Kali ini Miss G begitu teruja dan sangat mengagumi karya oleh artist dari Malaysia iaitu FarahDaim yang begitu berbakat. Yalah kan bukan semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang sangat bernilai jika memilikinya.
Begitulah juga dengan seorang gadis yang dikenali Farah Daim ini yang dikatakan telah melukis watak 17 Disney Princess memakai pakaian tradisi Melayu mengikut negeri.Semua hasil lukisan peribadi tersebut dimuat naik di Facebook miliknya.
Rata-rata memuji hasil karya yang cantik itu dan ada juga tidak setuju dengan warna kulit untuk negeri Pulau Pinang.Biasalah kan mulut orang bukan semua boleh tutup. Tapi ia tidak menjadi masalah untuk Harafdaim untuk terus berkarya

Farah mengatakan semua watak Disney Princess itu bukan mewakili mana-mana negeri.
“Harap korang tidak salah faham bahawa watak Disney Princess ini hanya seperti pelancong yang memakai pakaian tradisional dan tidak mewakili mana-mana negeri,” tulisnya di Facebook.
Menurutnya, dia mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kesemua itu.
“Saya mengambil masa tiga bulan untuk menyelesaikan semua 17 Disney Princess dalam busana tradisional tempatan (pakaian) berdasarkan negara Malaysia ditambah dengan Singapura dan Negara Brunei.
“Saya turut mengambil masa dua bulan untuk membuat sketsa dan mendapatkan ‘vibe’ yang tepat untuk setiap puteri. ‘Pose’ dan gaun berdasarkan busana tempatan sementara warna dan corak berdasarkan pada setiap pakaian puteri asli dari filem Disney.
“Saya harap korang menyukainya, ini hanyalah projek peribadi saya kerana saya selalu ingin melihat pakaian ini dalam pakaian tempatan kita dan saya sangat gembira dengan hasilnya,” katanya.


Farah juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan lukisannya.
Ini adalah antara watak yang digunakan di dalam animasi Disney yang diubah oleh FarahDaim.
- Perlis – Anna
- Kedah – Merida
- Penang – Tiana
- Perak – Rapunzel
- Selangor – Esmeralda
- N9 – Aurora
- Melaka – Belle
- Johor – Megara
- Pahang – Pocahontas
- Terengganu – Ariel
- Kelantan – Elsa
- Sabah – Moana
- Sarawak – Kida
- Indian – Jasmine
- Chinese – Mulan
- Singapore – Snow White
- Brunei – Cinderella
Betul ke nama semuanya ni? Peminat Disney Princess sila munculkan diri…

Sumber : Art of FarahDaim