
Sumber: Wikipedia
Penyakit gout bukan satu penyakit yang asing di Malaysia dan pastinya anda pernah mendengar mengenainya. Malah anda juga mungkin salah seorang penghidap gout. Apabila gout menyerang, walaupun hanya melibatkan sendi ibu jari kesannya akan dirasai sehingga ke seluruh badan. Secara ringkasnya, gout adalah satu bentuk arthritis biasa & kompleks yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja. Ia dicirikan dengan satu serangan yang tiba-tiba, kesakitan yang sangat teruk, kemerahan, bengkak pada sendi.
Gout terjadi disebabkan oleh tahap asik urik yang tinggi di dalam darah. Asik urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein dipanggil purin. Purin kebiasaanya terdapat di dalam makanan tertentu, seperti stik, daging organ dan makanan laut. Minuman beralkohol, terutamanya bir dan minuman yang dimasak dengan fruktosa juga boleh meningkatkan kandungan asid urik dalam darah. Kebiasaannya, asid urik yang berlebihan akan dibuang dari dalam badan melalui air kencing. Namun, bagi mereka yang menghidap penyakit gout, asid urik di dalam badan mereka terlalu banyak melebihi pembuangannya, seterusnya tahap asid urik yang tinggi dalam darah membentuk urat kristal yang terkumpul di dalam sendi, menyebabkan keradangan dan serangan gout.
Antara tanda-tanda dan gejala gout yang selalu berlaku adalah:
- Kesakitan sendi yang teruk. Gout biasanya berlaku di kawasan di bawah sendi ibu jari kaki, namun ia boleh berlaku di mana-mana sendi seperti pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan dan jari.
- Kurang selesa. Apabila serangan gout semakin berkurangan, pesakit akan merasa ketidakselesaan di bahagian sendi mungkin berlangsung dari hari ke minggu.
- Keradangan dan Kemerahan. Sendi yang terlibat akan menjadi bengkak, merah dan panas apabila disentuh.
- Pergerakkan menjadi semakin terhad. Ketika serangan gout berlaku, pesakit berkemungkinan tidak boleh menggerakkan sendi mereka secara normal dan aktif.
Terdapat beberapa kriteria yang boleh menyebabkan anda berkemungkinan berisiko untuk mengidap penyakit gout. Antaranya ialah:
1.Umur dan jantina.
Lelaki yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana mereka mempunyai tahap asid urik yang lebih tinggi daripada wanita. Namun begitu, risiko bagi wanita akan meningkat selepas menopaus kerana ketika itu tahap asid urik wanita akan meningkat.

(Sumber: welstand.solidariteit.co.za)
2.Diet atau pemakanan
Pengambilan daging dan makanan laut yang berlebihan akan lebih cenderung menghidapi penyakit gout. Pengambilan alkohol yang berlebihan, terutamanya bir, juga merupakan salah satu punca utama penyakit gout

(Sumber: drzubaidi.com)
3.Obesiti
Bagi mereka yang berbadan gempal, badan mereka akan menghasilkan lebih banyak asid urik daripada biasa yang boleh menyebabkan gout.

(Sumber: hmetro.com)
4.Sejarah keluarga yang menghidapi gout.
Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda mempunyai gout, anda juga mempunyai peluang dan risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

(Sumber: Wikipedia)
5.Masalah kesihatan lain.
Mereka yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, jantung dan buah pinggang lebih berisiko untuk mempunyai gout. Hal ini kerana badan berkemungkinan tidak dapat membuang asid urik yang berlebihan kerana masalah buah pinggang yang mungkin berlaku disebabkan masalah kesihatan lain.
Bagi mereka yang menghidapi penyakit ini, pastinya mereka akan berjumpa dengan doctor bagi mendapatkan rawatan. Rawatan bagi penyakit gout adalah dengan mengurangkan keradangan iaitu dengan pengambilan ubat yang akan diberikan oleh doktor. Antara ubat anti-keradangan yang bakal diberikan adalah non-steroidal anti-keradangan (NSAID) serta kortikosteroid.
Jadi, antara cara rawatan kendiri yang perlu dilakukan ketika diserangan penyakit gout adalah dengan:
- Pengambilan ubat anti-keradangan secepat mungkin
- Meletakkan ais pada sendi yang terlibat dan angkat kaki supaya lebih tinggi
- Minum banyak air mineral (tiada alkohol atau soda manis)
- Hubungi doktor anda dan buat temujanji jika tahap kesakitan yang melampau
- Berehat dengan cukup ketika serangan gout. Hal ini kerana tekanan terhadap sendi yang terlibat akan memburukkan lagi gout.
Rujukan:
- Gout, Portal Myhealth.gov.my