sangka, atas dasar sekadar mencuba perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjadi pengedar Mamasab Bakery, dia akhirnya membulatkan tekad melepaskan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap setiap bulan sebelum melakukan jualan sehingga RM7.29 juta.

Cik Mi  menyertai Mamasab Bakery secara sambilan dengan tujuan utama untuk menambah simpanan anak-anak.Kini Cik Mi sudah dua tahun saya menjual produk Mamasab Bakery dan tidak terfikir untuk mengeluarkan produk sendiri kerana sistem yang ada sekarang mudah apabila saya bermula tanpa modal dengan menjadi dropship.

Sehingga sekarang Cik Mi menjadi Master Stokis dan mempunyai pasukan jualan sendiri di bawah Cik Mi Squad (kira-kira 7,000 dropship, ejen, stokis di bawahnya).

Secara rasmi, Cik Mi meletakkan jawatan (pegawai bank) pada Mac lalu dan terus konsisten membantu mengembangkan pasukan yang kini sudah terdapat 57 leader yang saya lahirkan berjaya membuat jualan lima ke tujuh angka.Biarpun tanpa produk sendiri, saya mampu menjana pendapatan melebihi gaji yang diterima sebelum ini dan platform Mamasab Bakery banyak membantu beliau mencapai impian.Katanya, selain doa keluarga terutama suami, hikmah pelaksanaan PKP membuka peluang buatnya untuk berjaya sekali gus bergelar jutawan.

Dengan (pelaksanaan) PKP, Cik Mi mampu menjana jualan tujuh angka dan sasaran tahun ini adalah untuk membantu 1,000 ahli pasukan membuat jualan minimum enam angka.

Untuk rekod, Nursyamimi berjaya menjadi Master Stokis Mamasab Bakery yang meraih jualan tertinggi, RM7.29 juta bagi Januari hingga Mei lalu dan peningkatan jualannya paling banyak disumbangkan sepanjang tempoh PKP.

Kisah 2 (Beralih bidang perniagaan ketika pendamik)

Pengasas Madam Printing & Packaging, Siti Mariam Abd Rauf.

Jom ikuti kisah kedua ini yang bagi Miss G, ia amat memberi inspirasi kepada anda. Beliau bukan jual product. Tetapi beliau menjalankan perniagaan printing dan packaging untuk product-product lain.Tetapi itu tidak bertahan lama, tetapi Kak Siti tekad untuk bangun diketika waktu pendamik ini. Minggu pertama PKP, Kak Siti dan rakan kongsi berjaya jana jualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sebanyak RM400,000.Kejayaan itu disusuli dengan membekalkan lebih tiga juta botol (cecair) pembasmi kuman.

Kak Siti berkata, idea untuk mencari kilang pelitup muka dan cecair pembasmi kuman hadir ketika dalam perjalanannya dari Kedah ke Johor.

Syukur, Kak Siti dan rakan kongsi segera bertindak dan membekalkan pelitup muka dan pembasmi kuman ke seluruh Malaysia. Minggu pertama PKP kami berjaya jana jualan RM400,000 dan selepas itu terus menjual keperluan orang ramai berkaitan PKP,” Kak Siti turut mengeluarkan set lengkap terdiri daripada sarung tangan, pelitup muka dan pembasmi kuman.

Jatuh Bangun ditipu pelanggan

Sebelum ini terbabit dalam perniagaan percetakan di Kedah, namun disebabkan ditipu pelanggan, perniagaannya terjejas teruk hingga terpaksa memberhentikan 14 pekerja.

Kak Siti berkata, selepas ‘terjun’ dalam perniagaan penjualan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman itu, dia kemudian mengembangkan perniagaan dengan mengeluarkan produk kesihatan untuk meningkatkan sistem imun badan di bawah jenama M’Care Mixberry.Dari situ, jualan berjaya mencapai tujuh angka dan saya membeli semula aset seperti rumah, kedai dan kereta yang saya terpaksa jual sebelum ini.

“Inilah rezeki ‘corona’ saya dan kalau bukan sebab PKP, saya tidak tahu apa nasib saya dan anak,” katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Reka Bentuk Industri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Diminta berkongsi kenapa perniagaan percetakannya terjejas, Mar berkata, pelanggan menempah sehingga 80,000 cetakan sampul raya namun apabila siap dia tidak bayar.Saya dikejar pelabur hingga akhirnya terpaksa melepaskan aset peribadi bagi melunaskan pembayaran kepada mereka (pelabur).Itulah asam garam dunia perniagaan.

Miss G harap perkongsiaan kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda agar berani mencuba atau berani bangun di dalam dunia perniagaan ini.

Leave a Comment on Kisah Inspirasi Jutawan ketika waktu pendamik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *